Ahad, 28 Februari 2010

keinsafan di jalanraya, bukan di pagi raya.


hari sebelum ni, aku, Faridun, dan Mata pergi ke LCCT untuk menjemput seorang kenalan dari Indonesia. dia bukanlah warganegara sana walaupun mempunyai paras rupa yg sama, namun dia hanyalah penuntut di salah sebuah menara gading disana.


maka kami pun memulakanlah rentak perjalanan dari rumah ke LCCT tanpa mengetahui pun apakah maksud LCCT itu sendiri. apatah lagi jalan kesana.


jentera Saga putih 1.3 berkuasa bebal itu dipandu tuan empunya, yakni Mata dengan kadar kelajuan tiga per empat laju. aku hanya terdampar di tempat duduk belakang sambil menanti mata untuk lelap kerana badan sedikit kelesuan.


sampai di suatu selekoh, dalam keadaan mata yg kekaburan, aku terlihat akan sekelompok orang yg berada di tepi jalan. mereka seolah olah mahu menahan teksi, namun mungkin tersilap tahan lalu tertahan jentera yg kami naiki.


aku bingkas menhulurkan kepala sedikit kehadapan untuk memastikan perkara sebenar yg terjadi. orang orang di tepi jalan itu masih menunjukkan isyarat supaya kami memerlahankan kenderaan. ketika itu jalan hanya disinari lampu lampu jalanan.


apakah itu?


terlihat di tengah tengah jalan raya, ada sesuatu terlantar. panjangnya seperti separuh badan manusia.


tidak lojik jika orang ramai itu tadi mahu menyelamatkan sebuah beg plastik sampah, bukan?


aku tergamam.



rupanya itu adalah mayat. mayat yg baru sahaja mati mungkin, terbujur layu disitu.


kami bersedia menerima impak hentaman. dalam diri timbul kecuakkan, risaukan kereta yg kami naiki bakal menggegar mayat manusia.



mujur. mujur Mata yg memandu kereta, mempunyai sepasang tangan halus yg berrefleks tinggi. antara pengalaman beliau ialah menekel tiang gol futsal dan juga tersadung di tiang bola jaring.



sempat dipesongkan stereng keretanya sepantas pantas tupai melompat.


sungguh marabahaya. masing masing berderau.



__________


perjalanan balik pula, ada satu lagi nahas berhampiran Batu Cave. kelihatan dari jauh seperti perarakan pesta, namun aku sedar bahawa Thaipusam hanyalah sekali dalam setahun.


sudah diduga bahawa itu ialah kemalangan jalan raya yg mengakibatkan maut. ramai rakyat yg prihatin memberhentikan kereta di pinggiran jalan untuk tidak terlepas menyaksikan lintas langsung itu.
lalu menyumbang ke arah kesesakan lalulintas sementara.


tak percaya, tengok berita TV3 ulangan minggu lepas punya.



hei. insaf. insaf.


kerana sebelum tu, aku baru je memandu menggunakan mode roket.



satu lagi, kenapa LCCT jauh sangat. pergi sejam, balik dua jam.


cilaka punya sainbod Shah Alam. tiba tiba hilang.



seorang Farhana.


ini cerita gembira hidup aku. semalam aku bersama rakan rakan melepak lepak bersama di sebuah kedai makan sambil layan raja lawak.

turut serta dalam sesi lepak melepak itu ialah Farhana (bukan bumi kenyalang).


Farhana ni merupakan gadis yg habis melayu lah. rebutan teruna sepanjang zaman. muka manis macam kicap manis kipas udang, mata bersinar seperti rembulan, gigi putih seputih dinding nippon paint, senyumannya mesra, cepat dan tepat.

stended melepak, mesti berdekah dekah punya. bukan sebab raja lawak tu lawak, tapi sebab topik topik lawak yg diutarakan memang cukup padu lawaknya.


ahh. aku tak kesah semua tu. tapi yg aku kisah sekarang ni, Farhana ni. huish. Farhana tuu. sebelah aku tuh dia duduk. namun disebabkan sifat kool dan selamba dalam diri, aku pun pura pura tidak kesah akan kehadirannya di kelompok melepak itu.


entah mengapa. tiba tiba keberanian muncul. tak pernah aku duga benda macam ni boleh terjadi.


selamba je.



sudah. kikis tanggapan kau orang.


bukan aku yg mula dulu, tapi dia yg dengan tak semena mena pas surat kat aku di khalayak ramai.


katanya, dia suka pada aku.



berderau. aku mengambil masa kira kira seminit 25 saat menghabiskan bacaan walaupun surat itu kurang tiga baris.


jantung seperti dipaku paku dengan paku pakis. darah jenis AB mengalir laju merentasi had laju. apa patut aku buat?


Farhana?


tapi kenapa mesti Farhana?


aku langsung tak pernah kenal siapa.




maaf Farhana kerana kau terselit dalam mimpi aku.




Jumaat, 19 Februari 2010

dua kuda.


runsing juga aku sebenarnya.


benda ni dah lama dah aku perasan. tapi aku kurang pasti kalau kalau orang lain perasankannya atau tidak.


jadi aku pura pura tidak perasan.


entah bila kali terakhir aku menunaikan solat jumaat di rumah, maksud aku, di masjid berdekatan rumah aku di Ipoh, aku sendiri kurang pasti.


maklumlah, sekarang kan aku sudah menjadi warga Puncak Alam Fasa 1 kawasan tertutup.



namun, hari jumaat kali ini, bukan calang calang jumaat.


kemerduan khatib membaca khutbah dan kekhusyukan aku mendengarnya diganggu gugat oleh sesuatu. oleh seorang brader.


aku tak pernah berkesempatan menatap muka brader ini. apa yg pasti, port sembahyangnya tidak pernah bertukar.


tanpa aku sedari, minda aku merewang bagaikan memanggil suatu memori yg pernah dicetus berkaitan brader itu.


ya, inilah brader itu.



brader yg aku sememangnya me-respek-inya.



setiap kali jumaat beliau memakai baju t-shet raunnek bertulisan -the "two horse" brand- dibelakangnya.





hampir setiap kali jumaat pasti dia ada.

bersama baju tulisan megahnya itu.








dua kuda kucing berlari,

mana kan sama si kuda belang,

dua kuda boleh kucari,

setiap hari jumaat time semayang.



Rabu, 17 Februari 2010

kerelaan hatinya.


oh.



begitu sebak dan benak aku rasa. bila menatap di dada dada akhbar,



mengapa mesti gadis gadis melayu yg sunti, dengan sukarelawannya berlalu pergi meninggalkan saudara, keluarga, dan paling menyedihkan, pergi meninggalkan aku.



semata mata mahu membina mahligai cinta bersama saudagar saudagar asing.





ini bukan perkara yg syahdu.



sesyahdu perlawanan AC Milan menentang Manchester United.





adakah faktor cuaca bahang terik di Malaysia dikala ini menyebabkan arus pemikiran semakin kolot? (mengeluh.)





ahhh.



bahang atau tidak, bolos saja dinding itu.....!!!





Isnin, 15 Februari 2010

kesesakan lalulintas.


sehari sebelum raya cina, keputusan nekad diambil oleh aku untuk memulangkan diri ke tanah Ipoh dengan selambanya tanpa menghiraukan spekulasi spekulasi tentang jem yg bakal tercetus.


dan, ada seperkara yg baru aku sedari. ternyata Ipoh itu jauh juga sebenarnya..
jam 12 tengah hari waktu Puncak Alam, dalam hampir pukul 7 petang waktu Ipoh aku tiba di tanah Ipoh.


mujurlah Maikel Shumaker pernah memberikan tips tips bagaimana mahu menundukkan kereta kereta lain di lebuhraya semasa kami sama sama belajar di MRSM dulu.


aku bukan apa, memandu jentera saga putih baru 1.3 yg berbirat birat calarnya membuatkan aku sedikit terpengaruh dengan gaya pemanduan pemandu asal yg ternyata bebal. (merujuk kepada pemilik kereta)


tapi, jangan risau. kereta lu memang mcm BMW. (jaga hati)


memecut laju dalam keadaan jem memang meletihkan. perlukan strategi dan juga persefahaman dengan polis trafik yg membuat terjahan.


runsing juga aku apabila raya cina kali ini, dihujani dengan melayu melayu yg bercuti. kagum.


mujur mata aku ada sleng sleng cina sikit. boleh la nak buat penyamaran.


tambahan pula, aku sekarang sudah boleh bertutur mandarin walaupun test mandarin hari tu macam sampah.


kadang kadang aku terfikir bagaimanalah caranya untuk mengelakkan jem jem sebegini di musim perayaan?


aku rasa yg paling terbaek ialah, bina lebuhraya yg triple decker. cuma tambah satu tingkat diatas dan satu tingkat lagi di bawah tanah. mesti lancar punyalah.


kalau tak lancar jugak, masing masing bolehla mula untuk mengambil lesen memandu helikoptar ataupun ke kedai buku dan cari buku berjudul "bagaimana saya boleh memandu helikoptar dalam masa 10 hari?"


cadangan kedua, buatlah cuti berfasa-fasa. pada cuti fasa 1, separuh daripada manusia diberikan cuti dan dibenarkan menggunakan lebuhraya.


fasa dua pula, barulah manusia separuh lagi diberikan cuti setelah manusia fasa pertama bercuti.



ini dipanggil sebagai cuti perayaan giliran bermusim.





sungguh tidak aku sangka, aku rupanya dah sampai ke tahap pemikir terulung.











Jumaat, 5 Februari 2010

rukun tetangga.


baru sebulan lebih para bujang mendiami rumah yg berlagak, sudah ada segelintir jiran, bukan, satu sahaja jiran yg tidak berpuas hati.


rilek. jangan kalut. aku cerita satu satu.


walaupun bujang bujang itu ganas dan gangster, tapi harus diingat... gangster juga bisa terguris.


lebih kurang jam 12 tengah malam, setelah selesai mengerjakan futsal, maka tibalah bujang sekalian kerumah mereka.


ternyata kepuasan bermain futsal yg mereka kecapi tidak bertahan lama, dek kerana disentap oleh satu suara yg memberi salam.


maka keluarlah tiga daripada sembilan penghuni rumah itu untuk menyambut salam diberikan sambil tertanya tanya siapakah gerangan yg sebegitu megah tampil memberi salam di malam malam.


"ni sapa punya kereta ye?" (nada keras.)

"ni member punya kereta, dia ada kat atas. boleh tahu, kenapa ye?" (nada lembut sopan bukan kepalang.)

"ni nak pesan sikit, jangan bawak kereta laju laju sebab sini kawasan tertutup." (muka berubah menjadi bengis.)

"oh, mintak maaf ye...terima kasih." (masing masing tersentap.)



kami tidak menyalahkan beliau. mungkin waktu anaknya bermain pada tengah malam. siapa tahu?

mungkin selepas ini ada speed trap dipasang di dalam taman ini. juga siapa tahu?

rasanya had laju masih lagi dipatuhi.



_____________________


selang satu malam, datang lagi orang yg sama. kali ini kereta kancil salah seorang ahli rumah ini pula menjadi mangsa.


"dik, ni akak nak cakap sikit ye. tadi akak nampak adik memandu laju tadi. bukan apa, takut takut kalau ada kucing melintas ke, budak budak ke, susah sikit nanti."

(kali ini si isteri bersuara dari dalam kereta, dan terus berlalu pergi.)






memang sah anak dia main tengah tengah malam.

lepasni kalau signboard kucing melintas tak dipasang, aku sendiri akan mencampuri urusan rukun tetangga taman ni.



jangan sampai aku melepaskan batuk di rukun tetangga.