Rabu, 31 Ogos 2011

Raya pertama yg lain dari yg lain.




Pada suatu hari raya, sehari sebelum hari kemerdekaan. Aku menjalani sebuah hari raya pertama yg agak rare di dalam sejarah kamus dewan hidup aku. Aku pasti tiada manusia lain yg merayakan hari raya pertama seperti aku. Selesai solat sunat hari raya, aku terus melantak ketupat. Ketupat ni dia punya feeling kena dengan pagi raya sahaja. Aku hantu ketupat, dan aku tak berapa hantu sangat ke lemang.



Setel ketupat, semua orang bergerak ke kubur termasuk aku. Di kubur, aku dapati terdapat ramai makwe-makwe kampung yg jumlah mereka, mengalahkan makwe-makwe di pasar basah yg jual ikan sayur kejadah tu. Jadi aku terus simpulkan yg makwe-makwe zaman sekarang ni, mereka jenis tak reti nak tolong mak pergi pasar. Itu hari semasa jadi bonzer opah aku, aku telah diarahkan mengekorinya ke pasar basah untuk membeli ikan dan sayur. Cilake haram satu jenis ikan pun aku tak kenal. Ikan keli, ikan paus, ikan pari, dan ikan jerung adalah antara ikan yg senang nak dibawak berkenalan, jadi itu sebab aku kenal mereka, dan mereka aku berikan pengecualian.



Ok, raya pertama aku memang tidak ada kaitan langsung dengan pasar. Bila beraya di kampung, aku pasti mengorbankan raya aku untuk menerima tetamu seperti Iqbal Aziz. Hampir setiap kali beraya di kampung, dia adalah orang yg aku pasti jemput untuk beraya.



Memandangkan maruku tidak dihidangkan, Iqbal Aziz sedikit berasa kecewa. Mungkin terpaksa tunggu raya dia, barulah boleh nak hidang maruku. Selesai sahaja upacara beraya, kami berdua menaiki motor sambil meronda keliling kampung menghirup udara sawah padi yg nampaknya macam menjadi. Naik motor sambil berborak benda yg bukan-bukan, akhirnya membawa kami ke tempat yg bukan-bukan di hari raya.




***




Pasaraya Billion, bukanlah tempat yg aku selalu pergi dikala hari raya. Ini semua perancangan Iqbal Aziz. Dahaga kononnya. Selesai membeli apa yg patut, kami beredar mencari pot untuk melabuhkan tirai pemborakan sambil-sambil menghilangkan dahaga. 



Sebuah pondok usang tempat orang kampung berkawal malam, menjadi tempat kami melempiaskan dahaga. 5 botol air, terdiri daripada dua perisa anggur, dua perisa epal hijau, dan satu susu dijadikan sebagai medium pelancar kerongkong tatkala berborak kosong. 



Sedar tak sedar, hari raya pertama aku diisi dengan borak-borak bertauliah bersama Iqbal Aziz yg sedikit sebanyak menyentuh tentang isu "Lelaki vs Perempuan, siapakah dalangnya?", "10 tips memikat makwe idaman", "Bagaimana mahu memanjakan motor?", "Cara menangani dan menangankan perempuan saiko", "Mimpi basah di bulan puasa", "Mesej ucapan raya yg kian merudum", dan macam-macam hal ehwal politik yg lain, sambil terkucing-kucing menyedut air Vaitejen yg diangkut daripada Billion tadi.   











Sabtu, 27 Ogos 2011

Puasa IX versi lalu lintas.




Tadi siang lepas jumaat, aku terus memacu kancil 850 ke rumah Naim. Lepas pikap dia, kami gerak ke Ipoh pereid. Memandangkan bos besar sudah memberi peruntukkan sempena raya, maka aku terpaksalah keluar untuk membeli dan belah apa-apa yg patut. Aku harap dengan cara ini dapat menghidupkan tune raya aku. Aku akui aku memang tidak menyukai aktiviti-aktiviti membeli dan belah ini. Lagi-lagi kalau dia punya leader perempuan.




Di Ipoh pereid, segalanya sungguh mengecewakan. Tidak ada apa pun yg 'wow' di mata aku. Semua barangan atau pakaian lebih berkisar kepada pakaian budak-budak yg baru nak up. Leceh betul. Tak ada benda yg betul-betul bagi impak pada aku. Kalau ada pulak, yg pesen diskaun 50% lepastu kena beli 2 helai. 1 helai harga dah ratusan kejadah apa nya. Memang lari bajet. Memang betul-betul memaksa aku untuk menggunakan otak berbanding buku lali.



Bila objektif sudah tercapai, maka aku pun memandu pulang. Faham apa yg dipanggil objektif? Boleh nampak perbezaan lelaki membeli barang dengan perempuan? Berbeza, memang berbeza.



Hujan renyai seribu bahasa. Jalan raya pula, sudah tidak nampak tar nya akibat ditutupi oleh butiran kereta yg lagaknya seperti nasi himpit. Radio X-fm pula, tak habis-habis putar lagu Altimet ikrar kejadah apa entah. Boleh dikatakan lagu tu memang sentiasa berdesing di radio setiap kali aku ada dalam kereta. Memualkan.



Sesekali badan aku kendurkan dan muka aku parkingkan ke stereng kereta. Kelibat-kelibat kereta BiEmDabelyu bersiri-siri dan kereta Vokswegen Das Auto tidak sedikit pun dapat meleraikan kepedihan minda yg aku alami ketika itu. Malahan, minda separa sedar sibuk berslogan "Kereta mahal-mahal pun kalau jem sangkut jugak".



Berseorangan di dalam kereta membuatkan aku tidak keruan. Pergerakan teknik 'seinci demi seinci' hanyalah membuatkan kaki aku berketak menekan clutch. Sekali sekala terdengar perkataan "come on come on lah aunty..." dan "go pakcik goooo..." yg sepatutnya dimonolog dalamankan tetapi terpacul jua dari mulut aku.



Hari ini aku terselit di sejarah. Ipoh tidak pernah lagi seteruk ini. Ipoh sekarang sudah pandai nak meniru Kolumpo punya jem petang-petang. Aku rasa aku nak keluar pergi beli barang ni tak ada lah pulak duk kecoh kat orang, tapi, apahal diorang sibuk mengikut aku? Apa dah tak ada hari lain ke nak berbeli-beli? Kalau dah berbeli tu pulak, reti-reti la balik awal sikit. Ini sibuk pulak nak balik taim habis waktu pejabat. Inilah mentaliti masyarakat kita. Entah bila nak tukar mentol. Orang-orang macam ni lah yg menyebabkan orang-orang macam aku terkandas tadi.




Elok-elok setel tadi pukul lima lebih, sampai rumah tepat-tepat pukul 7. Minyak pulak ngam-ngam E. Tingkap direndahkan separuh sambil ekon dimatikan, untuk menjimatkan tenaga. Yalah, ekon mana boleh suhu 16 sekarang, kena 24 macam tu yg disyorkan kerajaan. Pencemaran udara dan pencemaran bunyi pun berderu-deru masuk mengetuk gegendang hidung dan telinga. Mujur berkat SPM dahulu, maka aku mengambil tindakan untuk ke plan B.



Plan B punya jalan agak jauh, tetapi sedikit lancar. Jauh bukanlah penghalang, tetapi kelancaran itu penting untuk memastikan waktu tiba yg tepat serta waktu berbuka yg tidak dilengah-lengahkan.




Akhir kata, aku berharap agar raya kelak aku tidak dicemuh masyarakat. Juga, aku masih menaruh harapan menggunung untuk mendapat kad raya. Dapat gantung sekeping pun kira boleh dibanggakan. Takkan nak gantung sms raya pulak.



Akhir kata lagi, raya tu jangan nak macam hantu raya sangat.









Rabu, 24 Ogos 2011

Puasa VIII versi pantun nasihat.








Alamak hari sudah pagi,

Mata tercelik baru disedari,

Malas sungguh mau gosok gigi,

Nantilah tunggu dah tengahari.





***



Anak itik mati tersepit,

Anak ayam mati tak disusukan,

Hidup jangan cari penyakit,

Kita semua saling memerlukan.




Ayam berbelang kacukan parsi,

Manakan sama si itik berendam,

Semua orang makanannya nasi,

Kenapa hidup perlu berdendam?




Itik tidur ayam berjaga,

Ayam berkokok itik terjaga,

Ayam itik tak pernah berlaga,

Apasal manusia melaga-laga?




Ayam sedap di bahagian dada,

Itik lazat pada pehanya,

Perangai kita berbeda-beda,

Tapi rosak satu, rosakkah semuanya?




Berkokokknya ayam menunjukkan pagi,

Pulangnya itik hari dah petang,

Kalau tamak konfem kau rugi,

Rugilah lagi kalau berhutang.




Reban si ayam memanglah sempit,

Itik di kolam berenang melulu,

Kalau dah nama pun abang rempit,

Masuk surat kabar memang selalu.



Ayam makan di celah batu,

Itik terkedek belajar berenang,

Perangai jangan serupa hantu,

Kalau nak hidup sentiasa senang.




Ayam berjalan bersopan santun,

Itik pun datang nak curi dedak,

Kenapa aku rasa macam nak berpantun?

Peduli apa aku ye dak?









Selasa, 23 Ogos 2011

Puasa VII versi hujan petang-petang.





Petang tadi hujan berderai-derai. Cermin kereta tak berapa nak klier sangat. Waiper pulak jenis yg buat kerja sambil lewa. Mujurlah deraian hujan tu takdelah infiniti sangat.



Tapi, tadi tengah sedap-sedap bawak kereta, ada seorang penunggang motorsikal yg berkemeja kotak-kotak dan behelmetkan helmet warna merah, boleh layan berjoget atas motor. Apa punya perangai la?



Mula-mula aku ingat dia jenis kesejukan. Yelah, kentang sangat bawak motor taim-taim gerimis mengundang macam tu. Masa potong dia, aku toleh la ke kiri, sambil mata berkaca-kaca ingin tahu.



Cilake. Dia boleh rileks je berjoget dengan mulut maiming.




Tak puas hati betul aku. Aku tetap tak puas hati selagi mana aku tak tahu dia berjoget tu joget lambak ke, zapin ke, goyang gerudi ke, joget si pari-pari ke, atau joget-jogetan senggol-senggolan.




Oh ye, joget lambak dengan bubur lambuk tu ada kaitan tak?






















Ahad, 21 Ogos 2011

Puasa VI versi tragedi bukan Oktober.





Catatan Tahun 2010




"Tru ru ru ru ru....."



Enjin motorsikal aku hidupkan dengan niat supaya enjin motor aku dapat memanaskan badan sebelum perjalanan jauh. Perkara seperti ini aku biasa lakukan sebelum berangkat samada dari Ipoh ke Puncak Alam ataupun vaisi versa.




Aku capai sebutir jeket hitam bercorak V bewarna hijau di dada, lalu aku sarungkan kemas. Niat aku untuk memakai selipar telah dibantutkan oleh Farid SMJ sebentar tadi. Mungkin tidak cool untuk menggayakan jeket dengan selipar agaknya.




Sebungkus plastik yg mengandungi dua gulung roti John yg punya, diletakkan kemas di dalam jiwa raga motor. Biasalah, jiwa muda, bukak puasa tepi jalan ke mana-mana ke apadehal iye dak? Maka, perjalanan menuju ke Sabak Bernam pun, dimulakan dengan penuh cermat.




Matahari semakin jauh membawa diri ke barat dan hari semakin lama semakin pudar terangnya dan jalan di Ijok pun boleh tahan juga bingsatnya. Bersimpang siur. Kona sana kona sini selekoh sana selekoh sini. Betul-betul menguji minda dan ketenangan seorang mask rider yg tidak bertopeng. Tiba di persimpangan kona yg terakhir, yg paling swing sekali, yg paling tajam sekali, yg paling ummmphhhh sekali, maka lalulah sebuah Gen  2 yg tidak berakal disitu.




Selekoh tajam itu merupakan titik nokhtah kepada jalan raya yg 2 lane untuk bersatu menjadi 1 lane. Sedangkan main boling pun ada lane sendiri, inikan jalan raya. Senang cerita, jalan raya itu pun tidak berakal juga. Tapi, ia bukanlah benda yg hidup. Siapa yg patut dipersalahkan? Apa kejadah ini semua? Salah mak bapak ke salah ibu mengandung? Macam-macam persoalan terbiar begitu sahaja.



Berbalik kepada Gen 2 tidak berakal tadi. Gen 2 itu kelihatan seperti tergesa-gesa. Entahlah, mungkin sibuk mengejar waktu berbuka agaknya. Itu pun kalau jenis yg puasa lah. Sebab ca ya nun alip dengan alip nun dal ya alip pun jenis bawak kereta macam cilake, ye dak?




Punyalah khusyuk aku bawa selow ambil selekoh tu tadi, tiba-tiba Gen 2 tidak berakal tu lalu betul-betul sebelah aku. "Boleh tahan rapat juge kereta ni." Aku sempat merakamkan perasaan terkejut di dalam hati.



"Zap...!"



Kereta itu menyenggol motor yg kami naiki. Tahu menyenggol? Pernah pergi dangdut? Aku pun tak pernah. Tapi menyenggol tu, bontot kereta tu cuit kami. Kami sedikit pun tidak tergugat iman, sedikit pun tidak tergoda, cuma, lepastu kami merendahkan diri menyembah bumi. Entah berapa lama berenang di tengahan jalan raya, aku pun tidak pasti.




"Sekejap lagi ada kereta akan rempuh aku."



Benda ni terngiang-ngiang di kepala aku masa itu. Bila habis berenang beberapa meter, aku cepat-cepat toleh ke belakang. Bukan kereta, bukan...Cuma bas sahaja di belakang. Mujur.



Yelah, mujur bas itu selow di selekoh. Kalau tidak,,,




***




Aku berdiri sambil kibaskan jeket serta seluar jeans yg sedikit barai. Tapi apa yg lebih membaraikan hati aku ketika itu, bila terlihat motor yg terdampar. Sanggup aku membiarkan awek terdampar begitu di tengahan jalan, lagi pula melukainya. Aku buka ikatan helmet, mencampakkannya di tepi kuburan cina. Memapah awek ke tepi, dan terus diselimuti pablisiti murahan bila semua molopong macam-seronok-tengok-eksiden-macam-seronok-tengok-bola.



Farid SMJ? Ah, dia pun barai juga bila jam tangan Fossil retak dan pecah kecil, dan waktu terus terhenti. Waktu kejadian. Rupanya dia lebih cool dengan selamba bingkas bangun lalu terus mengutip kebab-kebab di jalanan. Kebab yg masih elok di dalam bungkusan dikutipnya dengan penuh cermat supaya bas tadi dapat lalu.




"Perghhhhh ko tengok. Ko tengok motor aku...." Ucap aku dengan penuh kekecewaan.



"Alamak jam aku....perghhhhh....." Balas Farid SMJ turut diselubungi kecewa.



"Kau orang ni bersyukurlah sikit. Motor dengan jam tu bukannya nyawa. Yang penting sekarang kau orang selamat. Kau orang tahu berapa ramai yg mati dekat area ni?" Ujar seorang uncle yg sanggup memberhentikan kenderaannya untuk memantau keadaan kami.




Dari jauh, aku lihat kelibat seorang pakcik, yg sedang menapak menuju ke arah kami. Di dalam hati aku ketika itu penuh dengan sumpahan. Mungkin itulah orang yg selamba menyenggol sehingga kami hilang keseimbangan.



"Pakcik nampak kereta tu tadi langgar kamu. Dia memotong kereta depan dia ikut kiri, lepastu dia langgar kamu. Pakcik cuba nak kejar nak ambik nombor plet kereta tu tapi kereta tu laju sangat. Lesap." Kata-kata pakcik itu sudah cukup menyelamatkan dia daripada ditumbuk tanpa soal periksa. Lagipun, kata-kata itu membuktikan suatu kebodohan manusia yg memotong mengikut lane kiri ketika selekoh tajam daripada 2 lane menjadi satu.



***




Hari tersebut, memberikan pengalaman kepada aku untuk berbuka puasa di tepi kuburan cina. Juga mengajar aku tentang sikap biadap sesetengah pengguna jalan raya. Turut aku pelajari adalah sikap prihatin rakyat Malaysia. Uncle yg walaupun bukan muslim, tetapi sanggup menawarkan air minuman untuk aku dan Farid SMJ berbuka ketika itu. Sanggup juga memiskol menalipon rakan muslimnya untuk mengkonfemkan bahawa waktu berbuka sudah masuk. Dan sanggup juga menyuruh 2 ke 3 orang pekerjanya supaya membetulkan apa yg patut pada motor aku. Selepas mereka belah, datang pula seorang brader bermotosikal, yg sanggup berhenti menemankan kami di bawah lampu jalan, sehingga bantuan keselamatan tiba.




Kepada budak-budak rumah sewa, walaupun telah menyusahkan mereka untuk datang dan membawa pulang motor aku, tapi lepastu kita enjoy main futsal ye dak?



Takpe. Luka di lutut tu dah mirip-mirip luka aku selalu dapat time jatuh main futsal.




"Ko tau tak yg tadi ko baru je lepas eksiden?" Ujar Farid SMJ tanda cemburu kerana stended pembonceng punya luka, lagi teruk daripada pembawa. Letih menahan sakit ketika mencuci luka le tu agaknya. Nasib baik aku punya luka, aku sorok dengan selamat. Itu pun ada cubaan-cubaan busuk, yg cuba mengkantoikan aku.




Nak buat macam mana. Takkan tengok je orang main?





***




Ha ini dia versi rare punya, versi yg tak berapa nak jujur sangat sebab hati tengah panas.



















Rabu, 17 Ogos 2011

Puasa V versi jadual.



Suatu benda yg berulang-ulang, dari hari ke hari. Semakin kita mengulanginya, semakin ia digelar rutin. Bila kita hidupkan rutin itu, maka akhirnya akan menjadi suatu kitaran hidup. Kitaran hidup ni boleh jadi menarik, boleh jadi kosong, boleh jadi satu, boleh jadi dua, boleh jadi apa pun tak boleh. Sebab apa kitaran hidup menjadi seperti itu? Mungkin sebab hidup ini kita tidak ada 3 pilihan, jadi kita tak boleh nak campak ke tong kaca, plastik, atau lain-lain. Ok, jangan samakan ia seperti sampah.



Dalam mengharungi kitaran hidup, dulu aku pernah susun jadual sendiri. Nampaknya agak berkesan jugak teknik penjadualan aktiviti harian. Cuma tu, kadang-kadang ada la terlari sikit. Sikit je, tak banyak. Masih di dalam piawaian acceptable range bak kata omputih.



Nak susun jadual ni bukan kerja senang. Gugur bulu-bulu kepala duk pikir mana yg elok mana yg tak. Tapi bila dikerah-kerah inilah hasilnya.







5.01 am: Dikejut dengan cara halus, bangkit menuju ke sinki, kumur sekali atau setengah kali.

5.16 am: Duduk di depan lauk, ambil masa 5 minit untuk mencari lauk pilihan, sebat.

5.34 am: Selesai bersahur, minum segelas lagi air susu panas, jeling-jeling ke tivi.

5.39 am: Panjat tangga selow-selow, masuk bilik buat penghadaman separuh sedar.

6.13 am: Menunaikan tuntutan agama. 

6.17 am: TER-tidur.

9.59 am: Celik, hirup udara pagi, senaman ringan, on komputer.

10.59 am: Bosan dengan karenah dunia maya, capai tuala, membersihkan diri.

12.10 pm: On laptop layan PES.

2.00 pm: Zohor dulu oi!

2.30 pm: Menguap-menguap manja, terus tidak sedarkan diri.

4.50 pm: Macam biasa, bangun tidur terus terkejut sebab dah petang.

4.51 pm: Setel Asar, jenguk dunia maya kot-kot ada orang bagi ucapan raya. 

5.30 pm: Mengeluh sebab hujan lagi. Kalau tak hujan, mengeluh sebab tivi haram tak best. 

5.45 pm: Dunia maya memanggil lagi. Aku tewas. 

7.35 pm: Azan. Berbuka dengan semanisnya kurma itu.  

7.50 pm: Kalau tak sempat meloloskan diri, memang kena basuh pinggan le jawabnye.

7.54 pm: Mandi-manda, setel Magerib, duduk menghadam, siap-siap ke terawih.

10.05 pm: Setel terawih, setel moreh, balik je mesti nak singgah depan komputer dulu. Marah pada diri sendiri

1.00 am: Tidur yg lena. 







Ahad, 14 Ogos 2011

Puasa IV versi teknologi.





Peredaran zaman menjanjikan teknologi mudah alih dimana-mana. Buka mata dan lihatlah di segenap pelusuk, pasti akan kelihatan teknologi dimana-mana. Namun, lagu techno aku tidak pasti samada tergolong di dalam keteknologian masa kini.




Sejajar dengan peredaran arus zaman, warga tua juga turut tidak melepaskan peluang untuk mengaplikasikan teknologi di dalam kehidupan seharian. Bila melihatkan sebiji talifon bimbit dikeluarkan dari beg tangan seorang wanita yg hampir mencecah 60-an, sudah cukup membuktikan bahawa teknologi masa kini adalah dikongsi bersama tidak kira peringkat umur.




Walaupun kegunaan talifon bimbit hanyalah untuk membuat dan menerima panggilan sahaja, itu sudah boleh dikira sebagai membanggakan. Namun seorang cucu yg cutinya dikorbankan untuk menjadi pemandu peribadi seorang Opah, tidak mampu berbuat apa-apa, mahupun mengubah apa-apa.





"Singgah kejap kedai, nak beli kodak." Satu suara selamba dan yakin tiba-tiba kedengaran.





Punyalah canggih talifon bimbit sekarang. Mana pakai topap, pakai kodak je.






Apa sengih-sengih? Nak kena hentam dengan penyapu lidi?




Rabu, 10 Ogos 2011

Puasa III versi berbuka.




Cuaca petang itu tidaklah romantis. Suasana kelam dan dari dalam bangunan, aku dapat melihat kelibat rembesan air hujan membentuk gelombang-gelombang di lubangan jalan tar. Petang itu terus aku habiskan dengan memerhati karenah-karenah hujan, sambil-sambil menjeling makwe-makwe yg lalu lalang. Terus menunggu detikan masa, sehingga tiba waktu perlepasan.





***




Jam tangan seorang uncle disebelah kanan aku telah menunjukkan pukul 7.00 malam. Oleh kerana jam (talifon bimbit) aku sudah dimatikan, maka aku memerlukan sumber jam dari luar. Di luar tingkap kapal, cahaya keoren-orenan menerpa masuk. Keindahan matahari tatkala keterbenamannya, membuatkan aku seperti ingin membuka tingkap dan membiarkan angin berderu-deru masuk.




"Enjoy your meal"



Begitulah kata-kata seorang wanita yg tugasnya menyorong troli makanan dan menghulurkan kepada penumpang. Kata orang, wanita-wanita tinggi yg berkerjaya seperti ini, cantik-cantik belaka. Tapi, aku kecewa. Mekap setebal 3 inci masih belum mampu membohongi aku hidup-hidup.



Se-tupperware nasik ayam dan sebotol air betul-betul berada di depan aku. Aku jadi serba salah. Bila memandang kiri, seorang pakcik telah rakus mengoyakkan plastik aluminium yg menutupi tupperware itu dan terus menelan-nelan.



Ini tidak boleh jadi. Aku pandang kanan, menjeling jam tangan uncle dan melihat keluar tingkap. 2 dalam 1. Lihat awan disana....berarak mengikuti ku....Lagu Rossa menerpa ke minda. Rossa ni pesen nak buat lagu pun nak ada arak jugak. Ok, awan itu macam fresh oren.





"Zap! Zap! Zap!"




"Peh. Tak cukup power ni." Aku renung tupperware tadi sambil mencungkil-cungkil butiran nasik terakhir. Ok, itu semua nafsu. Aku pejamkan mata dan pura-pura berehat memikirkan masa depan.







***





"Perhatian. Kepada penumpang yg beragama Islam, telah masuknya waktu berbuka puasa. Kapten kapal dan anak-anak kapal mengucapkan selamat berbuka puasa..."






Kapten kapal ni punya jam lambat 15 minit ke? Ke dia orang ikut waktu Eropah?




Takpe, yakin.....yakin......






Sabtu, 6 Ogos 2011

Puasa II versi sahur.

Separuh daripada beban puasa, akan berkurang dengan adanya sahur. Sahur itu penting untuk memastikan semua yg berpuasa sentiasa cukup tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian, serta penting untuk mengekalkan kemandirian spisis. Sahur yg paling cikai yg bertemakan megi kari pun, penting juga sebenarnya untuk pemuda-pemuda tonggak negara macam aku.



Sahur di perantauan, kalau kena dengan lagu dendang perantau, kadang-kadang memilukan juga. Bila terbayang pintu pagar depan rumah, terus terbayang dapur rumah yg berasap serta makanan panas-panas. Kegagalan zat-zat sahur untuk menjadi zat pada puasa pertama tempoh hari, tidak melemahkan semangat aku untuk bersahur. Sebaliknya, setiap malam aku menjanjikan tidur awal yg lena buat diri sendiri, supaya aku dapat menikmati pengunyahan nasik sambil mata terpejam kesedapan.




Seronok sebenarnya sahur ni. Paling power bila semalam tidur awal, dan harini dapat sahur dengan seteguk air liur pada jam tujuh suku.

Selasa, 2 Ogos 2011

Puasa I.

Hari pertama puasa pada tahun ini, mengingatkan aku kepada hari pertama aku belajar berpuasa. Perut mula merengek kelaparan di celah-celah kesibukan pagi. Pagi itu, bukanlah seperti pagi-pagi normal yg lain. Pagi itu, aku sudah mula sibuk. Tidak dapat dinafikan, pagi itu juga merupakan suatu penyeksaan buat aku.




Zat-zat hasil daripada bersahur, telah memilih laluan hitam. Ianya tidak memilih haluan untuk menjadi zat, sebaliknya memilih haluan untuk menjadi sisa. Aku sedar, hal yg demikian sedikit sebanyak merencatkan keupayaan aku. Seperti yg aku katakan, pagi itu memang pagi yg sibuk. Aku sibuk kehulu, kehilir, keutara selatan timur dan barat, ku jejaki. Aku bukanlah seorang perwira, gagah menjunjung senjata. Gelisah sudah mula menerpa. Ibarat telur di hujung tanduk, namun terpaksa pula mengambil nombor giliran untuk ke jamban.




***




Ramadhan kali ini, harapan terbesar aku adalah supaya aku dapat memaafkan manusia yg mengakibatkan aku terjerumus mencium jalan raya, mengutip roti john yg bersepai di jalanan, dan berbuka puasa di tepian kubur Cina, pada puasa tahun lalu. Ya, semestinya parut itu masih ada dan kenikmatan mencuci luka tidak dapat aku luputkan dari ingatan.




***




Ah, ramai sungguh orang mengerumuni gerai dua orang Nyah yg seksis. Aku menjadi musykil. Adakah akan berkurang pahala puasa aku jikalau aku memandang atau dalam erti kata lain, terpandang susuk tubuh Nyah yg ketak-ketak itu? Ada sesiapa boleh jelaskan?




***




Cilaka, yg ni memang aku tak puas hati. Jalan kaki pakai kain pelikat, nak pergi sembahyang terawih, boleh pulak sangkut dekat pondok polis.



"Local ke?"



"Semenanjung bang..."



"Ok."




Bila pandang belakang, 2 orang foreigner berkain pelikat berkulit bukan sawa matang, terngah kutip IC di pondok polis.



Susah juga kalau terpaksa pinjam surau ni. Muka aku yg kacukan Brunei dengan Itali ni pun boleh disaspek yg bukan-bukan.