Khamis, 29 Julai 2010

gila gila remaja yg waras.



sekarang ni statistik kemalangan makin naik mendadak di dalam kawasan kampus UiTM Puncak Alam ni. ura ura mengatakan (bukan kura-kura), bahawa kemungkinan akan ade spit trep dan had laju yg ditetapkan mungkin tidak boleh melebihi 60 kilometriko.



gila selow.



itu hari selamba je aku beduk seratus sepuluh dalam kampus. sorila Farid SMJ, kau mesti ingat yg kau dah jadi pembonceng paling berhemah. aku faham, kita sama sama belum kawin lagi walaupun kau dah ada awek.



aku kalau sorang sorang, beraninya sikit, kalau berdua, berani dalam tahap kewarasan tinggi.

hahaha. (gelak setan).






bila difikirkan balik, peh jalan bengkang bengkok naik turun bukit dalam kampus tu, boleh pulak dibeduk sampai seratus sepuluh. memang gila.





lepasni, aku tak buat dah. tapi kalau cecah seratus empat puluh pun macam bes juga kan?





Selasa, 27 Julai 2010

kredit yg diperolehi hasil penopapan percuma masih lagi tidak dapat dihabiskan walaupun aku sudah berusaha untuk menghabiskannya sedaya upaya.



aku cek baki kredit meksis aku tadi, masih ada lagi RM21.59



kadang kadang orang mengeluh sebab kehabisan kredit, tapi sekarang aku mahu mengeluh sebab kredit tak luak luak.



nampak tak betapa gengsternya aku?



Rabu, 21 Julai 2010

nama sama tapi,



cakap banyak tak guna. aku mahu buktikan pada kamu bahawa di Malaysia sekarang ini, masih wujud orang orang yg tak sekolah, dan tak belajar peribahasa, sopan santun mahupun matematik.



semalam di fesbuk, ada seorang awek mana entah tiba tiba menjadikan aku sebagai rakan fesbuknya. mahu tak mahu, terpaksalah aku mengeperufnya. boleh tahan juga la awek tu kan. gambar semuanya gempak, tapi stended la, gambar je.



awek itu pun berbalas mesej di fesbuk dengan aku. dan memberitahu aku bahawa nama aku menyerupai nama bekas kekasihnya.


terperanjat dengan makluman itu, maka maklum balas yg aku berikan pun agak biasa sahaja. kerana aku faham memang susah untuk berjumpa orang yg memiliki nama yg sama dengan aku. kalau di fesbuk, taip je nama aku dan tekan search, dalam 88 orang sahaja. tak ramai pun.



tapi aku tak sangka akhirnya jadi begini,




lancau hg r..boh nma pa sama ngn nama aku..siot r wei..

ko ingt ko sorang je ke nama mcm ni?
yele..da mak bapak aku kc aku sorg ja..nama adk2 aku n abg2 aku len..apsal ko..

ada ke adik beradik sama nama?

ada la wei..hg ingt xdak ka??mbe aku ada nama sama..
hg ingt hg besh ka wei??

takpun. kau la paling bes dalam dunia.

alhamdlillah..ko dpt gk trma ayt aku..haha..tkr nma we..jgn dk wat pasal..

pegi mampus.

wtpe aku nk mpus sial..ko bg aku sbb np nk aku mpus..

"lancau hg r..boh nma pa sama ngn nama aku..siot r wei.."

pikir la sendiri.



nama je sedap, tapi perangai macam budak darjah tiga. masa aku darjah tiga dulu pun tak macam ni. tak sunat lagi mungkin, tak apalah.




sudah. jangan tanya mana satu dialog aku. nama kami sama. kalau aku beritahu pun pasti kamu keliru.





Isnin, 19 Julai 2010

harga minyak naik angin lagi.


sekarang harga minyak dah naik. orang pun ramai merungut.



aku rasa lepas ni pasti akan ada kempen "setiap rumah 1 pelantar minyak" untuk menggalakkan proses cari gali minyak sendiri.


agak agak ada tak lagi orang yg akan merungut?




Ahad, 18 Julai 2010

situasi separa cemas.


keciwa aku. mood yg sedang membuak buak untuk melepaskan segala kandungan sisa makanan dalam perut tiba tiba menjadi hambar bila tandas awam yg berharga tiga puluh sen tiba tiba blekaut. gelap gelita. bagaikan mata yg di pejam di dalam bilik yg gelap.


namun, mujur ketika itu tandas aku berjiran dengan tandas Farid SMJ. jadi ketika itu aku sempat berborak borak dengan beliau.



"kau berak macam mana ni? gelap ni." tanya aku.


"diam. aku tengah fokus!" balas Farid SMJ.



tercabar dengan tindak tanduk Farid SMJ, maka aku cuba untuk mengetahui bagaimana beliau boleh bersikap tenang setenang air di kali ketika menghadapi situasi situasi separa cemas begitu.

"macam mana kau berak ni? gelap ni?" soal aku untuk mendapatkan kepastian.



sesungguhnya, aku begitu bersemangat selepas mengetahui jawapannya.




"kau bajet bajet je."





PahitManis.


aku ke Sunway haritu. niat untuk menemani rakan membeli tiket MTV pentas duniawi. kali ini melibatkan Keti Peri, Bangfes, Wandegel, dan Tokio Hotel. tapi aku tidak ambil tiket itu, sebab takut pitam kalau ramai ramai sesak sesak.


tiba tiba aku dikejutkan dengan bunyi bunyi yg agak femiliar. peh, tak sangka boleh jumpa kawan kawan lama orang ipoh di sana. mereka sedang mendendangkan lagu Burn Berlin Down masa tu.


lepas layan lagu Entitled, ada tiga lagi lagu baru yg mereka dendangkan. boleh la aku ambil sedikit seru daripada mereka untuk persediaan menjelang 24 haribulan nanti. aku ingin lakukan yg terbaik bersama Made Faker juga.





masa ni aku tengah nak cari masjid, tiba tiba nampak mereka melepak lepak di luar.


bila orang ipoh jumpa orang ipoh, macam ni lah jadinya.



susah.




tahu tak berak tatkala belekaut itu menyusahkan?



ahhh. lain kalilah aku cerita.

Jumaat, 16 Julai 2010

dua fesbuk.


kasihan mak aku, dia tak sempat menghabiskan pembelajarannya tentang dunia fesbuk dari aku. aku masih ingat lagi akan keterujaannya ketika mula mula memiliki emel dan fesbuk dahulu. dapat berhubungan dengan saudara mara dan sahabat lama. sungguh kagum dia pada fesbuk.


tapi sekarang, internet di rumah sudah pasti terbiar begitu sahaja. komputer di rumah yg berkuasa siput babi pastinya jarang dihidupkan.



dan sekarang aku masih terngiang ngiang akan pesanannya.




"tolong bukakkan fesbuk mama ye"



sekarang, aku sudah ada dua fesbuk! bukan senang untuk menyamar menjadi seorang ibu yg peramah, bukan pemarah.



Rabu, 14 Julai 2010

Lesen memandu Malaysia.


bangun sahaja dari tidur pagi ini, aku terus mencapai dompet lalu mengeluarkan lesen. entah dari mana datang ilham untuk menjenguk lesen pun aku tak pasti. walaupun masih dibuai kesan sampingan ubat batuk Bena Expectorant yg diteguk malam tadi, aku masih gagah untuk membuka dompet dan mengeluarkan lesen.




yg pasti hari ini bertarikh 14/07/2010. apa yg aku dapati, lesen aku mempunyai tempoh 11/05/2009 - 10/05/2010.



masa ni lah aku rindukan pejabat pos di ipoh. disini, pejabat pos dua marhalah!



mujur aku sudah boleh bernafas kerana gaji sudah masuk. cuma sekarang, perlu tunggu itu tiga huruf untuk memasukkan biasiswa.



oh hampir terlupa, hari ini aku berpeluang bergelumang dengan tahi tahi di makmal. kadang kala perlu bersyukur juga bila hidung banyak cecair. ia sangat bermakna!




Isnin, 12 Julai 2010

duit?


sebenarnya apa kepentingan duit kepada manusia? kerana duit, manusia sanggup berbunuhan. kerana duit juga manusia sanggup melakukan apa sahaja. dan bila sudah ada duit, kamu fikir apa yg akan manusia lakukan dengannya?


sesetengah orang berpendapat bahawa duit mampu menyelesaikan segala masalah. ada juga berpendapat bahawa duit boleh membeli apa sahaja keinginan untuk kamu terus hidup di dunia ini. duit juga mampu memberikan kemewahan dunia kepada seseorang itu.



tapi, kamu rasa adakah semua ini betul? adakah duit merupakan penyelesaian utama kepada majoriti masalah yg kamu hadapi hari ini?




senang cerita, tanpa duit siapalah kamu. betul tak?



kamu sedar tak sedar yg orang yg hidup susah dek kemiskinan yg melanda adalah seribu kali lebih mulia daripada orang yg mencuri, merompak, rasuah, berjudi, minum arak, berzina, langgar lari, subahat, fitnah, tak mandi wajib, tak puasa, merempit, merogol, buat tatu, dan menyeluk saku. kamu sedar tak?




sudahla. tak guna pun merungut pasal duit panjang panjang.





kamu dapat bayangkan tak betapa malunya bila kamu ke mesin ATM, dengan keyakinan penuh yg gaji kamu sudah melimpah ruah di dalamnya, tiba tiba kamu hanya dapat mengeluarkan RM10 sahaja sebab gaji kamu yg kamu harap harapkan itu belum masuk lagi.

oh, ia sebenarnya menjadi lebih rumit lagi bila orang yg beratur di belakang kamu sudahpun melihat kamu menarik keluar sehelai helaian bewarna merah lalu dimasukkan ke dalam dompet kamu.


kamu akan berasa seperti mahu meletakkan muka kamu di bawah paras lutut pada ketika itu.






aku sudah merasa, kamu semua bila lagi?



Ahad, 11 Julai 2010

thersyasyul.


sejak aku telan ubat batuk bukan cap ibu dan anak, perkataan perkataan yg keluar dari mulut aku seringkali terpesong dan melalut. maklumlah, mungkin minda di bawah sedar.



antaranya;



"eh mengantuk betul makan ubat ngantuk (batuk)"



dan




"aku tak batuk batuk (baik baik) makan ubat batuk"






disebabkan kesalahan yg kecil, habis rosak struktur ayat beserta maksudnya. inilah bahayanya bila minda kamu di bawah paras kesedaran yg sepatutnya.





jadi, elakkan makan ubat batuk. kalau batuk, telan panadol.






Sabtu, 10 Julai 2010

cerita ibu (episod III)


oh aku hampir terlupa, minggu lepas sebelum keberangkatan aku ke Puncak Alam ni, mak aku sekali lagi buat hal.




masa nak salam, dia nak cium tangan aku lagi.



tapi kali ni lagi kerek, kali ni dia buat taim suami dia ada disebelah.



boleh pulak dia tak perasan yg original ada disebelah, asyik asyik nak cium tangan klon je.



Khamis, 8 Julai 2010

batuk tidak mudarat.


ini hari aku tak berapa nak sihat. tekak rasa macam kena salai. batuk batuk yg keluar pun semuanya berfrekuensi sederhana dan kering. dengan kekerapan yg boleh dikatakan agak tinggi.



tadi aku pergi ke Pusat Kesihatan, ambil ubat batuk dengan gula gula sakit tekak. doktor sentuh aku pun tidak, setakat tanya je. pemalas punya doktor. kalau aku jadi doktor, mesti lagi malas.



doktor beri ubat batuk yg mengantuk. dan sekarang ni aku baru lepas telan ubat tuh. sekarang tengah "hai" ni. tapi jangan risau, aku tak ajak kawan kawan datang rumah dan "hai" sama sama.



ini memang untuk mereka yg sakit sahaja.






tapi batuk batuk aku ni, bertuah tandanya.





tadi aku ada dapat mesej dari nombor tidak dikenali. katanya...



"abah du klang ni"





mungkin pakcik ni nak beritahu anak dia yg dia berada di klang walaupun die eja "du"



tak apalah, salah nombor.




tapi sekarang aku serba salah, tiba tiba muncul topap RM30 yg menjadikan baki kredit aku sekarang RM32.01.





apa patut aku lakukan? patutkah abah itu menopap untuk anaknya? atau sememangnya aku yg sepatutnya dapat topap itu? ataupun aku pula yg kena topap untuk anaknnya? atau aku perlu meminta fesbuk anaknya dari dia?





Sabtu, 3 Julai 2010

kagum, terkesima.


aku kagum dengan orang Jepun. bagaimana mereka sekarang mengecapi kemodenisasian yg terlampau maju, mendahului negara negara lain dari segenap aspek.



tapi aku lagi kagum dengan orang kita, bagaimana mereka menjadikan motosikal yg majoritinya keluaran Jepun di negara ni, daripada dua roda kepada satu.




hebat bukan orang kita? jom kagum ramai ramai.