Semalam bertempat di parking kereta behadapan dengan Klang Parade, berlakunya kejadian jenayah besar-besaran. Polis telah pun berjaya menahan mereka. Saspek yg sekian lama berlegar-legar di kawasan itu, dari sekitar jam 4 petang hingga ke 10 malam.
Sebuah kereta peronda polis, dengan pantas
memblogwalking memblokking kereta milik saspek. Saspek terpinga-pinga namun keduanya masih kelihatan tenang.
"Turun, turun....keluarkan IC" Seorang anggota polis lantas bersuara sebagai permulaan operasi.
Kedua-dua saspek seperti tidak banyak membantah. Terus turun dari kereta, dan mengeluarkan IC.
"Kamu ni macam
high je?" Kata seorang daripada 4 orang anggota polis kepada Saspek 1. Mempertikaikan raut wajah Saspek 1.
"Eh mana ada bang (digunakan untuk memanggil Polis muda), saya memang macam ni." Saspek 1 cuba mempertahankan dirinya. Mungkin akan terus ditembak, jika tidak pertahankan diri. Mungkin.
"Ah sudah, pandang ke atas!" Polis itu menyuruh Saspek 1 memandang mata ke atas, sambil menyuluh mata saspek menggunakan lampu suluh. Ini dilakukan sebagai suatu penyiasatan untuk menentukan samada saspek
high atau tidak.
Selesai sahaja berbuat demikian, Saspek 1 dipaksa ke belakang kereta, lalu seluruh badannya di raba. Rasa seperti kelakar pula. OK, mungkin hanya poket seluar sahaja yg diraba. Seketul henset Nokia murahan milik saspek yg berada di poket kiri, dikeluarkan dan diletakkan di bumbung kereta. Begitu juga seketul henset Sony Ericsson milik saspek yg berada di poket kanan, turut diletakkan di bumbung kereta.
Tatkala berlangsungnya upacara meraba poket yg dialami Saspek 1, apa pula yg terjadi pada Saspek 2? Saspek 2 nampaknya tidak perlu melalui semua itu. Apa yg dia perlu ialah, untuk memerhatikan Polis bertugas, menyelongkar seluruh pelusuk keretanya. Dia harus menjadi saksi. Dan dia dipaksa, sebenarnya.
"Kau ni, orang tengah cek kereta kau tu, kau tengok la dia cek apa" Kata salah seorang anggota kepada Saspek 2. Saspek 2 tak banyak membantah, dan terus mengiakan.
Hasil siasatan yg memakan masa lebih kurang 10 minit itu, tidak berjaya menjumpai sebarang bahan-bahan terlarang seperti pil kuda, pil viagra, syabu atau ganja, kayu besbol, sampah-sarap, kemenyan, atau lain-lain bahan terlarang. Jadi kedua-dua saspek
clean?
Setelah berpuas hati akan kebersihan kedua-dua saspek, maka mereka dibebaskan. Namun apakah natijahnya kepada kedua-dua saspek? Baiklah, mungkin tadi kita boleh menganggap mereka sebagai saspek. Tapi sekarang tidak lagi, mereka mungkin boleh dianggap bersih. Atau, mereka mungkin sama sahaja seperti orang awam yg lain.
Saspek 1, bermata sepet, kurus, dan berwajah bengis. Nampak tak? Nampak tak yg bermata sepet berbekalkan wajah yg bengis itu boleh menyebabkan anda ditahan macam dalam cerita Gerak Gerak Gerak Khas. Sebab anda macam tengah
ding-dong ting-tong.
Saspek 2, bermata besar, kurus, berwajah bengis, dan membawa beg silang. Nampak tak yg dia ni ada ciri-ciri sapplaiyer? Takpun, ada mengamalkan Ong-Bak.
Sumpah bangga gila. Macam penjenayah kelas atasan. Polis tahan, lepas tu kereta yg lalu dan siapa-siapa yg lalu semua pandang! Nasib baik muka tak berapa nak cukup parut.
Ini sudah masuk kali ke-2. Kali pertama haritu, kantoi bawa kayu besbol dalam kereta. Ganas tak ganas?
Lu langsi, Lu pigi beli tali tangsi!!