Selasa, 30 Jun 2009

kebun durian tok wan

Baling, Kedah adlh kampungku yg indah,
bukan...sebenarnya kampung ayahku...
dan yg indahnya disana...hidupku dikerumuni dgn durian2 segar..
misi pulang ke kampung ialah kerna mahu memetik sebanyak mana durian yg mungkin.
maka turunlah aku ke kebun tokwan bagi mendapatkn durian yg terbaek dr ladang.


dikebun...aku terjumpa satu alatan yg pelik..
dipanggil... KANDAR...
dan ianya jauh sekali tiada kaitan dgn nasi kandar.
digunakan untuk menggalas durian.........mengandar kot.
seperti tertera dibwh



jangan tiru aksi ini...
sgtlah berat durian itu.

aku berasa risau bila lalu dibwh pohon durian.
tp pelik juga sbb xpnh dgr kes lagi org dihempap buah durian yg gugur...
ade ke??



sesuatu yg menarik ialah...apabila org yg anti-pacat ikut bersama ke kebun
(bersamaan dgn mak aku)

pacat naek kaki aku...
ku jentik pacat itu maka melayanglah ia...
dan aku tahu org diblkg ialah mak aku....
jeng3.....

maka serta mertalah berkumandang jeritan ketakutan berbaur kegelian
hahahaha......

berlakulah usikan2 yg berkaitan dgn pacat
didalangi oleh aku........yg menyebabkan mak aku sgt menyesali kehadirannya dikebun tersebut.



"jgn risau la ma,,,..................nanti WONDERPETS dtg membantu.."

.............................................................................................................................................................



ni antara hasil tangkapan di hari itu.

Jumaat, 26 Jun 2009

Tuck

td time lunch...aku lunchkan diri dengan mak aku.
ade r lauk ikan jenahak...
menjadi isu antara aku ngn mak aku.
aku saja usik dia...

aku: ma tlg r cubitkan ikan tu...nk rasa.

mak aku: eh eh budak ni,..xreti cubit ikan ke???

aku: TAK....(nada yakin)

mak aku: dan Ming-Ming juga.....(sambil gelak2 kt aku...)


mulanya aku xphm...
apebende la mak aku ni...haha
rupanya...
terkena lah aku...

TAK=TUCK

si kura kura dalam cite wonderpets....

damn!!

tgklah wonderpets untuk kepastian.

Khamis, 25 Jun 2009

lega...sgt lega

tadi...
lepas temankan spupu aku buat medical cekout
aku pulak mintak dia temankan aku g amek IC
Mykad...akhernya.
slps 3mgu...siap jua.....


dh ambik dh IC..nak balik dah.
smpai kat moto
raba2 poket sluar...
seluar SENDIRI...yakni sluar jeans.
ahh sudah....kemane perginya kunci motorsikalku????



a. tercicir kt dlm bangunan tadi.
b. lupa nak cabut dpd seat moto, pastuh disambar org.
c. tetinggal kt umah...(hbs tuh mcm mana aku nek moto td?)
d. di poket sluar bahagian blkg.



mmg tepat skali jwpn anda.
kunci itu.....

"dik,,..ade tetinggal kunci moto kt moto ke???"

"haah...almk xperasan la pakcik oi..." balasku...

"haa...ni pn ade sorg lg tetinggal kunci kt motor...LC hijau yg sebelah sane tuh.." pakgard itu berkata lagi.


"hish,..org tu xsyg moto ke...???apela....." jawabku di dlm hati...








Rabu, 24 Jun 2009

menconteng arang di kereta bapa sendiri

seperti mana tajuk diatas
aku telah mencalarkan maruah aku
dgn cara mencalarkan, tercalarkan kot, kereta ayah aku..


ni kes ke-2 sepanjang aku bergiat cergas di dlm dunia lalulintas
kes 1 ialah ketika mana aku memecahkan softboard moto
juga kepunyaan ayah aku
dek kerana anjing, seperti yg terpahat di post terdahulu.


apekah yg bakal terjadi kpd aku?
sama-samalah aku nantikan....

trauma.

KOSMO.
itulah surat kabar yg meuar-uarkn berita yg agk gempar.
jgn tny aku tarikhnya..


menarik.

SEORANG WANITA MEROGOL 10 LELAKI...

berlaku di luar dpd malaysia.
jgn risau..malaysia stabil lg..

hebat bukan?

lebih hebat lg apabila..
lelaki yg dirogol itu

TRAUMA

apabila kemaluannya diikat...


10 kali aku baca berita tuh.
10 kali jugaklah aku berdekah-dekah..

hebat.

sgt hebat!



Sabtu, 13 Jun 2009

durian

keciwa...sgt keciwa.
aku rasa aku lelaki
dan semestinya lelaki itu berbeza dpd perempuan
kerana
hanya perempuan sahaja yg mengandung
dan mengandung menyebabkan perempuan itu mengidam.......
(betulkah?)

tetapi mengapa harus aku??


keciwa berbaur duka lara.
kerna durian...
ya..
durian maseh lg belum berbunga..
di kampung aku
ohh kempunannya daku..


mujur......mujurlah..
di dalam peti ais beku di rumah.
entah dr mana dtgnya.
wujudnya aiskrim berperisa durian disitu.


jgnlah biarkan durian menjadi drugs kpd anda..

Khamis, 11 Jun 2009

kaka' ke real

ok.
cukup..!
kaka' yg ke real madrid tp nape aku yg dihujani wartawan?
aku bukan agent kaka',juga bukan adeknye..
walau wajah sdikit iras.

antara soalan2 yg membasahi aku.(sebab dihujani kn..)

-weh kaka' hijrah ke real madrid.betul ke?
-habis r milan.kaka' dah blah.lingkup r
-pasni ko sokong real r ye??
-kaka g Man U ar..(yg ni mmg aku xleh trime!)
-weh jom g tgk harimau lwn Man  U...(out of syllibus)


jgn risau wartawan.
AC Milan ttp kelab aku!
Maldini bersara,Ancelotti g chelsea....
apa aku peduli????
nantikan kemunculan AC Milan yg baru..
tp..
bukan di pawagam yg behampiran


merah itu keberanian.
hitam itu keunggulan.
merah hitam itu AC MILAN!!!

Ahad, 7 Jun 2009

2 hari di panggung wayang

semalam.
aku kuar ke jusco dgn syed
hari sabtu hari yg sesak...
kuar lepak kul 3..
tiketnye kul 6.45
terminator salvation


bosann tunggu..
lepak r kejap kat kopitiam
siap gelakkan mamat yg amek order tuh
gelabah gila..,memang gelabah
bagi dia...,dialah pekerja terpantas skali di seluruh kopitiam di Malaysia kot
biarkan jela dia..asalkan order aku sampai sudah


hari ni.
my mom plak beria nk g tgk wayang
biarlah..jiwa remaja kot..keh3
ajak aku,aku suh dia ajak adek aku
xpela aku bwk r die g beli tiket pagi tu
2 butir tiket dibeli.

adek aku ni ade date plak
dgn cite2 korea die yg laangsung xleh tinggal.
tiket da beli...5.20pm
yg aku mati2 ingt adek aku yg temankan mak aku...
aku pun rilex je r
rupanya aku yg menjadi pilihan muktamad tanpa ada talian hayat
agk kabut sikit r bersiap kn...
nasib baek ada genetik 'the flash'
memang panas btul r dgn adek aku tuhh......
aku siap taip ON PANAS dan hantar ke no dia.

terpakse r merempit V3 untk cepat tiba di lokasi
bukan rempit,aku xsuka rempit2 dan mat rempit...
cuma meningkatkan kelajuan motosikal secara sedikit mendadak
aku rasa mak aku dh mengucap kot kat blkang tuh..
xpela janji on time!


jangan pandang belakang congkak
kelakar r gak..

aku bukan apa.
bukan malas nk temankan mak aku kuar...

tp mls bile kene jeling2 dek org...




"hak elah lu orang...
jeling jeling apa..???
ni mak aku la...
kau org ingt sapa?"

hatiku membebel...


Sabtu, 6 Jun 2009

aku ditagged pula

    1.Anda rasa anda hot?

    tidak sama sekali.



    2.Upload foto kegemaran anda..



    3.Mengapa anda suka foto ini?

    aku akhirnya menjadi serius.


    4.Bila kali terakhir anda makan piza?

    piza?rasanya masa membelanjai rakan2 serumah kot.



    5.Lagu terakhir yg anda dengar?

    the kooks--->always where i need to be


    6.Apa yg anda buat selain menyelesaikan tag ini?

    baring di katil sambil memikirkan sesuatu.yg pasti bukan mslh negara.



    7. Selain dari nama sendiri, anda suka dipanggil dengan nama apa?

    nama yg bukan sendiri yg disenangi org laen yg memanggilnya.


    8.Tag lagi 6 orang

    sarah nur

    aida

    usop aziz

    deloo

    dayah

    mr jeb

    9.Sape no 1 bagi anda?

    dia rakan sekelas aku masa f4 dan f5.


    10.Orang no 3 ade hubungan dgn sape?

    dia ada awex org klang.haha.


    11.Kata sesuatu berkenaan dgn no 5.

    dia sweet,sporting dan sgt bez.juga sukakan tempe.


    12.No 4..

    tempe mengeratkan hubungan dia dan no.5


    13.Siape org no 2?

    dia ex homeroom aku masa dulu2.dia amek jurusan FIZIKAL masa di matrix


    14.Bagi pesanan kepada org no 6..

    goreng2 gitar tu jgn sampai termakan pulak..


Selasa, 2 Jun 2009

aku menerima award???

aku dianugerahi award oleh aida...


1. Copy Award Diatas Untuk Diletakkan Di Blog Anda.

2- Nyatakan 5 Fakta Menarik Tentang Si Pemberi Award Ini.
-aida tidak boleh menerima panggilan talifon di pagi hari
-aida mahukan bunga dari pangkorr!!
-aida seorang yg gila stereng!
-aida seringkali tewas bila bermain game cacing
-aida sering berada di rangkaian dunia siber tnpa menunjukkan dirinya

3. Setiap Blogger Mestilah Menyatakan 10 Fakta Atau Hobi Diri Sendiri Sebelum Memilih
-simple dan single.
-suka gelak ketawa.
-poyo.(org slalu ckp mcm tu)
-bunuh kejam suma lagu2 jiwang karat.
-kerek.(ni mase org mula2 knl aku)
-serabut??
-aku sgt xreti bab2 men sliding tackle gadis nih
-pemalas dan suka tido
-suka kaco opah aku dan buat mak aku tgh marah tergelak
-selamba kot.xpedulik ape kata org

.4-Anda Perlu Memilih 10 Penerima Award Seterusnya Dan Describe Tentang Mereka

-usop--->dia ni member aku yg dh ada awex skrg
-aida--->teringin nak award dia balik
-sarah nur--->dia ni pelik sikit,eh,banyak.
-mr jeb--->dia memerlukan vokalis seperti aku.wakaka
-dayah--->dia kenangan manis aku di matrik
-iylia--->kesopanan dia agk tinggi masa sekelas dulu.
-fain--->dia dulu penah taw ape ntah pasal aku.kantoi..
-awang--->tahi yg suci.dia sgt terer raping.(tiada maksud lain ya)
-aisyah--->kawan lama aku dulu di Ayer Tawar
-hasnul--->penampilan dia terkini berbeza berbanding dulu kala
-shoot--->dia kasik aku pinjam series prison break 4.hee

sori Ali.

masa aku di pangkor
aku ingat sangat lagi
masa tu tengah lakukan aktiviti snorkeling

walaupun agak kurang menarik
tp aku sdikit teruja jugak
sbb dpt jugak buat...
sblm ni xpenah amek kesah pun snorkeling tu apa

layan gila tengok ikan keliling bila disua roti
Ali(bukan nama sbnr) hulur roti
nah.....
ikan2 pun baham
ikan2 tu punya teruja sama level dgn aku pny teruja
sampai aku hulur tgn pun
mereka gigit2 manja jari jemari aku

aku pun naikkan kepala ats permukaan aer..
semangat cerita kat Ali...

"weyh Ali,..ikan2 tu kerumun tangan aku dowh..."
"die gigit2 jari aku....hahaha..."  sambung aku lagi....

Ali pun sengih2...tp aku rase cm pelik
pelik nih...sesuatu yg pelik...

nilah masalahnya bila time snorkeling
ada kumpulan berbangsa india turut serta...
ohh aku rase sgtlah malu dan juga bersalah BESAR pd Ali..........................................

tp nasib aku terbela..
sbb Zuly pun slh tafsir gak bahwa itu adlh Ali
tq r Zuly sbb backup aku

maafkan aku Ali!