Khamis, 28 Julai 2011

Di ambang negatif.

Pejam mata, terkebil-kebil celik semula, pejam lagi, nak celik macam ada gam, pejam, dan celik balik. Dah hampir tiga purnama aku menghirup udara Kuching. Dalam jangkamasa seminggu kurang lebih dari sekarang, aku bakal pulang ke ketiak mak ayah. Bukan apa, cuma kadang-kadang aku sibuk menilik nasib tentang masalah kenegatifan paras sumber untuk hidup. Kalau tangki minyak kereta yg kering, meter akan berada pada paras E membuktikan empty. Tapi, level aku lagi teruk daripada tu. Sekarang pada paras SE. Bukan spesyel edisyen tapi super empty.








Tapi, ada beberapa perkara lain yg juga merunsingkan jiwa raga aku. Misi mencari misi, masih lagi belum terlaksana. Lepastu, Uncle Wong punya bahasa sekarang ni makin susah aku nak faham. Malaysia pulak kosong-kosong lagi dengan Singapura, nanti makin ramai orang mengaum di laman sosial. Ni brader BMW tak roger lagi ni, sembang kata nak belanja mee kolok, apa cerita? Lagi, mak aku pulak pesan suruh beli kek lapis dengan ikan terubuk, ni yg nak kena pergi pantai cari pasir buat duit ni. Tambah menyedihkan, aku baru pulak dapat tahu yg doktor idaman tu dah kahwin, baru kahwin.




Aduh, kecewa aku bukan kepalang.




Cilaka! Aku terdengar Hasbullah Awang memekik kegembiraan. Kot ye pun izinkanlah aku habiskan megi kari aku ni dengan tenang. Silap betul pergi apdet blog time macam ni.



Calo!

Sabtu, 23 Julai 2011

I LOVE YOU.

Aku mencampakkan renungan ke luar tingkap bas. Sesekali mata tertangkap dengan kelibat mat-mat bangla yg bersungguh menghayun kayuhan basikalnya, seolah-olah memerli aku yg terpaksa mengharapkan simpati bas untuk pergi dan pulang dari Jumaat.



Di dalam bas pula lain ceritanya. Masing-masing sibuk dengan agenda masing-masing. Situasi di dalam bas, hampir dapat aku perhatikan keseluruhannya. Apalah lagi yg boleh dibuat untuk seseorang yg berdiri menyandar pada tiang bas, melainkan matanya meliar memerhatikan karenah manusia.




Dalam pelbagai karenah itu, aku tertarik kau memang debom dengan kegiatan seorang gadis. Bukan kerana paras rupanya, tetapi, kerana keligatan tangannya menari-nari di papan kekunci talifon bimbit canggihnya. Walaupun titik pusat graviti aku berdiri, mempunyai jarak yg tidaklah sedekat mana dengan pusat gadis itu graviti gadis itu, namun skrin talifon bimbit canggihnya itu sudah cukup besar untuk aku perhatikan abjad-abjad yg ditaipkan jari jemarinya.




I LOVE YOU MY HONEY...




Kemudian ayat itu melalui proses basuhan dan telah diedit kemas oleh gadis itu,





I LOVE YOU MY HONEY 



kepada




I LOVE YOU TO MANY MORE MY HONEY. CAN'T LIVE WITHOUT YOU. You are my only one. I love you twice and thrice. You jump i jump. You pump i pin. You shine my day. You bring me light. You are my tomorrow. You suck. You'll never walk alone. Me and You like Pinang cut into two. We are meant to be together. etc




(Gantikan huruf kecil dengan 'bla bla bla' supaya hati tak sakit)




Berguna juga penglihatan stereoskopik aku, dan malang sungguh buat gadis itu. Gadis itu tidak bersalah. Dia sudah cukup berhati-hati untuk meluahkan isi hati jangtungnya itu. Dia menoleh kebelakang untuk memastikan tidak ada yg berjaya menembusi sistem taipan sms nya tatkala itu. Namun, tahu apa yg dia perhatikan ketika dia menoleh kebelakang?




Seorang jejaka yg bersandar ke tiang sambil matanya memandang ke arah lain, dan mulutnya muncung dipaksa bersiul.





Romantis sungguh kehidupan orang-orang yg berputik mekar ini.




Jadi aku sepatutnya mula belajar speaktyping inglish daripada sekarang. Bukan apa, persediaan awal lah katakan.

Jumaat, 15 Julai 2011

Lu Pikior Le Sendiri.

P untuk pro. K untuk kontra.



Habis apa yg ditengah-tengah?



Orang Lain Ikut Telunjuk Itu-ini.




Bila nak habis?




LPLS.





*Aku dah pandai main kaler-kaler huruf.

Ahad, 10 Julai 2011

2 perkara hari ini.

Hari ni aku ada 2 perkara untuk diberitahu.




Pertama, Sonam Kapoor sangat cantik.












Kedua, cerita I Am No. 4 punya makwe, Dianna Agron, merupakan watak makwe idaman.




 

Isnin, 4 Julai 2011

Paranormal.

Peh, bangun-bangun je dari tidur, aku terus lipat tilam. Capai selimut, terus lipat. Tangan genggam tombol pintu, pulas, keluar, ambil tuala dan membuat senaman minda supaya tidak mamai sementara menunggu giliran mandi.



Otak aku masih berada di kepala, manakala fikiran aku melayang-layang dan mewau-wau ditiup angin. Aku genggam talinya, tarik dan tarik supaya dapat semula mengawal fikiran yg entah kemana tadi. Sambil itu, sesuatu seperti masuk tak mahu, tak masuk malu, menerpa ke angkasa fikiran aku. Samar-samar.




Selang beberapa saat, barulah aku dapat grabbb!!! benda yg agak di luar norma kehidupan manusia. Semuanya berkisar tentang mimpi aku ketika tidur tadi. Manusia normal seperti aku, kenapa seringkali bermimpi yg paranormal? Itu salah satu benda yg aku masih lagi tak faham sehingga hari ini, hari esok dan mungkin hari tulat.




Tergamak sungguh mimpi aku memperlakukan aku begitu. Aku sudah rasa bersalah pada seorang rakan. Tapi apa kan daya, semuanya diluar kehendak aku. Semuanya tidak terkawal. Mimpi, tetap mimpi. Mainan tidur, jadi, mainlah puas-puas. Itu semua kerja minda separa sedar.




Tapi, tergamak sungguh. Aku penat-penat redi nak menyambut orang bersalin. Cemas, cuak, semua ada. Nak kata pengalaman berharga pun, tak tahu aku nak letak berapa harganya. Sebab, bila pandang balik orang yg nak bersalin tu, rupanya dia member laki lelaki aku.





Puuuiiiihhhh!!!






Nak keluar ikut mana???

Sabtu, 2 Julai 2011

Rilek.

Tipikal betul. Aku hanya mampu sengih-sengih manja. Itu adalah opsyen terbaik untuk malas membuka mulut. Sama saja, orang semenanjung, dengan orang yg disini (bukan semenanjung). Memang tipikal.




Cuba tanya,




"Sihat ke?"




"Dah makan ke belum?"




"Apa khabar orang kampung?"





"Hujung minggu buat apa?"





"Kenapa jamban kat luar?"





"Apasal pukul 10 pagi dah lesap?"






Ini tak habis-habis,







"Awek Sarawak dah dapat ke belum?"






Cuba bawak berileks. Kalau nak sapu 10 orang sekaligus memang ambik masa, kan?