Jumaat, 29 Oktober 2010

hari ini hari jumaat.




hari ni hari jumaat. hari jumaat seminggu sekali. ada apa dengan hari jumaat? hari jumaat ada semayang jumaat. apa masalahnya dengan semayang jumaat? macam biasa.




cuba tengok gambar besar kat atas. atau nama lainnya, kepala belog. tak mungkin longkang, pokok, rumput, seluar jeans boleh hilang. tak mungkin. cuba tengok objek yg bewarna biru di bibir longkang tu. yg tu salah satu mangsa yg hilang dan masih gagal ditemui hingga ke hari ini.



tapi tak apalah. habis biru, warna hijau pula muncul dalam hidup aku. dan setiap kali jumaat, aku akan parking selipar sebelah disini, dan sebelah lagi merata rata. dan cara tu berjaya menyelamatkan maruah selipar aku.




setakat hari ni.




cilaka punya budak budak pelesit. jangan sampai aku jumpa manusia yg pakai selipar tu depan aku. nahas. kalau aku jumpa, memang tujuh kali jumaat ko dekat hospital lah jawabnya.




up sikit, sembilan.






Khamis, 28 Oktober 2010

dari kerana rambut.




dunia ni jadi susah juga sebenarnya bila wujud manusia manusia yg sudah ada kerja sendiri, namun masih sibuk untuk melakukan tanggungjawab atau kerja kerja orang lain.



sebagai contoh, orang yg kerja sebagai tok mudim, sibuk nak menikahkan orang. takpun, orang yg kerja jahit kasut, tiba tiba nak jadi tukang masak.



itu tak apa lagi, sekarang ni yg masalahnya, kalau dah tugas tu menjaga dewan peperiksaan, tak payahla bertekad dan bersungguh nak saman orang.




aku punya rambut baru panjang sejengkal, belum panjang sedepa lagi. menyirap. benda benda macam ni memang menyirap.



fokus dan kelajuan menulis aku yg hampir mencecah setengah kilometer per saat, terganggu. kenapa lelaki tak boleh simpan rambut panjang? tapi perempuan boleh. kalau kau orang lelaki, kau orang patut memahami aku. kalau kau orang perempuan, kenapa perempuan tak boleh simpan misai panjang? faham faham sendiri.



sekarang ni nak potong ke tak? ada lagi dua subjek lagi. kebarangkalian nak menghadap beliau mungkin mencecah 50.76%.



kalau potong, rugi. tak potong, saman. kalau tatatertib, masalah juga tu. kenapa la tadi lupa nak pakai serban. silap betul.




tunggula final exam sem depan, aku datang dengan rambut yg cecah bukulali! heh. siap luruskan guna jari lagi.






Rabu, 27 Oktober 2010

peperiksaan melanda.



sebenarnya dekat dekat nak periksa ni, ada 2 jenis golongan pelajar je yg wujud.





golongan 1 ialah golongan yg stadi gila gila pagi petang siang malam tak peduli apa apa sekeliling. buat soalan soalan past year dan makan kismis lumat lumat. duduk depan laptop, cari page ilmiah di internet.






golongan 2 ialah golongan yg tak amik kisah sangat exam tu, banyak lagi benda lagha yg penting untuk dibuat, dan kadang kadang tak tau pun bila nak exam dan exam dekat mana. golongan ni memang sangat harmoni dan tenang setiap masa. siang tido untuk bekalan di malam hari, bila malam pulak, tertido. bila result keluar, garu kepala.





taknak banyak cakap, sebenarnya aku ada dalam golongan 1. peduli apa aku.








Ahad, 24 Oktober 2010

fren riques.



buka buka fesbuk, cek notifikesyen, tengok tengok ada 2 fren riques.



kelik.



salah satunya, Naimah bt Durulaman.



perlu berhati hati selepas ni, bila ada puan puan di luar sana yg sudah berani menjadikan anak sendiri sebagai rakan rakan sefesbuk dengannya.




cek status sendiri masa tu,



"oh final setat selasa ni rupanya. patutla aku rilek".




status status macam ni memang boleh mengundang bahaya. lepasni, status status yg keluar akan ditapis sepenuhnya oleh lembaga penapisan status.



lepastu tak banyak cakap, terus pergi ke dinding Puan Naimah,



"macam kenal..."



ada berani ke nak buat macam ni ha? ha? saja nak uji respon dan tahap berdikari ibu sendiri yg menggunakan fesbuk tanpa bantuan anaknya. kalau bantahan tu memang banyak.




tak apa, paling penting, harap harap dia tak perasan link belog ni dekat profail fesbuk tu. naya oi naya!

final.



la. peperiksaan akhir sem setat selasa ni rupanya. patutla aku rilek.

Khamis, 21 Oktober 2010

abiliti bangun di pagi hari kian parah.




"sejajar dengan wawasan 2020 dan selari dengan tajuk diatas, maka marilah kita sebagai warga yg bersatu padu, untuk sama sama mengikis sifat tamakkan tidur dalam diri."


peh. kalaulah perdana menteri cakap macam ni, lepastu iklankan dekat tivi hari hari dan siap buat lagu yg boleh masuk juara lagu, memang aku semangat punyalah!


sekarang ni gila punya susah nak bangun pagi. seolah olah tidur itu sesuatu yg terlampau indah. mimpi mimpi yg mengulit tidur itu terlalu keras menahan aku daripada terjaga. walaupun aku tidak ada mimpi mimpi indah seperti orang lain yg sedang hangat dilamun.


mungkin badan terlalu letih, dan tidur tak pernah cukup agaknya walaupun bangun hari hari dah cecah tengahari.


sekarang ni sapa sapa yg tau penyelesaian terbaik, tolonglah kongsi. aku tak mahu perkara ni kian berleluasa. bukan Kian Mawi.



tapi, kalau ada sapa sapa yg sudi nk ajar aku macam mana nak kawal mimpi di dalam mimpi di dalam mimpi macam cerita Inception tu pun dialu alukan jugak.



satu je dalam kepala aku sekarang. aku nak seting subwoofer aku supaya boleh set alarm yg bukan sahaja mampu berkokok di pagi hari, namun mampu kejutkan satu taman perumahan ni. murni bukan niat suci aku?



satu lagi, kalau ada sapa sapa yg asyik asyik bangun awal, lepastu dah tak boleh tido dah, bolehlah rujuk pakar pakar macam aku. sebab dalam rumah ni, ada sorang mamat tu selalu bangun awal, lepastu memekik dengan subwoofer dia sambil buat kerja. tunggu masa nak lempang je.





Ahad, 17 Oktober 2010

miskol



aku ingat trend main main miskol dah lama pupus. rupanya, belum lagi. yelah, zaman dah canggih, manalah tahu orang sekarang main mis video kol ke kan.


ada nombor rare yg miskol aku harituh. mula dengan 010. stended aku la, orang main miskol miskol ni, aku tanya lah sapa. lepastu senyap. aku pun senyap, malas nak banyak hal.



selang beberapa minggu, nombor yg sama miskol aku lagi. kali ini waktu magrib. stended aku jugak la buat tak layan je. alah setakat miskol macam tu, tak teruja langsung. cuba bagi share kredit ke. pasti pantas aku layan. ini, miskol je? heh. memang tak layan la sebab kredit tak ada.



jadi untuk merungkai misteri miskol ni, maka aku pun segeralah mendapatkan nyawa untuk kredit talipon aku. sebaik bernyawa, aku terus talifon nombor tu. dia angkat, tapi langsung terputus talian.



aih? tak mau cakap pulak?



ok. abaikan jelah. benda benda macam ni memang rimas. kalau buat tak tau, mati emak. tak buat tak tau, mati anak. serba salah pun ada.



seminit lepastu nombor tu talifon balik.



_______________



benda pun dah setel, aku malas nak cerita panjang. dah bincang baik baik. aku agak kurang pasti apakah kesalahan yg aku dah buat sampai Sarjan Rusli boleh talifon aku dan main miskol miskol.



tau sapa tu Sarjan Rusli?





ayah aku.



bukan main lagi pakai nombor sampai dua. henset canggih sangat la tu guna tachskrin sampai termiskol miskol anak sendiri.




rupanya, nombor 010 tu nombor Digi, bukan nombor awek Filipina ke ape ke. keciwa!


Jumaat, 15 Oktober 2010

dugaan tuhan.



petang tadi, henset aku yg jarang sekali berdering, tiba tiba berdering tanda mesej masuk. aku pandang nama si penghantar mesej tu, rupanya junior aku. agak lama jugak tak bertanya khabar dia. lama jugakla dia tak mesej aku. nak harapkan senior dia ni mesej dulu, memang senior dia ni pemalas.



sekarang ni dia kena tahan di wad HKL. penyakit pun belum dapat dikenal pasti. daripada riak dia mesej aku, aku dapat bayangkan yg sekarang ni dia tengah "bawah". kesian, doktor cucuk sana sini, ambil darah bergelen gelen, buat test macam macam, namun masih belum dapat dikenalpasti jenis kesakitan yg dialami.



situasi dia ni agak menyedihkan jugak bila aku bayangkan. dahla mak bapak di mekah sekarang. tinggal kakak sulung dia je yg jaga.



aku dah anggap dia macam adik aku sendiri. aku tak pernah tengok dia sedih sedih macam ni. walaupun cara dia mesej aku tu, nampak sangat yg dia cuba menyembunyikan kesedihan dia. pura pura kool macam senior dia jugak.



macam macam penyakit doktor saspek dia, tapi belum boleh dikonformasikan lagi. sekarang ni, aku nak pergi HKL melawat dia. kalau gard sana nak tahan aku, kata bukan waktu melawat, memang silap besar. silap silap gard tu yg duduk wad.



orang bengis macam aku bukan boleh dibuat main main.



ni baru kejap tadi, aku dengan rakan rakan pergi rumah Ujang Envi, melawat dia. dia eksiden lebih kurang macam aku kena haritu. tapi dia teruk sikit, sebab berjahit. dan aku memahami keadaan dia masa menghadapi situasi cuci luka. nasib baik aku haritu, luka main sorok sorok.
cuma Farid SMJ yg bingai cuba kantoikan luka aku pada brader yg cuci luka tu. mujur.



keadaan motor pulak, bila aku belek belek dan perhatikan, tak jauh beza dengan motor aku. cumanya motor aku punya calar teruk sikit bahagian tepi. motor dia steadi lagi.



kebelakangan ni hati aku mudah tersentuh. tadi siang masa sembahyang jumaat di masjid area area pusat darah negara, aku tersentuh bila nampak seorang pakcik yg buta, pelan pelan mara dari saf belakang ke saf hadapan. pelan pelan dia jalan, meraba raba. sedih seketika aku, memerhati gerak geri pakcik itu dari jauh.




sekarang ni, aku nak cari mana mana manusia yg pernah cakap aku ni tak ada perasaan. mana? mana?



aku pun ada perasaan. macam manusia manusia lain jugak.




rilek la, takkan menangis kot baca entri ni?




Rabu, 13 Oktober 2010

cabul mencabul.



sekarang ni, memang trend kalau tinggal laptop tak beroffline, macam macam status keluar yg dicabuli oleh mereka mereka yg tak bertanggungjawab. contohnya:





saya zahid, saya hensem, setuju? sila like. -yg ni aku yg buat. kah kah.




wahai rakan2...ketahuilah bahawa saya, zikril hakim adalah seorang yang kacak -yg ni namanya balasan setimpal.




tapi ada juga yg lebih menyedihkan.



saya naim, saya sangat hensem, setuju??? -status ni mengambil masa beberapa hari untuk mendapatkan 14 likes dan 14 komen. jangan tanya kenapa.




tapi tu semua tak penting, yg penting sekarang, macam mana nak buang saki baki kuku yg degil ni?


satu sepit kuku/kepit kuku/ketik kuku dah dipatahkan. ni pun satu hal, sepit kuku ni apa pasal banyak sangat nama dia? menyusahkan betul.



berbalik kepada kuku yg degil. kuku ni keras kepala. takkan nak potong guna mesin rumput kot?


















Isnin, 11 Oktober 2010

siap siap pegi perang.



benda benda yg terlalu radikal, aku tak boleh sangat nak cerita dalam belog. mungkin ia berkait perihal masyarakat setempat mahupun isu isu sensitif yg lain. sukar untuk aku gambarkan dengan kata-kata, lontarkan dengan idea, bersuara melalui percakapan, dan menunggulkan diri sendiri.


bukan boleh biarkan macam tu je. benda benda macam ni kena bawak berbincang. kalau tak nanti melarat. jadi sebelum apa apa hal, hati aku senang sekarang ni.



Hasif tengah pinjam paku payung daripada jiran sebelah.

Faiz Ujang dah main sepak sepak dinding sampai retak.

Syafik Mate tengah memperdashatkan lagi silat tari menari.

Farid SMJ tengah asah pisau pisau, parang, kapak dengan menggunakan batu pengasah. batu pengasah pun tajam dah.

Razak Ajak dah bawak balik dua bijik kayu besbol.

Daus pulak 24 jam pegang seterika yg tak pernah off.

Razali bawak pistol mainan.

Naim So'od pulak dah setenbai senapang gajah dengan tiga butir peluru hidup.

Zahid dengan tenangnya bawak keluar pisau rambo lipat tiga daripada celah stokin.

Azri pulak tak banyak cakap, terus sarung gelev penumbuk pada dua belah tangan.




benda benda macam ni, budak budak rumah aku cukup pantang.



mamat tu kalau muncul lagi, memang nahas.




Sabtu, 9 Oktober 2010

McD Puncak Alam.



tak sangka betul yg Puncak Alam sekarang sudah mencapai kemajuan. sudah ada McD didirikan bersebelahan petronas. hal ini telah didiskusikan secara tiga penjuru, oleh tiga orang jejaka pingitan. secara ringkasnya,




Zikril Hakim: McD dah nak siap, habislah petronas tak laku la lepas ni.

Farid SMJ: mana boleh tak laku, McD jual Diesel je.

Faiz Ujang: eh ha'ah la. McD jual diesel je. eh, McD jual Diesel ke????


*sila perhatikan betul betul dialog Faiz Ujang.



sumpah kalau sapa sapa ada di tempat kejadian masa tu, memang pecah perut.



jangan dilayankan sangat otak Zikril Hakim dan Farid SMJ tu. mereka tu kecik kecik tak nak belajar, dah besar, tetap kecik.


bodo piang!


Khamis, 7 Oktober 2010

benda serabut masakini.



sampai hari ni aku masih tak faham konsep universiti universiti di Malaysia yg suka membebankan pelajar pelajarnya disaat akhir sem. aku faham sangat perasaan mereka mereka yg merana dikala ini. kita semua sama saja.



kalau berterusan macam ni, macam mana nak skor dalam periksa? kalau skor gol, lain cerita la.
ini yg membuatkan aku mahu beli surat khabar yg disisipkan Skor A dan Didik ni.



benda benda serabut ni, kan bagus kalau dua hari selepas bukak sem je, suruh pelajar buat, seminggu lepas bukak sem dah setel. lepas tu saki baki sem tu, biar rilek, final mesti skor punya lah!




tak percaya?




ketuk kepala tanya selera.




Selasa, 5 Oktober 2010

bizi.



minggu minggu bermula sekarang, aku sememangnya menjadi seorang yg bizi. masa sudah suntuk. dah tak ada masa nak berfoya foya dah. umur pun dah cecah 21. dah layak dah daftar untuk mengundi, dan aku dah daftar diri sebagai ahli ahli bizi sedunia.


sudah tak ada masa untuk pikir pasal fesbuk, dah tak ada masa nak jenguk emel, nak mandi, berak, potong kuku, sikat rambut, potong rumput, bertegur sapa dengan jiran sebelah, basuh jemur baju, kemas rumah, kapur kasut, mandikan kucing, balas mesej, lepak lepak sembang pasal politik, dan macam macam lagi.


sekarang ni, tidur pun sambil berdiri, gosok gigi pun cukup syarat dua gigi depan je, naik motor pun lupa nak setat, kelas pun banyak tercuti, nak keluar rumah sewa pun mintak izin mak ayah, dan cakap pun berdasarkan fakta.


boleh nampak tak betapa aku bizi sekarang?



aku sudah berubah. dunia sudah berubah. keadaan hampir berubah. dan paling penting, jangan pura pura bizi. aku benci.



kalau nak bizi, biar betul betul macam aku.









Isnin, 4 Oktober 2010

helaian esaimen.



aku ada buat satu banci, untuk melihat tahap kerajinan budak kos aku dalam menyiapkan esaimen.
kebanyakan mereka, esaimen yg paling simpel, mereka buat ada la dalam 6-7 muka surat. ini dikira tahap agak malas la. aku harap, mereka yg dalam range ni boleh tingkatkan kerajinan dan usaha lebih sikit.



ada jugak yg dalam range belas belas, mereka ni boleh dikira bagus jugakla. cuma yg mana tak berkenaan tu, jangan la nak ditokok tambah. kalau aku jadi pensyarah, aku tak tengok dah esaimen yg muka surat berpuluh puluh.



dan aku harap tak ada la orang yg buat muka surat berpuluh puluh tu. boleh jadi gila jugak gamaknya kalau aku nk buat macam tu.



lepas aku buat pemerhatian, dan aku banding bandingkan dengan diri aku. aku dapati diri aku masih yg terbaik.




dua helai termasuk muka depan.




kata simpel?



Sabtu, 2 Oktober 2010

Futsal.



semalam berlangsungnya adegan futsal futsalan anjuran MELTECH di UiTM Puncak Alam. sebanyak lapan pasukan telah menghadirkan diri untuk berentap merebut hadiah yg berupa hamper emas, perak dan gangsa.



dua pasukan telah dihantar untuk mewakili rumah sewa yg kami diami, terdiri daripada pasukan A dan pasukan B.



pasukan A:

1. Azri- seorang pemain yg memiliki gelecekan kacak yg juga bertindak sebagai kapten.

2. Faiz Ujang- mampu merembat padu ke sasaran walau dalam apa jua keadaan. sangat kebal dan keras

3. Daus- bijak mencari ruang dan mengucar ngacirkan pertahanan lawan

4- Peddiaq- pertahanan kebal yg sangat bertenang

5- Adil- pemain berkualiti yg memiliki sentuhan pemusnah, teknik gelecekan kemas, dan skil skil individu tahap tinggi

6- Mate- penjaga gawang yg berreffleks tinggi, gemar menggerakkan bahu dan membetulkan kolar baju.



dan,



pasukan B:

1- Naim So'od- penyerang yg berbadan tegap dan berskil ala ala Cristiano Ronaldo. ditakuti pihak musuh dan diminati ramai wanita. meraikan jaringan gol dengan cara yg romantik.

2- Razak Ajak- bekerja keras membantu pasukan dan menggerakkan beberapa gerakan bahaya.

3- Zahid- pemain super sub yg mampu membuatkan lawan terpedaya seketika.

4- Farid SMJ- Raja sungkit. terkenal dengan keupayaan menyungkit bola dan melepasi pihak lawan dengan sewenang wenangnya. merencana segala gerakan pasukan dan menjadi referee yg paling malas.

5- Zikril Hakim- pemain yg terkehel lutut kanan tanpa sebarang kelebihan.

6- Hasif Messi- bermain sebagai penjaga gawang yg paling bergaya, sedikit sebanyak melonjakkan lagi nama Lionel Messi.






kedua dua pasukan ini, akhirnya bertemu di final. maka hamper emas dan hamper perak milik mereka.