Sabtu, 28 November 2009

JALANG

dah lama tak sebut perkataan ni.

lagi lagi ayat ni, "dasar perempuan JALANG..!!"

ayat ayat kebiasaan yg terpacul keluar daripada mulut mulut lelaki lelaki yg konon kononnya kelihatan marah semarah marahnya pada perempuan yg dipuja puja namun akhirnya perempuan itu menjalangkan dirinya.

fuh, kau orang tak kan jumpa ayat ni dalam kamus punya. aku sendiri tak paham.

ni bukan cerita kedai kopi, ini cerita siang tadi.


merayap di ibu kota...ibu kota perak. walaupun tak adalah sekota mana pun.

pekena mamak dulu, pehhh. memang cekik darah sial mamak nih

walaupun aku tak berdarah masa tuh, ntah camana dia boleh cekik jugak.

aku dah pasang azam nak banned mamak nih, tunggu tahun baru je....baru mujarab azam aku.


lepas isi perut, berlegar legarlah aku di JJ

niat di hati nak tengok ninja assassin...ass?tapi mengapa JALANG yg menjadi pilihan?

adalah sebab sebab yg hampir hampir dapat dielakkan, namun tak berjaya.


kau orang kalau tak tengok cerita ni, memang rugi kecil...

memang best....!! memang ninja assassin lagi best.


pertama kali aku duduk sebelah perempuan yg agak jalang nafsu makannya di dalam panggung.

boleh hentam big apple sebelah aku, bukan nak hulur.



pergi ke pawagam menonton jalang,
jalang itu bukan nama orang,
salam aidiladha aku ucapkan,
sorila aku tak reti berpantun pantunan.










Selasa, 24 November 2009

gerimis di waktu senja.

angin november bertiup lagi..membawa bersama hujan hujan bertitis titis banyaknya.

suka duka tangis tawa yg dibawa sang hujan terus jatuh menyembah bumi.

sebegitu hebat hubungan sang hujan dan juga bumi.

kadang kala memberi kenikmatan, kadang kala memberi musibah yg dipelopori banjir banjir.



hidup sekarang dikelilingi kebasahan hujan.

ada mereka yg demam tanda kecundang.

ada juga yg masih teguh berdiri menggigil kesejukan.


bayangkanlah hujan itu cinta.

aku berjalan dalam hujan tapi, aku berpayung.

aku pandang kiri dan kanan, disekeliling...mereka semua tidak berpayung!

nah...demam melanda kerana tewas penangan sang hujan.

bila banjir mula melanda, hujan yg tanpa henti dipersalahkan dan dipertikaikan.

putuslah sudah hubungan hujan dan bumi...

kenapa boleh putus?

ini dia....


1) bila keserasian dah tak lagi wujud.

situasi: dulu awak kata awak sanggup makan durian dengan saya sampai kentut berbau durian, kenapa sekarang awak malu nk kentut sama sama dengan saya dan berbau durian??

2) bila ada ketidakjujuran dalam berhubungan.

situasi: sayang, i bukan keluar dengan sapa sapa pun la, i cuma tolong hantarkan megan fox balik rumah dia je. macam la u tak tau yg rumah dia depan rumah nenek i??

3) bila rasa cemburu kian mencanak.

situasi: apasal u pegi jugak kuliah tu ha?kan i tak bagi.....u tau tak lecturer tu lelaki?i jeles tau tak?i jeles sangat bila u asyik fokus dalam kuliah yg berlecturerkan lelaki....

4) bila kongkongan tahap infiniti.

situasi: saya tak suka la awak ni, awak membuatkan saya rasa terkongkong dan dikongkong. saya lebih suka si A sebab dia lebih mengongkong saya.

5) bila hadir orang ke 3,4 dan 18.

situasi: assalamualaikum encik, encik ditahan kerana berdua dua an di dalam gelap. yg perempuan ni, sila ikut saya. encik boleh terus berseorangan disini.

6) bila ego sama tinggi dengan eye on malaysia.

situasi: u tau kan yg ego i ni 170cm tinggi sama tinggi dengan i. u tu rendah, so lebih baek u diam.

7) bila masa tak banyak diluangkan bersama.

situasi: maaflah i lebih banyak bazirkan masa i dengan kucing berbanding dengan u.

8) bila masing masing dah jemu.

situasi: u tau tak yg i dah jemu tengok muka u? boleh tak u buat pembedahan plastik dan tukar muka u yg macam buntut kuali ni?

9) bila bercinta bukan kerana cinta.

situasi: sebenarnya saya kapel dengan awak ni saja je nk meriahkan fon saya supaya berbunyi selalu. ada la function sikit.

10) bila semua benda aku yg kena pikir.

situasi: sekarang kau orang pulak pikir dan tinggalkan komen. jenuh la aku macam ni.








Khamis, 19 November 2009

siapa yg tak puas hati dengan siapa?

persoalan ni seringkali timbul tenggelam di dalam pemikiran aku. jawapannya hingga hari ni masih samar samar. siapa yg tak puas hati dengan siapa??

aku benci, benci, pada dirimu.....aku sudah tidak percaya padamu lagi....(ala ala dangdut)
mungkin kalau orang yg kemaruk bercinta, boleh gunakan ayat tersebut.

tapi, bagi kes aku...ianya sukar diungkapkan.

aku cuba cari dimana silap aku, apa salah aku buat...kenapa mesti engkau bertindak melulu begitu?

mengapa tak puas hati seringkali timbul antara kita?

mengapa?





aku memang cukup rimas kalau ini terjadi.

petang tadi, buat hal lagi...haihh cilaka betul. pantang nampak orang senang.


kasik la peluang aku nk ronda ronda sama awek merah aku...tak payah la jeles jeles sampai nak kejar kejar.

sebenarnya anjing ni tak puas hati dengan aku atau aku yg membuat dia tak puas hati?

setahu aku, tidak pernah sekali kali aku merpekotak katikkan anjing anjing jalanan...masa kecik kecik dulu pernah la kot.


tuan dia pun satu, maen lepas je anjing merata rata...

hampir hampir terjadi peristiwa anjing putih diterajang menggunakan kaki kiri dihadapan mata kepala tuannya sendiri petang tadi.....


sedarlah sikit, kau tu anjing, tak kan nampak awek aku yg warna merah pun kau nak kejar?

kang aku tukar jantina kau jadi lembu, mau ka?






Isnin, 16 November 2009

sungai Gabai


baham sate kajang lepas mandi.




tokoh sate tengah tengok kami bergambar.



tak cukup sate banyak ini.


nafsu membuak buak.

air tu terjun sendiri.




apasal ada dua ni?



lambang kegagahan.





sejuk mana pun kutahan jua.



tengah testing selipar wanita bertumit tebal.



pertukaran selipar.



ninja sesat.



panorama.



sebelum mandi.



selepas mandi.belum,belum mandi lagi.



ambil feel.




bersajak.


Rabu, 11 November 2009

pertimbangan yg tak waras.

siapa yg tak sayang bini oiii.........

ok, aku tukar sikit sahaja.

siapa yg tak sayang laptop oii...


ni jelah pusaka bernilai mewah yg aku ada disamping awek merah.

ya...aku dan mr laptop baik baik saja.tak pernah gaduh.
kalau gaduh pun, mesti aku je yg dapat pukul dia, tp dia diam saja.takut la tu nak balas...
aku tahu.

tp masih belum pernah terjadi kes kes begitu la.


sekarang ni aku tengah berkira kira nak overhaul laptop nih.
kalau boleh, tiap tiap minggu!



internet orait, perfom.

virus, heh jangan harap la dapat menembusi sistem immune laptop aku.

tapinya...,

kenapa mesti aku tak dapat nak maen game Pro Evolution Soccer 2009 dan 2010!

aku dh tak ada sapa sapa lg dalam dunia melainkan game itu...(sapa sapa disini merujuk kepada mana mana game yg lain)


di samping itu, setelah mengharungi minggu minggu yg memerlukan kesabaran dan kesusilaan yg tinggi...
heboh pula tentang perkabaran misi ke genting yg kian genting.


berita buruk ini...,seorang demi seorang telah menarik diri daripada menjoin aktiviti mendaki tanah tinggi genting.

sampaikan aku terpaksa memainkan watak sebagai seorang romeo yg romantis bersuara seksi untuk memujuk mereka mereka yg telah berkira kira tidak sudi.


doakan segalanya selamat.

doakan aku dapat menaiki roller kostar dengan berlagaknya....ala...roller kostar je pun.
heh...sedangkan KLCC pun ada orang curi curi panjat sampai atas
ini pulak roller kostar?
sikit pun tak gentar.......cuma lutut goyang sikit je.






Jumaat, 6 November 2009

rahasia besar!






minyak hitam MOTUL 3100 gold 4GT yg aku telah experimentasikan selama ini bukanlah menjadi topik feveret untuk hari ini.

agak kurang hajar disitu jika aku membicarakan tentang minyak hitam motorsilkal sedangkan gambar diatas adalah gambar cekodok.


cekodok merupakan sejenis kuih yang berbasickan pisang.
pisang apa? nanti aku rujuk mak aku.

yg pasti, dia rendam dulu cekodok dalam segelen minyak. RON berapa, aku tak pasti.



aku nak bongkar kerja jahat makcik yg jual cekodok pisang bergeraikan gerai makcik Bedah.



aku dah syak, ini bukan ilmu hitam siam punya...mahupun kerja pawang pawang tak bertauliah.
juga bukan perbuatan mereka yg bergelar bomoh, tok dukun, mak bidan atau pawanchik.






cilaka, dia tauk dadah dalam setiap biji cekodok yg aku beli!!!


Selasa, 3 November 2009

mental retardation.

sini bukan tempat nak mencarut.
nak mencarut jugak?carila tempat laen.

palat!

ops..maafkan aku.
ianya terjadi tanpa disengajakan...
aku bukannya niat nak mencarut...aku tak suka carut-carutan nih.
bersih beb.
tapi, memang cilaka.
ops.maaf sekali lagi...



aku sangat hargai akak indon yg amik order kat kedai makan akak Suzy kacamata hitam (nama khas) nun dibawah sana.
aku sangat hargai makcik makcik pembersih yg membersihkan sampah sarip tiap tiap pagi hingga berebut lif dengan pelajar yg sibuk mahu ke kelas.

turut aku hargai, pakgard makgard yg bersusah payah memantau tahap disiplin pelajar tanpa menghiraukan letih lesu.

tidak lupa juga, makcik Bedah (nama khas juga) yg senantiasa menyediakan lauk pauk yg sedap dan berpatutan diiringi cekodok yg pastinya menggiurkan.(aku ketagih cekodok sekarang,harap maklum.)

aku hargai kau orang semua.

kau orang semua memang best!
betul.......iklas.


tau kenapa kau orang semua best?



sebab kau orang tak payah duduk dalam dewan peperiksaan sambil menggenggam pen, menggaru kepala, mulut ternganga, pensel habis dakwat, kalkulator ada tapi pengiraan tak tau nak buat, meja senteng, lenguh pinggang dan belikat, dan pura pura menjawab bila pengawas peperiksaan lalu sebelah.


semua ini macam barua.tahu tak?