Jumaat, 8 April 2011

AB.







Terjumpa isu darah-berdarah ini tadi,








"Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpanar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri."










Sebagai seorang yg berdarah AB, nampaknya ada seperkara yg harus aku perbaiki di dalam diri. Jadi, esok aku kena beli toolbox, standbai spanar saiz 18, penukul, pemandu skru, paku dan macam-macam lagi supaya dapat aku perbaikinya. 










Paling menarik, jangan biarkan orang lain buat keputusan untuk diri sendiri. Mulai esok, apa jua keputusan aku, maka semua orang kena terima. Aku akan terapkan unsur-unsur raja yg zalim jikalau begitu. Ya, perlu lebih berani bila buat keputusan. Jadi, ketika aku sedang membuat keputusan, pasti tangan kanan akan memegang kayu besbol. 
















Ah sudahlah. Apalah yg menarik sangat berdarah AB ni? Takkanlah nanti kahwin dengan orang yg iras-iras AB Abadi pulak? Tak ada lah menarik sangat. Bila peperiksaan, nak dapat B pun susah. A jauh sekali. 







5 ulasan:

a.r.e.p a.h.m.a.d berkata...

ni mesti yg kt FB kan???....
ok latu z....

cik 18 berkata...

aku tak tau darah aku jenis ape....

Tanpa Nama berkata...

''Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpanar dalam diri ''

ini part yang sepatutnya kau eleboret.

TIKUS MANDO berkata...

tenang dan bijak mengawal emosi, aku juga mahu merasa bagaimana menjadi kalut dan penuh emosi.

OrenLimau berkata...

tapi org darah AB ni kedekut erkk..errkkk..bukan aku kata la..org yg kata