Isnin, 17 Mei 2010

sajak hari guru.


aku masih ingat lagi dulu dulu, masa sekolah. bersempena hari guru. aku pernah kirimkan sajak ciptaan sendiri ke akhbar akhbar tempatan. yg pasti bukan akhbar tamil la.




dan, sajak aku itu telah mendapat pengiktirafan sidang editor wartawan, lalu diterbitkan ke dalam salah sebuah akhbar tempatan.




wahhh. dia punya bangga, toksah cerita la. lebih lebih lagi bila melihat nama sendiri terpampang kecil di bawah sajak itu. terasa macam sajak tu ada di muka depan terpampang seluas luas alam.




sajak tu berbunyi begini:


"guru, kaulah pelita hidupku."



itu je yg aku ingat dan seingat ingat aku.



kalau ada anugerah sajak sajak agung karya budak sekolah, mesti aku membolotinya.




tapi kalau sekarang, aku takkan letak pelita dah.


"guru, kaulah lampu pendaflour rumahku."





lihat bagaimana bezanya antara pemikiran dahulu dan keterbukaan minda sekarang?



Rabu, 12 Mei 2010

cerita seorang ibu (episod II).

sekarang aku berada di rumah. orang kata, rumah manis rumah. aku gagal nampak dimana kemanisannya.



hidup aku di rumah sering dihantui oleh permintaan mak aku, yg aku sendiri terasa agak berat untuk menunaikannya. namun, setelah difikir fikir balik dan mengambil kira akan arus peredaran zaman yg kian pesat membangun, mungkin aku terpaksa akur.




kusut juga aku fikirkannya.




bayangkan talipon bimbit sudah ada dua, kalau nak mintak tolong apa apa daripada aku, tak jerit jerit panggil dah. mesej terus.



lepastu kalau nak replai, balas "K" je. hebat tak? maju tak? fuhh. modenisasi sungguh.




sekarang? nak apa lagi? kalau nak TV plasma 29 inci, boleh je tak ada masalah. tunggu aku bergaji nanti aku belikan.




tapi sekarang ni, dia mintak buatkan FACEBOOK untuk dia. fesbuk? perghhh.





nak marah betul rasanya. siapa pulak yg meracuni minda mak aku dengan laman laman sosial yg lagha begitu.




nasional geografik ada iklankan fesbuk ke? kalau ada pun, bila masa mak aku tengok nasional geografik?





aku bukan apa, masalahnya sekarang, nak shut down komputer pun sepuluh kali nak shut down, sepuluh kali tanya.




Selasa, 11 Mei 2010

cerita seorang ibu (episod I).


aku malas nak cerita yg aku bangun awal awal pagi, mandi dan kemas baju, terus gerak balik ipoh dengan awek merah. malas nak cerita.


setibanya di ipoh.
sampai sampai je depan rumah, tengok pintu rumah terbukak, tapi pintu pagar berkunci. bagi salam banyak kali tapi tiada sahutan.


mengaplikasikan naluri seorang anak lelaki, aku tahu yg ketika itu ibuku ada di dapur sedang krung krang krung krang kang kang.



tak apa, benda ni biasa terjadi. aku ambil talipon bimbit, terus dail nombor rumah.


kring kring.......berbunyinya talipon rumah aku ala ala apek jual eskrem.



dari pintu pagar aku tengok, mak aku muncul dari dapur dan mengangkat talipon. sedih juga la, sebab dia tak nampak nampak lagi aku kat depan rumah ni.



sempat lagi cakap dengan aku dalam talipon. tanya aku dimana... selang beberapa saat baru sedar yg aku dah tercegat depan rumah.



terus dibukakan pintu pagar. aku pun hulurkan tangan untuk menyalam. lama sudah tidak pulang.






aku terasa sesuatu yg ganjil. dikala itu...






rupanya mak aku yg cium tangan aku, patut lain macam je.




-susah juge jadi klon bapak ni.













Isnin, 3 Mei 2010

jom makan goreng pisang.


tadi petang aku ajak awek aku keluar makan goreng pisang, tapi dia taknak. aku pun tak faham, selama aku kenal dia, dia tak pernah pulak merajuk sampaikan aku ajak makan goreng pisang pun dia taknak. parah gak kalau macam ni.




jadi aku pun lepak jela kat umah, tengok tivi. oh kena pulak hari ni hari isnin. nasib baik la tak jadi keluar makan goreng pisang, ada cerita adamaya kot.




tivi pulak tak berapa nak klier, kena ejas ejas sikit wayar erial kat belakang tuh.



ok cun. gambar dah cun, memang khusyuk aku tengok cerita ni.




lepastu fon aku bedering, ada mesej dalam kotak.




"best tak i belakon tadi?"



aku pun reply



"amani, u memang hebat lah. caya sama lu!"




________





-macam mana aku boleh lupa yg dia nak tengok hasil lakonan dia, tak patut betul aku ajak dia keluar makan goreng pisang tadi.