Selasa, 26 April 2011

Digi WWWOW Awards, versi Farid SMJ.

Silent Cannon.




Denavigated.





Aku bukan saja-saja letak dua link kat atas ni untuk saja-saja suka tulisan tu bewarna biru. Aku letak dua link kat atas tu sebenarnya untuk engkau orang saja-saja klik dan saja-saja undi.



Kalau ada sesiapa yg baca entri ni, aku harap dapatlah tolong menyumbangkan undian kalian kepada dua gambar di atas. Sedekahkanlah undi anda itu dengan ikhlas dan yakin. Itu pun, kalau ada orang la yg baca entri ni. Kalau tak ada orang baca pun, harap-haraplah ada yg mengeja.



Senang, mudah, pantas dan tuntas. Klik link tersebut, di bawah gambar ada tulisan "please login/register with facebook to vote".



Kepada yg sudi mengevote, pengevotan anda itu aku dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sudilah apa kiranya untuk mengevote.



Satu lagi, tolong jangan tanya, "kalau vote, dapat apa?"



Gambar ini semuanya hak milik Farid SMJ. Sebagai AJK keceriaan kelas, aku ditugaskan menyebarkan risalah mengenai kontes Digi ini.





Senang cerita, sapa vote, dia hensem. Tapi kalau perempuan, sapa vote, dia memang kena tinggal nombor talifon.

Rabu, 20 April 2011

Sapplimen, memang sapplimental.

Artis, jikalau mahu cantik, mereka akan lakukan apa sahaja. Termasuklah dengan pengambilan sapplimen, macam-macam jenis, yg penting tampak cantik dan berseri senantiasa.



Tapi, sebagai seorang budak sekolah yg masih bersekolah, adakah anda akan turut mengambil sapplimen yg kononnya akan membantu tumbesaran pemikiran minda anda? Atau dengan kata mudahnya, mencerdikkan otak. Betulkah otak kita mampu dicerdikkan dengan pengambilan benda-benda macam ni? Atau, ada sesetengah produk yg hanya memfokuskan untuk hanya merangsang otak, cerdik tak cerdik, belakang kira.



Aku allergik sungguh dengan produk-produk macam ni. Rimas. Tapi, yg hairannya, ada juga yg mudah termakan dengan propaganda orang. "Oh produk ni bagus, bla bla bla" Ok, beli.




Eh, benda ni aku tak kisah lebih, kalau tak jadi dekat aku. Ok lah, memang tak jadi dekat aku, tapi? Kalau dah jadi dekat mak kau, kau ingat kau boleh selamat?




Macam-macam sapplimen, beraneka ragam. Asal bagus untuk otak je, beli. Suruh anak makan. Kadang-kadang, kalau terasa diri tu pandai, pun dah jadi macam tak ikhlas. "Pandai ni pun sebab duk makan sapplimen hari-hari" Kan tak ikhlas namanya pandai tu? Mujur aku memang tak pernah rasa diri aku pandai. Kalau rasa diri bangang, memang infiniti kali lah.




Ok lah, benda-benda sapplimen ni aku memang tentang habis-habisan. Takdelah habisan sangat pun, kalau setakat sejenis, boleh tahan lah lagi. Tapi, macam biasa mesti ada tapi, kalau yg sejenis tu pun, sebotol tak habis telan lagi, tiba-tiba dah menyusul lagi 3 botol, itu namanya penderaan minda dah tu.




Jadi agak-agak kau orang, sapplimen ni membantu minda ke atau membantut minda?




"Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua".




Ada sapa-sapa pernah jumpa "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya makan ubat minda jua" ? Ada?





*Entri ni aku taip tatkala mak aku sibuk menjengah produk susu soya yg kononnya boleh menggemukkan. Berbekalkan harapan yg tinggi agar mak aku tidak terpedaya, aku harap suatu hari nanti aku mampu gemuk dengan ikhlasnya. Cepat aminkan!

Selasa, 12 April 2011

Sivik.

Pada suatu malam yg entah bila, aku menunggang motor dari rumah sewa untuk tujuan yg entah apa, aku pun tak berapa ingat. Sebelum keluar dari simpang taman perumahan ini, aku mengekori rapat sebuah kereta saga merah. Kelihatannya seperti saga merah itu merupakan kenderaan famili. Seorang lelaki yg memandu, dan terdapat penumpang di belakang.




Bila bercakap soal sivik, aku cepat jadi serius dan bengis. Pada ketika itu aku mula sedar sesuatu. Betapa mundurnya sivik-sivik yg ada pada orang-orang di jalanan. Sungguh berada di paras yg mengecewakan. Sungguh!




Mula-mula, aku lihat penumpang belakang yg bertudung itu melemparkan sesuatu keluar tingkap kereta, dan objek yg dilemparkan adalah tisu. Melihat sahaja kejadian itu, aku mula berfikir, memang kejadian seperti ini biasa kita lihat tak kira dimana.




Selang beberapa saat, plastik pula dilemparkan keluar tingkap. Selepas itu, disusuli dengan bekas air plastik yg biasanya boleh dijumpai di mana-mana pasar malam dengan harga RM1. Wah, ianya kelihatan seperti pesta, pesta lontar melontar sampah keluar melalui tingkap kereta.




Persoalannya, di manakah letaknya otak manusia-manusia itu? Sekolah kah dia dahulu? SPM dapat berapa kredit? Tadika KEMAS atau Taski Abim? Belajar Kemahiran Hidup kah atau tidak?




Macam-macam. Tak sedarkah dia yg ada penunggang motor di belakang kereta dia? Kalau tak ada sekalipun, wajarkah dia membuang sesuka hati? Siapa yg nak tolong kutipkan sampah-sampah di jalanan?




Sedih juga bila aku fikirkan. Jikalau yg membuang sampah itu adalah mak budak, bagaimana pula dengan masa depan anak-anaknya? Silap-silap, kalau dapat anak degil, pun terus dihumbannya keluar tingkap kereta.




Ya. Itulah sikap orang kita. Kalau benda-benda kecil macam tu pun tak reti nak fikir, belum masuk benda-benda yg besar lagi. Orang macam ni aku rasa, kalau nak teberak, pun boleh berak suka-suka hati dekat tepi longkang. Alasan dia mesti, "Kalau dah berak tu, busuk jugak. Beraklah dekat mana sekalipun".




Bertindak tu janganlah terlalu ikutkan perasaan. Kalau nak ikut perasaan, memang dah lama aku langgar bontot kereta tu laju-laju. Tapi, aku tahu kalau aku langgar, nanti aku yg teruk. Nampak tak bagaimana aku bertindak di dalam kawalan dan tidak mengikut perasaan?




Lagi satu, kalau nak masuk simpang mana-mana tu, tolonglah bagi signel. Susah sangat ke nak bagi signel? Sumpah macam orang bodoh, tunggu kau lalu, tiba-tiba sedap kau belok. Kalau dah tecangak menunggu tu pun dah macam orang bodoh, yg kau tak bagi signel bila nak masuk simpang tu lagi la tak tahu bodoh tahap apa.





Sivik mana ha?






Ke memang trend sekarang macam tu? Baru gempak sikit berita. Bayangkan di muka depan akhbar, terpampang, "Manusia sekarang cuba menjadi dan meniru gaya sampah."






Aku tak berapa kisah pun sebenarnya. Kau nak buang sampah, buanglah. Sebab kau dengan sampah-sampah yg kau buang tu, tak ada beza pun.




Kan?

Jumaat, 8 April 2011

AB.







Terjumpa isu darah-berdarah ini tadi,








"Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpanar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri."










Sebagai seorang yg berdarah AB, nampaknya ada seperkara yg harus aku perbaiki di dalam diri. Jadi, esok aku kena beli toolbox, standbai spanar saiz 18, penukul, pemandu skru, paku dan macam-macam lagi supaya dapat aku perbaikinya. 










Paling menarik, jangan biarkan orang lain buat keputusan untuk diri sendiri. Mulai esok, apa jua keputusan aku, maka semua orang kena terima. Aku akan terapkan unsur-unsur raja yg zalim jikalau begitu. Ya, perlu lebih berani bila buat keputusan. Jadi, ketika aku sedang membuat keputusan, pasti tangan kanan akan memegang kayu besbol. 
















Ah sudahlah. Apalah yg menarik sangat berdarah AB ni? Takkanlah nanti kahwin dengan orang yg iras-iras AB Abadi pulak? Tak ada lah menarik sangat. Bila peperiksaan, nak dapat B pun susah. A jauh sekali. 







Sabtu, 2 April 2011

Hati dan ...

Remaja zaman sekarang, selalu berkongsi tentang hati. Bagaimana saat suka, duka, riang, gembira, sedih, hampa, terguris, dan macam-macam lagi yg menimpa hati mereka. Hati-hati bila berbicara soal hati. Hati sendiri kena sama berat dengan hati orang lain bila letak diatas dacing.




Tapi, kenapa aku tak mempunyai masa untuk berkongsi tentang hati aku? Untuk bercerita tentangnya, memahaminya, menyelongkarnya, menyedapkannya dan macam-macam nya yg lain.




Baiklah, bila aku sudah mula berbicara tentang hati, maka ini bermakna aku sedang serius. Hati yg tercalar mungkin susah untuk disembuhkan.




Buat masa sekarang ni, aku lebih mementingkan lutut daripada hati. Aku dah tak ada hati nak cakap pasal hati. Apa yg aku fikirkan sekarang, kenapa lutut aku lagi banyak calar berbanding hati? Kenapa?




Dan, adakah aku perlu menggunakan SK-II untuk menghilangkan parut-parut 'gores dan menang' yg sangat menonjol di kedua belah kepala lutut?




Sudahlah, macamlah lutut ada tangan, kaki, dan pusat. Sibuk nak panggil 'kepala lutut'.