Khamis, 30 September 2010

kukukakikukaku.



ini merupakan peringatan kepada hadirin yg lain yg juga meminati permainan futsal seperti aku. untuk bermain futsal, kasut yg disarung mestilah selesa kepada kaki dan juga kepala. yelah, kepala pun memainkan peranan juga kalau kasut yg disarung tidak selesa, nanti fokus terganggu.



pastikan kasut yg disarung itu sedap sedap dipakai. jangan terlalu ketat sehingga tumit terkeluar dan jangan terlalu longgar sehingga terdapat sejengkal ruangan kosong. apa akan jadi jika kasut itu sedikit ketat, namun fikiran tidak terganggu?



situasinya begini; anda merupakan pemakai kasut bersaiz 7 tetapi telah terbeli kasut bersaiz 6 1/2 diatas sebab sebab seperti kasut saiz 7 sudah kehabisan stok, kasut saiz 7 tidak mempunyai corak menarik, gagal mengambil tahu saiz kaki sendiri, kaki kanan yg berbeza saiz dengan kaki kiri, duit saku tidak mencukupi dan macam macam hal lagi.



baiklah, biar aku ceritakan apa yg akan terjadi bila kamu bersaiz tujuh dan memakai kasut bersaiz 6 1/2. mula mula, kasut yg ketat itu telah memaksa ibu jari kaki kamu untuk menerima tekanan kecil. tekanan kecil inilah yg bila sering dibiarkan, akan menyebabkan darah beku di kedua dua belah ibu jari kaki. dan apabila kamu tidak langsung ambil kesah akan darah beku itu, selepas satu purnama, ianya akan muncul tanda tanda untuk bersalin kuku. dan dengan rasa yg ghairah untuk bermain, kamu tidak jua hiraukan hal itu.



maka fasa akhirnya, kuku kamu itu akan menjadi marah, dan betul betul mengugut kamu supaya memberikan perhatian kepadanya. ketika ini, kamu boleh nampak satu garis yg merentasi kuku kamu, garis ini merupakan sempadan antara kuku yg mahu berangkat pergi dan juga kuku yg masih lagi mentah untuk melihat dunia luar.



tatkala inilah, baru kamu sedar, jikalau tercabutnya kuku itu, lalu bagaimanakah masa depan dunia ini?





mujur ada sembilan lagi kuku kaki.





Selasa, 28 September 2010

terima kasih arep ahmad!



sudah banyak orang menegur akan keindahan rambut aku. susah juga bila berambut ikal ala ala Andrea Pirlo ni. pasti ada sahaja yg mahu menegur. tak mengapalah, aku ambil segala teguran itu sebagai suatu penghargaan.



aku ingin berterima kasih kepada saudara arip ahmad, kerana sudi meminjamkan, atau lebih tepat lagi, memberi guna cekaknya dengan cara paksa rela. terima kasih. nanti bila masing masing dah bercucu tiga, aku akan pulangkan semula cekak ini. aku sangat hargainya.



selepas ini, pastinya rambut aku tersisih rapi dan jangan pura pura tegur aku bila aku sudah menjadi model iklan minyak rambut cap bawang yg jackie chan guna tu.




kredit untuk arip ahmad, dan, debit untuk aku.





Sabtu, 25 September 2010

rerambut yg perlu dicekakkan.



rambut dah panjang. hati dah rimas. mulalah menagih cekak rambut. haritu ada orang janji nak bagi cekak rambut warna merah jambu beriben. tak sabar aku nak pakai.



kalau ada sapa sapa yg tahu kedai gunting rambut, yg bila potong rambut, rambut jadi lagi panjang, lekas lekas beritahu aku. miskol pun sudah memadai.



kalau nak ajak aku masuk silat cekak, lain kali jelah.




Khamis, 23 September 2010

brelkrim bounce- wax untuk lelaki.



perkara paling bodoh yg pernah aku buat setakat ni,



itu hari aku baru beli wax brelkrim bounce. agak lama juga tak letakkan sesuatu pada rambut. pergi kelas pun sikat rambut guna jari je. baru bersahaja.



ni sekarang aku kembali kepada asas. konon nak sisihkan rambut dengan rapi, tapi menggelupur jugak bila tiap kali selisih dengan pakgad.



berbalik kepada brelkrim bounce tu, bentuk dia comel. bulat je, atau lebih sfesifik, berbentuk sfera. kalau sapa yg tak tahu sfera tu bentuk dia macam mana, bukak buku geografi tingkatan 5.



perkara pertama sekali bila aku pegang bekas brelkrim bounce yg berbentuk sfera tu, aku terus hempas ke lantai. kata brelkrim bounce, mestila boleh melantun.



tap!



berterabur.



aku tak salahkan diri aku. aku tetap salahkan nama bounce tu.




Selasa, 21 September 2010

bedakkan daku.



setelah lama juga tidak bersua muka dengan kawan kawan sekolah rendah, akhirnya masa raya itu hari dapatlah jugak lepak bersama mereka. itu pun 2 3 orang je yang aku kenal. yg lain, pura pura kenal.



setelah berjaya menjadikan mereka rakan di fesbuk, maka terjumpalah dengan seorang budak perempuan ni. oh mungkin bukan taraf budak lagi, ok lah, mak budak.



dia ni dulu dulu masa sekolah rendah, pandai oh. kalau periksa mesti nak top je.



dulu masa sekolah rendah, dia ni selalu kejar aku. kejar pulak bersungguh sungguh, satu sekolah pusing pun tak habis. tapi silap la, orang yg dia kejar tu lincah. disebabkan kelincahan tu, maka bukan dia sorang saja yg suka kejar aku, dia terpaksa menggunakan pengejar impot yg lain. ramai jugakla, pun, masih belum boleh capai aku.



susah juga, asyik kena kejar je. sampai anjing pun sibuk nak kejar. ok anjing tu cerita lain.



sekarang ni aku terjumpa dia balik di fesbuk. sempat jugakla borak sekejap. untung dia ingat lagi aku. yelah orang nama unik ni, sapa tak ingat ye dak?



dia punya ingat tu lebih kurang macam ni lah



"zikril hakim? mana boleh tak ingat. dulu pegi sekolah muka putih penuh bedak"



setetmen tu membuatkan aku rindu nak dibedakkan oleh mak aku.



P/S: tengokla betapa putihnya aku sampai orang ingat aku pakai bedak, walaupun aku memang pakai.



P/S: mama tolong bubuh bedak lagi, rindu, sambil rambut sikat tepi.


P/S: sedang cuba menggunakan P/S.







Ahad, 19 September 2010

rumah bujang yg berlagak, menerima kunjungan raya.



hari ini, rumah sewa kami menerima kunjungan tetamu tetamu yg disegani.



budak budak datang beraya. pintu pagar dan pintu depan rumah kami sentiasa terbuka untuk kunjungan mereka mereka ini.



enam orang semuanya, sekitar darjah 3 hingga darjah 6. duduk bersila malu malu sambil dihidangkan rambutan. kuih raya aneka ragam juga tidak terlepas untuk dihidangkan.



pun begitu, air minuman masih tidak dapat disediakan ekoran masalah pemanas air serta ketiadaan ais dan keadaan dapur yg memburukkan lagi keadaan. gila apa budak datang beraya nak jamu nestum?



sempat jugaklah berborak dengan budak budak tu.



"cita cita nak jadi apa?"



3 daripada mereka bercita citakan polis, manakala seorang menjadikan askar sebagai pilihan. dua yg lain masih belum memasang angan angan.



memang lumrah alam, budak budak lelaki mahu menjadi polis dan askar. mungkin kelihatan macho dan kool di mata mereka.



tiba tiba Hasif bersuara, "ada tak sapa sapa kat sini hisap rokok? ada bawak rokok lebih?".



soalan soalan yg lain yg turut menjadi isu adalah "ada kakak tak? ajakla datang beraya sekali",



"main mercun tak?", "balik kampung? kampung di mana?" dan lain lain lagi.



tapi, jangan main main. paing mengghairahkan ialah apabila mereka mendapat duit raya yg bersampul. siap salam cium tangan.



gembira juga rasanya bila ada yg sudi datang beraya. walaupun dalam rumah ada tiga biji motor, tilam kelamin di ruang tamu, karpet yg tersadai, tuan rumah yg berseluar pendek, berkain pelikat malahan ada yg tidak berbaju, dan pelbagai lagi karenah lain.



ingatkan nak mintak balik sampul duit raya tu, tapi, tak sampai hati pulak.




lepasni budak budak tu masing masing boleh beli basikal sorang satu.





Jumaat, 17 September 2010

akak cun



akak cun yg jaga kaunter tiket keretapi ETS (keretapi 2 jam Ipoh-KL yg tengah promosi sekarang) siang tadi, asik pandang pandang aku je. malu aku. merah padam muka aku.


nasib baik la dia jaga kaunter tiket keretapi, kalau pelayan restoran, aku rasa dia dah tinggalkan nombor talifon guna sos kat atas burger dah sambil buat isarat "kol saya malam ni".

duit raya, ke?



agak agak la, aku muda lagi kot. apa hal kau nak mintak duit raya kat aku? ada jugak rupanya manusia yg berani berani nak mintak duit raya kat aku. ni yg malas bila taim raya ni, susah betul. dah la poket kering merayau sana sini.



menyesal betul aku tak setenbai kayu besbol tadi. baru nampak gengsterisma sikit.



tapi, walaupun aku belum bekerja lagi, apetah lagi mempunyai anak bini mahupun cucu, ingat aku ni tak mampu ke nak beri duit raya? tula, pandang orang jangan guna bulu hidung.



kalau nak, mintak la baik baik, datang rumah aku ke, rumah sewa aku ke, kan musim raya ni. cakap je depan depan. salam aku elok elok, cium tangan. sapa nak marah kan?




ini tak, sibuk nak letak kertas tanpa posmen dekat cermin kereta tu. ada tulis MBI pulak tu.





Selasa, 14 September 2010

nawaitu.



semalam kedai makan tu memang buat aku dan tiga yg lain panas. jatuh reputasi aku selaku tuan rumah yg sama area dengan kedai makan tu.


sejam lebih baru makanan sampai. padahal orang boleh kira dengan jari tambah jari kaki. tidaklah ramai pun.


aku kurang pasti, apelah sebenarnya yg mereka masakkan di dapur tuh. mungkin mereka menggunakan dapur arang. selepas siap satu makanan, api dijirus dengan air. lepastu, hidupkan balik api tu, siap lagi satu makanan, jirus lagi dengan air. lepastu hidupkan balik api dan begitulah seterusnya.



itu pasal dapur dia berasap kepul kepul tapi makanan sejam jugak baru nak siap.



tapi tak apalah, sekurang kurangnya aku puas hati jugaklah. sebab dapat makan nasik goreng patttaya yg bernasikan nasik goreng kampung serta dihias dengan telur mata.



ada penah jumpa ke nasik goreng pattaya macam ni kat tempat lain? ha? ha?




serius dalam hati ni dah pasang nawaitu saumaghodin dah untuk bakar kedai tu, lepastu nk hanyutkan abu dia ke longkang berhampiran. tulang je yg jadi masalah sekarang.








Rabu, 8 September 2010

ucapan dikala raya yg bakal menjelang.




SELAMAT MERAYAKAN HARI RAYA DENGAN SELAMAT.



MAAF DARI HUJUNG ZAHIR KE HUJUNG BATIN.




ucapan ini iklas daripada diri aku kepada semua sahabat handai dan sahabat yg tak handai. kepada yg kenal aku, atau kepada yg pura pura kenal dan separa kenal. semoga kalian beraidilfitri dengan cemerlang. lagi satu, aku tak faham konsep 0-0 yg selalu orang guna. sebenarnya mereka ni nak raya ke nak main bola? kenapa mesti 0-0, bukan 1-1 ke 2-2 ke 3-4 ke...pedulikanlah. sempena raya juga, pandulah jentera berat dan jentera ringan anda bukan dengan berhati-hati, tetapi dengan berhati-hati-hati-hati kerana dengan berhati-hati sahaja tidak cukup. kalau jentera padi pula, tak payah pesan la. senang senang singgah la Ipoh, kalau nak duit raya. walaupun aku belum lagi bertaraf ayah, tapi ayah aku ada untuk bagi duit raya. kalau nak singgah tu, bawak la ketupat rendang lemang bahulu durian tempoyak kuih raya apa apa yg patut. cilaka, apasal panjang pulak ni? oklah. tu je. oh ya, jangan lupa tengok pengumuman raya nanti, bukan senang nak tengok pakcik tu, keluar tivi setahun dua kali je.



yg benar,

aku.






Selasa, 7 September 2010

budak budak zaman sekarang.



hari ni, ada sorang budak sekolah adik aku, sibuk nak mengorat adik aku. ai aku pulak yg rimas.


sebagai seorang abang lelaki, ye, aku ulang, abang lelaki... aku berasa rimas apabila mendapati bahawa terdapat lagi manusia manusia yg belum lepasan SPM cuba untuk mengorat adik perempuan aku dengan cara yg begitu mundur sekali.


pergh. rasa macam nak maki pun ada. tolong la pergi kursus kawin dulu lepastu barulah nak mengorat orang.


mundur gila. ape barang main kol kol lepastu bila orang angkat, senyap. lepastu kol kol lagi. berani perkenalkan diri la, cakap jujur jujur nak bekawan. sapa nk marah?


nak kacau pulak, takde taim lain, taim nak berbuka puasa jugakla dia nk kacau. dia tak tau ke adik aku sibuk tolong mak aku kat dapur tu? dia tak tau ke yg aku taim tu sibuk duduk tunggu makanan sampai?


pening betul aku dengan budak budak zaman sekarang ni. nak maki, anak orang. tak maki, menjadi jadi. nak bagi kaki, kejap lagi benjol dahi.



aku replaikan mesej tu baik baik. adik aku tak tau pun, dia kat dapur.



lepastu dia boleh balas, "manjanya dengan abang, haha"




pergh, budak ni kalau datang rumah ni, aku tak cakap banyak, memang aku salam dia.















kantoi busuk



masa berbuka puasa tadi, aku memang terperangkap.


kantoi busuk.



aku tak dapat nak menyembunyikan kesan luka di jari dan siku aku. baru dua hari aku berada di rumah, namun akhirnya kekantoian jua.



sememangnya naluri seorang ibu terhadap anaknya, adalah yg terbaik. kamu pasti dapat merasakannya suatu hari nanti.



"abang jatuh motor ke? ni apasal luka luka ni?"



perghhh. saat inilah, di dalam hati aku meronta ronta. mengapa dia mesti tanya soalan ini dekat aku? aku tak nak memperbesarkan benda benda kecil. aku tak nak bagi dia risau risau.


"eh, mana mana?" dengan pantas tangan disorok kebawah meja makan.


"tu kat jari dengan siku tu, kenapa? oh eksiden tak beritahu mama ye?"


sengih. aku hanya mampu tersengih. lepastu, ketawa.


dah memang terang terang kantoi.




apa yg pasti, tahap kesamsengan dia boleh tahan juga rupanya.




"kalau aku dapat la orang yg langgar tu, aku amik pisau kerat kerat kan dia".



"sudahla mama, kalau abang dapat pun, abang dah buat benda sama".




-nak tahu mak ganas atau tidak, tengok parut dekat anak la.






Ahad, 5 September 2010

jadual aktiviti di rumah.



esok aku dah nak berangkat ke ipoh. harap harap jalan tak jem la. dalam jiwa ni, dah terbayang bayang dah kehidupan dekat rumah nanti macam mana. ada macam macam benda yg aku nak kena buat di rumah nanti.


jadi, untuk tidak menyerabutkan hidup aku, aku dah susun baik dah jadual waktu aktiviti harian di rumah nanti.


berikut anatara butir butir aktiviti yg bakal aku lakukan di rumah kelak:



5.01 am: mengejut atau dikejutkan mak aku untuk bersahur

5.16 am: turun tangga dengan separuh mamai untuk bersahur

5.34 am: selesai bersahur, minum susu panas yg mak aku buat. sambil sambil menonton al- hidayah

5.39 am: dengan pantas naik atas sambung tidur bila mak aku pergi ke dapur

6.13 am: setelkan solat subuh, zikir harian, terus sambung tidur

7.10 am: bangun pagi, gosok gigi, siram pokok bunga, pergi pasar jalan jalan, sapu sampah, jogging

9.23 am: buka tudung saji, lepastu baru teringat yg haritu puasa

10.17 am: termenung

10.18 am: baring baring lepastu terus onlain buka fesbuk

11.33 am: sibuk membalas komen komen di fesbuk, replai mesej mesej hari raya

12.02 pm: pasang lagu raya

12.22 pm: dah pegang sabit, ingat nak tebas semak samun belakang rumah, tapi baru perasan yg matahari tegak atas kepala.

1.37 pm: pegi surau, azan zohor

2.09 pm: terlelap, tau tau je dah petang

5.39 pm: pak imam talipon tanya kenapa asar tadi tak azan. aku jawab, terkandas.

6.07 pm: pergi bazar ramadan, cuci mata dan selera

6.24 pm: bawak adik aku ronda ronda naik motor sambil kena kejar anjing

7.10 pm: tolong mak kupas bawang, basuh pinggan, kacau gulai, potong cabai kering, komplen.

7.15 pm: ulang alik ke dapur jenguk jenguk.

7.23 pm: duduk besila depan makanan, mata melilau, hati menahan nafsu.

7.34 pm: setel makan, naik mandi, pakai hensem bersampin, redi pegi terawih

10.03 pm: terawih setel, moreh pun dah setel, balik rumah niat puasa.

11.24 pm: bukak estro tengok ada bola ke tak. kalau tak, naik atas sambung fesbuk

12.24 pm: mesej masuk, muka berseri ingatkan awek ucap selamat malam. baru teringat awek pun belum ada lagi.

1.01 pm: tidur, nanti nak berjaga malam.



________________




kadang kadang aku kagum dengan diri sendiri. pada aku, setiap orang ada kepuasan seharian yg patut mereka kecapi tidak kiralah apa sekalipun yg dibuat.


sebagai seorang aku, kepuasan seharian yg paling bermakna ialah apabila dapat membongkang dengan puas di rumah kelak.


jadi, apa fungsi aku susun jadual ni?