Jumaat, 30 Oktober 2009

peperiksaan yang mengilukan.

aku benci bila tiap kali peperiksaan berkunjung tiba, sebenarnya.

serba salah aku, seperti ditelan mati akal, diluak mati katak.

paper pertama, mikroBIOLoji, telah cukup untuk merencatkan seluruh saraf saraf otak aku.

berbekalkan ilmu geografi tingkatan tiga, matematik moden tingkatan empat, dan juga sejarah tingkatan lima, aku melangkah gagah ke dewan peperiksaan.

kata orang, biar kurang ilmu di dada, asalkan jangan kurang ilmu di otak.

lihatlah hasilnya...,

semua soalan soalan aku jawab dengan senangnya.

senang! serius.

senang nak salah.

eh ok lah, aku nak buka buku ni....

tengah rajin ni, jangan kacau.

(sila rembat aku jika buku yg aku buka itu ialah buku muka)


Isnin, 26 Oktober 2009

papadom.

itu hari aku ada tengok ini cerita di GSC midvalley.
boleh tahan kelepet gak cerita ni..
oh ya, sekali lagi aku lupa yg kerusi wayang tak boleh diadjustkan pada mode baring.
sendiri tanggunglah bila kepala teleng ke depan.(seat tiga dari hadapan)


cerita ini standed la, cerita Adflin Shauki kot.
gelak gelak naturalistik punyalah!
tambah lagi kau tengok Harun Salih Bachik, serius mirip Edward Cullen dalam twillight.
kalau masih tak kenal sapa itu Adflin Shauki dan Harun Salih Bachik,
carilah alamat rumah mereka, pergilah beraya.
bawak bawak besilaturrahim sikit.


aku terganggu gila bila tengok cerita ni, dengan kelibat seorang minah ni.
aduhh.
malas aku nak cerita la, mesti kau orang tak percaya punya.
daripada awal sampai habis, dia asyik usha aku...
dia tak tau ke aku rimas?
fuh.
kurang selesa betul aku masa tu.



kalian,
boleh tak tolong pesan kat Scha Al-Yahya supaya belakon tu betul betul,
jangan asyik nak curi curi maen mata dengan aku?



*oh keterlupaan lagi, kenapa mesti Que Haidar nak tiru Harry Potter?




Khamis, 22 Oktober 2009

hari ini dalam sejarah.

ya.
aku membuat catatan sejarah sebagai seorang aku.
durhakah aku?

tanpa disedari oleh sesiapa mahupun aku.

ketika test tadi, aku telah berlaku salah.
aku meniru?
atau aku keliru?

salah.

kesilapan yg memang aku tak dapat nak maafkan diri.
aku tak pernah buat kesilapan yg macam ni.serius..!

lalai.
terleka.
alpa.
memalukan.

apa jadi kalau kalau mak ayah aku tahu akan hal ini?

oh berat nih, sangat berat.


sebelum menjawab test, segala jenis doa dah baca dah.
tahlil je tak sempat buat.

tapi....



nama: Zikril Hakim bin Ruslu

biadab kan aku?

(apa susah sangat ke nak tulis nama bapak sendiri dengan betul?)




Rabu, 21 Oktober 2009

hidung bedarah dan semut?

semalam hidung aku berdarah.

mana tak nya, naik naik tingkat atas,
tenampak perempuan yg seksis.
dia punya seksis, hui.....kalah si inul gerudi.

baju tali warna pink, seluar pendek tight.
tengah buang sampah.
nampak aku.....dia tenang, aku pun tenang.


aku berundur beberapa digit tapak..
dia masih tenang.


ni aku bajet mata aku ni, makin tepejam la jawabnye nanti.


tak apa.
rezeki aku kot.


paling tak boleh belah, semut semut kat sini...
macam cilakak!
buang sekor daripada dekstop laptop, muncul sekor.
besarang kot kat laptop aku ni?
nak kena format jawabnye laptop aku ni...
tak pun nak kena simbah air kot.



tapikan,
semut semut tu membawa mesej tersirat.
apekah dia nak suruh aku jadi rajin macam dia?


* oh ya, hari hari aku menanti penuh sabar, bilekah semut nak jadi malas macam aku.







Selasa, 20 Oktober 2009

mari menjawab test dengan jayanya.

sudah dua jenis test aku lalui minggu ini.

dua dua aku jawab macam bayi baru nak belajar tendang orang.

ok macam ni lah,




Albert Einstein pernah berkata, takkan melayu hilang di dunia.




orang yg benak je akan cakap macam ni kan?

bayangkanlah liku liku aku di dalam mengharungi segala test ini..


hah.

dah dah, kalau nak kata aku bengap...kata jauh jauhh sikit.

jangan sampai aku dengar.



Jumaat, 16 Oktober 2009

rumah baru.

apabila memperkatakan tentang rumah sewa,
semestinya terpacul keluar dari pikiran masing masing akan gambaran sebuah rumah yg didiami secara pembayaran bulan bulan.
namun, seberlagak manakah rumah sewa yg anda idam idamkan itu?



pencarian rumah sewa bukanlah perkara budak budak.
ia memerlukan tahap kehabisan kredit yg tinggi apabila panggilan dibuat ke sana kemari bagi tujuan menyurvei.
kadangkala, terdapat orang terengganu yg mengangkat talipon dan blur blur itik kerana bingung dengan perkara yg dibincangkan iaitu rumah sewa..(salah nombor.)


disini aku kepilkan paparan sebuah rumah sewa yg akhirnya mendapat permuafakatan ahli ahli sidang penyewa yg dalam lingkungan 12 orang kesemuanya.
harus diingat, rumah sewa ini adalah sangat berlagak!




rumah paling berlagak dalam taman sudah dijajah budak budak bujang.




bilik satu.




ruang tamu memang port aku, ada kipas.




bilik air yg boleh mandi lima orang sekali gus.




jamban berpintu dua.




dapur yg belum tentu berasap oleh orang bujang.




bilik yg ada ekon.sapa duduk sini, bayar lebih.










susah mau pilih rumah.
tak percaya, tengok ni.





hidup di Puncak Alam bakal bermula.







Khamis, 15 Oktober 2009

ini entri selepas aku mengambil praktikal hematologi yg memualkan dan menyepoilkan mood serta menggangu gugat emosi aku sebagai seorang lelaki ini.

dikala tali temali gitar berdesing membunyikan suatu expresi.
dikala hembusan mulut mampu menghalau nyamuk.
dikala rambut mencanak kesana kemari tidak terurus.
dikala talipon bimbit diam sunyi tanpa ada mesej mesej ingatan.
dikala nota nota berselerakan tanpa ada pembacaan berlaku.
dikala pedal moto dipulas mengikut naluri kelajuan.

meracau.

serabut.

gila separuh hari.

tekanan.


tapi kenapa orang ini tak pernah sedar?

nampak sangat dia tak pernah ambil peduli dengan hidup dia sekarang.

bodoh.


dalam serabai tapi luar, mantain gumbira ja?

hoi hoi.,

akukah ini?

tapi.....ada aku kesah?


sapa sapa nak bagi kesedaran kat aku,

ini email aku ---> zaeck_huha@yahoo.com.my


Selasa, 13 Oktober 2009

surrogates.

jangan baca entry ini jikalau kamu masih belum menonton filem surrogates.



beberapa kelmarin yg lalu, aku keluar bersama kecik, syed, dan jen.
lepak lepak di pavi..merancang mahu menonton wayang
asalnya cita cita mahu menonton papadom, (bukan mamadom.)
last last tukar cerita apabila menkonsiderasikan waktu waktu yg tidak bertepatan dengan jadual padat kami berempat yg dipenuhi hal masing masing.


sapa sapa yg tak tau maksud surrogates, surrogate bolehlah didepinisikan sebagai pengganti atau gantian.
dalam cerita ini, manusia telah begitu maju kehadapan apabila hanya bergantung hidup pada surrogate untuk melakukan segala macam aktiviti harian.

fcuk.


kalau surrogate ini memang benar benar wujud, kita akan menjadi bukan kita.


apa teruk sangatkah kita untuk menjadi diri sendiri?
manusia memang tak pernah bersyukur.
tak pernah puas dengan apa yg ada....
aku bukan apa, serius tak dapat bayangkan tahap kejahilan manusia dan kehancuran manusia kalau surrogate ni menjadi realiti.


tak apalah, cerita ini sekadar cerita orang putih yg cuba memutihkan pikiran kita.
apa yg paling penting adalah...
tempahlah tempat duduk di belakang atau tengah tengah di dalam panggung.
kalau tak, kepala akan sama paras dengan kaki sendiri masa menonton nanti.
kalau tak peduli gak, masih berdegil nak duduk depan...
carilah pedal supaya kerusi tu boleh diadjustkan kepada mode baring.






Jumaat, 9 Oktober 2009

identiti diri?

aku malas nak cerita panjang panjang. begini,...
rumah aku di tingkat enam belas, dan merupakan penamat kepada rumah kaum adam.
maksud aku disini ialah, atas tingkat aku ni ialah tingkat tujuh belas la. (bagi mereka yg ketiadaan sempoa)
tingkat tujuh belas ni merupakan tingkat budak perempuan, budak?
mungkin wanita perempuan. tapi, adekah wanita lelaki?
ah itu bukan kesaspenan yg cuba aku timbulkan disini.



di tingkat mereka ini, terdapatnya air penyejuk atau dipopularkan dengan nama lain iaitu waterkuler.
bila kedahagaan menerpa, maka terpaksalah aku naik ke tingkat mereka ini untuk mengambil air air segar deri perut paip, bukan bumi.
sewaktu aku berjalan mendaki anak anak tangga yg terbiar tanpa asuhan ibu mereka,
aku terpandang sebuah rumah yg tidak tertutup rapat albabnya.
aku lalui juga denai denai dan liku liku untuk ke waterkuler itu sambil berharap agar tidak ada makhluk makhluk yg keluar dari pintu itu dengan hanya memakai tali temali setebal tali kasut.


dikala duduk bercangkung sambil menyisip kemas kain pelikat aku dan menanti tadahan air untuk penuh,
kedengaran seperti ada orang menghendap aku.
namun aku making fool sahaja.
ok, mungkin itu hendapan yg mereka lakukan terhadap aku. tak apa aku kasik can.



tiba tiba aku dengar perbualan seperti berikut;

"tadi ada orang lalu depan ni la..." kata suara sengau

"perempuan la yg lalu tu...." kata suara sumbang

"perempuan ke lelaki, aku rasa macam lelaki" kata suara sengau lagi.

"perempuan lah...." balas suara sumbang.



ok, mereka melihat rambut aku dari belakang dan menyangka aku seorang perempuan...apekah aku akan maafkan mereka?









SHIT!!!

im a man you know!
how dare you act like a stupid dumbass and somehow cant recognize between a man and a man who sold the world?



- elok aku lalu je depan pintu yg tebuka sedikit (tak tertutup rapat), GEDEBAMMMM....dia punya tutup pintu tu, ingat aku tak tau yg dia skodeng aku. kalau mahukan sain aku, keluar jela. boleh je aku tempekkan sain kat dahi sorang demi sorang.







Rabu, 7 Oktober 2009

treasure hunt versi aku.

ahad hari itu telah diadakan program sehari bersama MELTECH (sila google)
dan aku telah ditugaskan untuk menjaga cekpoin 8 bagi acara tresure hunt.
maka, penderaan bagi junior junior pun bermulalah di cekpoin 8 yg dikepalai oleh aku, PES5662 dan daus comel.

mudah sahaja cekpoin aku, tak payah alat perkakas banyak banyak.
aku cuba mengajak mereka bermaen dengan ayat, itu sahaja.
mereka ditugaskan untuk memassing ayat yg aku bacakan kepada rakan lain seorang demi seorang.
aku namakan ia, radio rosak (komersial bukan?)


ayat 1:

ku kaku kerana kuku kiri kaki kakakku kematu. kelmarin ku kerat kuku kaki kiri kakakku, ku gembiraaaa...........


ayat 2:

sarjit singh suka sakat sapiah. sapiah selalu sabar, sabar sabar sapiah, sapiah seringkali sedih sebab sarjan suka saman sapiah


ayat 3:

hari hari husin hilang hanset. hanset husin hilang hingga hati husin hancur. husin harap hari hanset husin hilang, habis..............

(bebulu telinga aku pikir ayat ayat ni semua)

mudah gila cekpoin aku, tapi aku pelik sebab langsung tak ada kejayaan yg boleh dibanggakan di kalangan peserta.
ingat aku nak lepas senang senang?

dendanya pun mudah.



cuma nyanyikan lagu raya ahmad jais dan dj dave sahaja.
itupun kau orang tak mampu?


ape susah sgt ke nk nyanyi lagu dengan setiap baris lirik diterbalikkan?

hei, aku boleh nyanyi dengan tak ada sasul langsung la....
(sambil tengok lirik yg aku dh siap terbalikkan tu atas kertas.)
sah sah tak boleh masuk jangan lupa lirik terbalik.






Sabtu, 3 Oktober 2009

aku tak puas hati.

aku tak puas hati.

sebab hari ni aku dengan rela hatinya membiarkan awek merah aku terbiar di bawah naungan panas matahari. kenapa?
sebab tiada pelekat kenderaan uitm. jadi awek aku tidak boleh menapak di fakulti.
dey pakgard, balik buat revision dulu. jangan kasi susah orang laen
kaji dengan tulus dan mulus sistem permohonan pelekat tuh,
aku takut esok ada jugak pondok pakgard yg disimbah cat merah je.
pasal hal ini jugalah aku telah dengan selamba badak sumbunya meninggalkan kunci motor di motor,
lalai, lalai....
aku lebih rela kehilangan syiling 10sen daripada kehilangan sebuah motor.



aku tak puas hati.

aku cukup tak puas hati kalau taim aku tengah mencelah di celahan kenderaan yg sedang mengalami kesesakan, tiba tiba ada kenderaan yg nk bertukar lane.
hoi!
suka suka hati nk tukar lane, cuba duduk lane tuh diam diam.
sabar la sikit...tak tengok iklan "kalaulah saya bersabar, maafkn saya mak....." ke ha?
nak tukar lane sangat pegi maen boling la.



aku tak puas hati.

tadi dalam lif, ada seminah and semamat ni berborak borak gaya lebat.
mereka menggunakan kata ganti diri yg telah diinglishkan, maju kehadapan bukan?
(penggunaan i, you, i, you yg menggeletek telinga aku)
dan semamat tersebut telah mengaku kepada seminah bahwa dia mempunyai inglish yg baek.
kaget aku. kagum. bukan senang mahu jumpa mereka yg berani kerana benar!
lepas tu semamat itu bermadah lagi,
"tp grammer i tak hebat la..."

kalau grammer lu tak hebat, inglish lu kelaut jugak lah tu........................................



aku tak puas hati.

tadi masa nak ambil potostat,
2 org cine haram yg jaga kaunter telah membuatkan aku terpinga pinga.
boleh plak die tidak mengendahkan kewujudan aku disitu,
konon konon bertalifonlah, menekan papan kekunci PC lah.
konon konon sibuklah tu (aku tak peduli kalau die betul betul sebuk)
setelah aku mengetatkan wajah aku seperti lim tat, barulah dia tahu yg aku ni sebenarnya bengis.
berkesan bukan taktik aku?



aku tak puas hati.

tolong tukar orang domino pizzas punya customer service center kepada bangsa yg lebih memahami tatabahasa melayu.
nak skeaping pun elok elok lah, tak payah lah sleng sleng.
menyusahkan aku yg nak membazir baucer pizza ni je....
last last order atas talian je.heh
tolong hantar die tusyen bahasa melayu sekali dengan budak UPSR. PTS, jika boleh.


aku tak puas hati.

budak budak kat sini makin meningkat tahap ke zoo-an mereka.
kalau aku dapat la budak yg maen mercun tetengah malam buta,
memang.................................................memang aku salam dia.
dia tak tahu ke anak aku nk tido?


















Khamis, 1 Oktober 2009

kerja orang bosan.

kalau baru bangun tido, beginikah agaknya anda?
kebersihan gigi dan gusi menyeluruh.
malu apa?
merenung ke langit, dibatasi siling.
bertafakur sejenak.