Jumaat, 25 Mac 2011

Kawtim.

"ketak ketik ketak ketik ketak ketik ketak ketik dan ketak ketik."




Nampaknya aku sudah terhidu bau-bau hujan yg menhentam zink bumbung dapur jiran belakang rumah. Malam ini mungkin menjadi malam-malam yg indah, dan suasana yg nyaman bakal tercipta untuk seorang yg bujang tidur di bilik sempitnya.



Keadaan ini, jikalau dibiarkan berlarutan, mungkin akan menjejaskan saki baki niat yg ada untuk bersekolah pada hari esok. Sudah semestinya esok, tahi lalat si tukang ampu bakal menjadi sarapan minda yg paling enak untuk dimamah penglihatan yg ada. Yang merunsingkan aku sekarang ialah kalau-kalau esok, tahi lalat itu dilipstickkan mengikut warna gincu dan eye shadow sejajar dengan tema baju.







"ketak ketik ketak ketik ketak ketik ketak ketik dan ketak ketik."




Nampaknya deru-deru bunyi itu kian melaju. Semakin banyak kuantiti air, di dalam unit liter, yg dilimpahkan awan. 



Persoalannya sekarang ialah, macam mana nak lelap berbekalkan alunan bunyi-bunyi itu menggigit telinga? Macam mana? 




Ok, itu mungkin tidak betul-betul kritikal. Aku harap malam ni, dia boleh tidur awal. Adalah penting untuk tidur awal, dan tidak mengganggu keamanan jiran sejagat. Jadi, aku telah ambil keputusan. 





Sekejap lagi, kalau aku dengar ko menyalak sakan macam anjing, memang siap. Oh, ko ingat walaupun ko betul-betul anjing, aku boleh kawtim la?

Sabtu, 19 Mac 2011

Persediaan menjajah Bukit Broga.

Berdasarkan lakaran kasar plan hujung minggu aku, sepatutnya aku dijadualkan berlepas ke Ipoh petang tadi. Tapi entah mengapa bah, aku terpaksa curi sedikit masa untuk diluangkan bersama-sama kelompok rakan, dalam misi menjajah Bukit Broga awal pagi nanti. Jadi, berbekalkan tidur petang yg dihiasi hujan-jemujan, aku kini sedang giat membuat senaman ringan untuk kerja-kerja penjajahan.




Cuaca sekarang tak menentu. Langit pula tak selalunya cerah, sebab bila malam jadi gelap. Oleh itu, persiapan fizikal sangatlah dituntut. Pun begitu, persediaan mental tetap tidak diabaikan. Baiklah, antara persediaan fizikal yg telah aku lakukan adalah seperti bermain takeraw petang-petang, bermain futsal malam-malam, mengawal pernafasan dengan baik ketika tidur, berlari-lari anak ketika terasa hendak berak sedangkan pintu rumah terkunci, melambai-lambaikan tangan kepada anak gadis jiran sebelah rumah ketika dia tidak menoleh, dan bermain fesbuk sambil meniarap.



Banyak lagi sebenarnya, tapi cukuplah hanya itu buat sementara ini. Sekarang ni, persoalannya ialah macam mana nak buat persediaan mental?




Tak susah sangat pun sebenarnya.




Cukuplah sekadar hadir ke kelas Bayosetat, duduk tercangak selama tiga jam lebih, dan cuba menerima sikap pensyarah yg menjengkelkan, dan benda yg paling mental sekali sudah semestinya apabila melihat tahi lalat si tukang ampu.

Ahad, 13 Mac 2011

Epilog usia.

"Ayah....adik takut.."


Dalam suasana guruh-gemuruh begitu, sahut-sahut kedengaran suara kecil memanggil aku.



"Kenapa sayang?"



Aku renung tepat ke arah dia, sambil aku usap-usap rambutnya yg ikal itu. Jernih mukanya, tak banyak beza dari ibunya. Di dalam suasana nyaman, sambil hujan-hujan menembak bumi, aku bisikkan ke telinganya sesuatu.



"Sayang tidur ya, kan ayah ada..."



Dia mengangguk-angguk tanda setuju. Dipejamkan matanya yg redup itu, dan cuba lelap di pangkuan aku. Setelah beberapa ketika, dan setelah aku pastikan yg dia tidak lagi menunjukkan respon-respon seperti seorang yg terjaga, maka dengan perlahan-lahan aku tinggalkan dia di atas katilnya. Aku memberikan dia ruang untuk dia memeluk anak patung kesayangannya.



Hujan sudah semakin pudar menembak bumi tatkala aku menuju ke beranda rumah. Kelihatan pelangi petang menunjukkan aku kesemua tujuh warnanya. Aku hanya mampu mengukir senyuman sambil menghirup udara nyaman di petang itu.



Sedar tak sedar, matahari kian pudar cahayanya. Sedar tak sedar juga, kini aku sudah menjadi lelaki yg memikul tanggungjawab terhadap diri sendiri dan keluarga. Tidak ada apa yg aku harapkan sebagai seorang lelaki, melainkan memiliki sebuah keluarga yg bahagia.




Semalam, di dalam kereta, aku sempat merenung wajah sendiri yg tertera di cermin sisi kereta. Wajah itu menggambarkan semua ini. Ah, sudah lama rasanya aku tidak mencermin diri. Entah nampak seperti tak terurus sahaja kebelakangan ini. Semuanya gara-gara ketiadaan cermin di rumah.




Tiba sahaja di rumah, aku terus capai pisau cukur. Buang segala benda yg ada di atas bibir. Lantaran itu, aku pun menyedari yg aku baru 20-an!

Sabtu, 5 Mac 2011

Tag.









Baiklah. Aku tidak menafikan yg hujung minggu bakal menjadi sesuatu yg bosan bila tak ada benda untuk dibuat. Atau, lebih tepat lagi, bila ada kerja yg perlu dibuat, tetapi semua itu ditolak ketepi demi memastikan hujung minggu tetap menjadi hari-hari yg bahagia. 








Dalam pada itu, aku terperasan sesuatu bila melihat apdet-apdet dari belog lain. Kebelakangan ini, aku lebih banyak membaca dan membaca berbanding menulis (menaip). Aku sering menilai dan membuat pemerhatian terhadap cara penulisan orang-orang lain sekaligus mengambil sesuatu daripadanya.  








Ada juga yg bertanya, mengapa aku jarang apdet. Dan aku rasa aku perlukan masa untuk betul-betul menangkap semula mood menulis aku yg semakin luntur. Kalau ada pun, entri pendek-pendek. Pernah pulak aku taip panjang-panjang? Pernah ke? Entah.










Nampaknya inilah aktiviti hujung minggu aku, untuk kali ini. 













1. Upload wallpaper yang aku guna sekarang














2. Cerita pasal gambar

Gambar ni aku rasa cukup bermakna kerana terdapat mesej disebaliknya. Hentikan keganasan, peperangan dan penindasan. Itu semua tidak mendatangkan kebaikan. Lihat askar yg betopeng senyum itu. 


 3. Upload wallpaper sebelum ini






4. Cerita pasal gambar

Ini merupakan kumpulan musik kegemaran aku sepanjang zaman. Gambar itu, adalah projek terbaru mereka untuk MTV Unplugged.


5. Kenapa tukar wallpaper lain?

Kalau di fesbuk, bila orang setiap seminit nak tukar status, memang aku akan rasa cukup rimas. Lagi-lagi lelaki. Sama jugak untuk yg tukar gambar perofail sehari sekali. Tapi, wolpaper ni aku tukar dalam setahun hanya 3 ke 4 kali. Itupun, kalau ada gambar yg aku rasa teruja bila melihatnya. Justeru, aku ingin gambar itu menjadi tatapan aku sehari-hari. Tapi, kalau ada yg tukar wolpaper tiga kali sehari, memang aku tak faham. Lagi bagus kalau makan ubat tiga kali sehari.


6. Sudah berapa lamakah aku guna laptop ni?

Aku rasa ada la dalam tiga tahun kurang lebih. Dah macam-macam kenangan manis, pahit, payau, kelat, dan entah berapa banyak keluhan dah aku sedekahkan kepada laptop ni. Tapi, kebelakangan ni, laptop aku sudah pandai beroperasi mengikut haluan aku. Tidak banyak masalah yg timbul dan kali terakhir aku format ialah pada tahun lepas-lepas. Kalau dulu, rasa macam nak format tiap-tiap minggu pun ada. 


7. Aku buat apa lepas settle kan tag ni?

Memandangkan aku bukanlah seorang yg kuat tidur, jadi, aku mempunyai kerangka kerja yg memerlukan aku untuk melakukan gerak kerja kearah tersiapnya kerja-kerja sekolah aku. Tapi, semuanya bergantung kepada mood dan feel aku selepas ini. 

 
8. Apa tujuan aku buat blog?

Tujuan? Tujuan sebenar adalah supaya setiap orang yg membaca apa-apa disini, akan meninggalkan sedikit bantuan kewangan supaya aku dapat ke Serawak nanti. Nanti aku letak tabung. Jangan ingat semua benda dalam dunia ni percuma. Maksud aku, dalam dunia belog.


9. Berapa kali seminggu update blog?

Kalau kata setahun sekali, dah macam Hari Raya la pulak. Nampak benor menipu. Secara kasar dan mengikut statistik, purata pengapdetan belog aku seminggu ialah sebanyak 1.78. Ingat aku suka sangat nak apdet? 

 
10. Tag 4 orang

1. Roket yg konon-konon Ungu.








11. Apa yang aku tahu tentang mereka?


1. Apa yg aku tahu, dia ni memang tak tahu apa itu Sheila On 7.

2. Nombor yg dia tidak gemar adalah semua nombor kecuali lapan belas.

3. Ini merupakan pereka sebenar kepala belog ini. Kalau buruk, marah dia.

4. Boleh tahan kuat jugak dia ni punya Tuwiter.




12. 5 perkataan mengenai diri aku.


OK, part yg ni aku rasa, elok jugalah kau orang sendiri yg tambah. Kalau aku buat, nanti tak jadi 5, tapi 99. Ada berani?











Bermain dengan Saikologi.

Sepanjang aku bernafas dan menikmati kehidupan dunia, dan setelah aku merasa garam dengan lidah aku sendiri, dan setelah aku pelajari sabjek Saikologi secara umumnya, maka aku dapat simpulkan bahawasanya aku amat membenci orang-orang yg saiko, dan yg cuba menyaiko orang lain.




Baik, biar aku berikan contoh.



Kononnya bila kau sedang buka buku dan belajar, ataupun, sedang menyiapkan kerja sekolah, maka orang saiko itu beranggapan yg engkau kononnya rajin belajar, pelajar cemerlang, dan kononnya lagi engkaulah modal insan terbaik di muka bumi.



OK, contoh lain, apabila kau sedang berborak bersama rakan perempuan kau, dan seterusnya ada rakan perempuan yg lain menyapa kau, dan kau pun berborak dengan dia pula. Maka, orang saiko akan beranggapan yg engkau merupakan jejaka hot sedunia atau mungkin hero Melayu terakhir yg masih wujud di muka bumi. Ya, di muka bumi, sekali lagi.




Bila kau bawa motor dengan berpakaian selekeh, mereka akan kata kau mat rempit.



Bila kau jalan sambil memegang bahu rakan, mereka akan kata yg kau gay.



Bila kau tanya khabar rakan lain, mereka akan kata yg kau ni suka bergosip. kononnya.



Bila kau bercakap dengan nada baik, mereka akan kata kau ni lemah dan boleh ditindas.



Bila, bila, bila dan bila kau buat sesuatu dengan tujuan yg lain, mereka ini akan menafsir berbekalkan persepsi negatif mereka. Tanpa perlu peduli situasi sebenar, atau maksud sebenar setiap tindak tanduk kau.




Orang-orang ini, aku gelar, orang saikologi yg berhaluan kiri. Otak tak pernah nak fikir betul-betul, ataupun bila dia fikir, terlalu sejengkal pendeknya.





Untuk menangani orang yg macam ni, kau perlu bijak, dan bermain dengan saikologi juga. Prinsip dia senang, dia saiko, kita saiko semula. Tapi, biar dia yg tersaiko, dan kita masih waras.






Dalam dunia, orang-orang ni antara yg merbahaya. Oleh itu, aku nak siapkan esaimen saikologi aku ni secepat mungkin. Minggu depan nak kena hantar dah.