Isnin, 31 Ogos 2009

benarkah ini semua?

hari itu kawan kawan aku bersembang di dlm kelas
tentang hal pelajaran..
si A berkata; yg si B ini mempunyai IQ yg pickup walaupun pemalas
dan si A berkata lagi; si C pula mempunyai thp kerajinan yg tinggi wlupun IQ tdk sepickup si B.
jadinya
semuanya adalah fairplay...
masing masing ada type masing masing





tiba tiba aku menyampuk..

" haihh, kalau aku ni type apa pulak??otak dh r pickup gear 6 (orang laen gear 1),
lepas tu pemalas semalas malas alam...apa kes? "

fairplay kah aku?


sesiapa sudi menghulurkan jawapan, silalah berkongsi dgn aku.
kalau boleh,aku mahukan hot tips untuk hilangkan MALAS yg kian bermaharajaaspalela.

Jumaat, 28 Ogos 2009

jangan baca! nanti anda loya...

disebabkan hari ini telah terjadi beberapa siri sakit perut yg dialami oleh mereka mereka yg disekeliling aku,termasuk aku (tapi aku tak kronik sgt)
maka aku terfikir akn hal ini.


sebenarnya kita boleh mengklasifikasikan t**i kita kepada beberapan genre:-



1) t**i taat
ya...apabila anda inginkan dan mahu benar ia keluar,maka ia keluar dgn senang hatinya.tiada paksaan atau daya tolakan yg membazirkan tenaga.taat bukan?



2) t**i derhaka
ok.yg ini terjadi apabila anda tidak mahukan ia keluar,tetapi ia memaksa anda supaya membebaskannya tanpa mengambil kira apa jua situasi anda ketika itu..rimas bukan?


3) t**i degil
ini adalah berlawanan dengan t**i derhaka, kerana apabila anda ingin benar membebaskannya, namun ia menunjukkan kedegilannya sehingga memaksa anda menggunakan seluruh tenaga dengan getaran getaran dan kegigilan tertentu.juga kedengaran bunyi dengusan anda yg betul betul berusaha. sangat menyeksakan.


4) t**i durjana
memang durjana! kerana dengan sewenang wenangnya ia boleh keluar tanpa mampu anda menghentikannya. membuatkan wajah anda bertukar pucat dan pudar. tiada penyelesaian laen selain mendapatkan tempat pelupusan bagi melupuskannya dengan kadar yg sangat segera.


5) t**i palsu
semuanya dusta belaka. tanggapan anda salah sama sekali kerana ia hanyalah sekadar angin angin yg menumpang. tetapi kesakitan dialami seakan akan ia sebuah pepejal.




jika mahu mengklasifikasikannya,
berbukalah dengan juadah yg pelbagai sehingga di luar tabii'..







Khamis, 27 Ogos 2009

dugaan terbesar??

dugaan terbesar??
ok.mungkin tidak berapa besar sgt kot.
tp tetap menspoilkan mood aku di hari ini..

hari ini hari khamis.
kelas ada gap dpd kul 12-2.30 ptg
aku telah membuat keputusan untuk pulang ke kolej
dek kerana ketertinggalan nota untuk subjek ptg ini.
maka aku pun pulanglah ke kolej diwaktu gap itu

(tertinggal nota konon,padahal nak tido...)


pukul 2 ptg,aku pun bersiap siaplah semula untuk ke fakulti.
masukkan segala bagai nota dlm beg pasar aku

(aku tak ada beg mcm org laen,beg pasar yg galas tepi je aku pakai..)


tunggu lif,perghh...
yg ni satu hal.mmg ramai time time aku terdesak ni.
tangga?
katakan TAK NAK kepada tangga kot..
tegar! ttp dgn prinsip aku tak nak guna tangga
sbb aku di tgkat 16,puasa kot...walaupun istilah TURUN digunakan.

setelah beberapa ketika,yakni setelah dua kali terlepas akn lif
disebabkan lif yg suka sesak time aku perlukan akn ia
maka aku pun naeklah lif.


seperti dijangkakan terpaksa jualah aku membina thp kesabaran yg tinggi.
lif singgah setingkat setingkat.
ni bila nk sampai G ni?
sem depan kot baru smpai...................


ok skrg aku dh smpai pada moto aku,fuh..
tenang sekali.
melihat jam di tangan.
pukul 2.20...
10 minit untuk aku beraksi di litar..


bukak lah segala kunci yg membelenggu motor aku.
start moto....,masuk gear 1..
pulas minyakkk...

aikk...????????????


mana helmet aku ye?
jawapan=tersisih rapi helmet itu di meja study aku di rumah aku di tingkat 16 tadi.



nak tahu kah aku ni seorang yg penyabar atau tidak?
yaa...aku seorang yg penyabar.
aku pun berpatah balik dengan sabarnya..
menunggu lif sekali lagi.




baru aku tahu aku ni penyabar,
sebab berjaya menyabarkan diri aku drpd pergi ke kelas.




Selasa, 25 Ogos 2009

tandas lelaki vs tandas perempuan

masuk kali ini sudah dua kali aku menahan keterkucilan aku
ketika sdg menunaikan solat terawih.
selesai je smyg,tiada destinasi laen da kutuju
terus mencari tandas behampiran sebagai sasaran

dengan yakin,aku amik site kanan
sbb aku tau tandas laki belah kanan
sebelah kaki dh menapak dh ni masuk ke tandas,
tiba tiba mata pulak ternampak signboard kt pintu tandas tuh

TANDAS WANITA
dengan siap gmbr simbol wanita lagi


aik???
bila tukar tandas ni?
tak apalah....
aku masuk yg belah kiri sbb signboard dia

TANDAS LELAKI


tp mmg pelik r sbb dinding dia warna merah jambu

hehhh.
aku yakin sepasti pastinya yg tu tandas perempuan
sbb tandas laki dinding dia warna biru


ade jek tangan tangan gatal yg sebuk tukar signboard tuh.



moralnya disini,
janganlah anda sesekali menahan keterkucilan yg membuak buak

dimana ada tandas,harung sahaja!


Sabtu, 22 Ogos 2009

selamat

maka dengan ini

saya...mewakili blog ini

dgn rasa girang gembiranya

ingin mengucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia

selamat menyambut ramadhan al-mubarak

semoga kalian juga saya

dilimpahi nur dariNya

sama samalah kita mengejar ramadhan yg terbaekk...


- ucapan iklas suci murni yg lahir dpd dasar hati tikusmando.


p/s: dah dua kali ramadhan dah aku terlepas mahu melihat penyimpan mohor besar raja raja di

kaca kaca televisyen. bukan slalu dpt tgk....serius rugi!

Khamis, 20 Ogos 2009

mati hidup kembali...

jalan raya terlampau sunyi
untukku terus bermimpi
mataku belum mengantuk lagi
bawa kemana saja kupergi

tunjukkan ku bulan gerhana
tiada siapa nak ku jumpa
benda yg tiada ku sangka ada
oh tak mengapa,ohh tak mengapa

malam semalam gundah gulana
hari ini hari mulia
tak pernah daku rasa begini
seperti mati hidup kembali

bawalah ku hilang dr ingatan
hari ini sehingga esok
tak pernah daku rasa begini
seperti mati hidup kembali

angkasa penuh dengan berlian
ku capai sebelah tangan
sebalik awan ada cahaya
bercahaylah selamanya

daku tertawa seorang diri
darah yg mengalir terhenti
fikiranku melayang layang
tiada siapa yg perasan

malam semalam gundah gulana
hari ini hari mulia
tak pernah daku rasa begini
seperti mati hidup kembali

bawalah ku hilang dr ingatan
hari ini sehingga esok
tak pernah daku rasa begini
seperti mati hidup kembali

tak pernah daku rasa begini
seperti mati hidup kembali

kembali...




dipetik daripada,

BUTTERFINGERS

Selasa, 18 Ogos 2009

pakcik yang stylo!

pagi tadi tidak ada bezanya dengan pagi pagi yg laen
sepertimana biasa,keluarlah aku menunggang motosikal untuk ke fakulti.
di atas jalanraya...betul betul berada di hadapan aku
seorang pakcik kiranya,sedang menunggang motosikal EX5 kalau tak salah
dengan penuh hemah,khusyuk dan tawaduq.

mata aku tertarik pada sesuatu...
xmungkin mata aku berbohong walaupun ada berbaur kemengantukan yg sedikit peratusannya.

berkelip aku 2-3 kali...cuba memastikan kebenaran yg terpampang jelas..
yaa,..
pakcik yg berbadan gempal bersweater itu....
menggalas beg MICKEY MOUSE
jika dipadankan dengan kanak-kanak
sudah tentu kelihatan comel
namun,apabila seseorang sepertinya yg menggalas beg itu...
sedikit janggal dan seakan menggeletek hati hati insan yg melihatnya..


tertanya tanya juga aku...mengapakah sebigini stylo pakcik ini?
tapi...tiada aku pedulikannya kerana aku ingin mengejar masa yg pantas berlalu pergi.
kerana kecermatannya,maka aku terpaksalah memintas dia.


fuhhh.
kadang kadang ada perasaan seperti ingin memukul diri sendiri
apabila terlihat akan sebujur kaki yg terselit dari celah celah ketiak pakcik itu
(pandangan dari sisi belakang bersudut 35darjah)




janganlah menyalahkan seorang bapa yg tulus iklas menghantar anaknya kesekolah di pagi hari.

Ahad, 16 Ogos 2009

tagged lagikah?

Sila ceritakan 15 perkara yang orang x tau pasal awk dari awak kecik2 dulu sampai sekarang.Seterusnya, sila tag 5 org rakan awak pula.Terima kasih.


saudari sarah nur telah menagged saya.
memandangkan perasaan bohososan(bosan yg sgt2),
maka saya menerima tagged ini dengan sebesar besar padang bola saya tadahkan..


1. percaya atau tidak, masa aku kecik kecil dahulu, slh seorang yg aku plg syg di dunia penah mengacu aku menggunakan pisau. aku masih ingt segar lagi..org yg ak syg itu sbnrnya tidak berniat begitu.namun mungkin di bwh pengaruh buatan orang agknya.


2. my mom pernah berkata bahwasanya doktor pernah memberitahunya tentang aku yg tika saat itu masih mendiami ruang sempit di perut my mom.
dia ckp yg doktor tu ckp....aku ini nanti besar akn jadi seorg yg tinggi memanjang berdasarkan intipan dan hendapan yg dia buat kt aku masa tu menggunakan alat ultrasound kot.bolehkah aku percaya kata doktor tu ha?


3. dulu zaman aku kecik, sibuk org sana sini hias basikal solek sana sini..aku pun sama je.basikal aku chantek....mcm2 dimodified.dan suma menggunakan duit aku sendiri.duit saku pergi sekolah aku hadkan pd paras tertentu.simpan sikit2 lama2 jadi bukit...salah!!sbb lama lama jadi banyak,bukan bukit...tukar aksesori 1 per 1...puas hati meyh!dan apa benda pun yg aku nk,byk yg kena usaha sendiri...dari kecil mcm tu


4. masa kecik jugak...kalau aku ada suka kt seseorang,aku jadi malu untuk berhadapan dgnnya..xakan pernah skali bertutur dgnnya...bila jumpa mesti mengelak....kenapa ha??tanyalah aku masa kecik dlu..buat apa tny aku skrg.....benda ni terbawa bawa smpai aku skolah menengah kot.


5. aku pernah kene tolak dgn org gila masuk dalam longkang di dpn umah opah aku.kepala jatuh dulu dan dlm longkang tu ada batu bata...yg aku ingat,bapa saudara aku pegang kaki aku,kepala aku kebawah mcm ayam yg baru lepas kena sembelih...pergi klinik,berapa jarum agk2??mesti r 1...sbb jahitan yg byk..bukan jarum.


masa aku zaman skola menengah


6. seriyes aku mula belajar bergaul dgn org...mula membentuk diri aku yg mampu buat org sengih2....semuanya sebab SELAMBA yg menular dlm diri....hahaha...aku selamba.aku xpeduli org.org xpeduli aku gk...eh yeke?


7. kotiaw yg xsedap di kantin skolah dulu membuatkan aku agk fobia untuk membaham kotiaw dewasa ini. tp sekarang dh boleh kot cuba mkn kotiaw.....serius!kotiaw tersebut mmg xsedap,keras,memualkan,membunuh lidah.....


8. aku pernah simpan rambut smpai paras dagu....hahaha...tp ade r dlm 20-30 helai..(sekelompok je r).xramai yg thu sbb ianya tersorok disebalik rmbut rmbut pendek lebat aku yg laen.xpernah pun kantoi...hebat x aku?hebat bukan? sbb dlu rasa teruja bila berrambut panjang.


9. aku paling xsuka kena gosip kt sekolah dlu.lagi lagi kalo benda tu benda yg xbetul lgsung...tau tau je dh ada crita itu ini...........
sialan betulll...org pndg slack dowh...


10. SPM dulu aku ni banyak main.tu yg result truk nak mampus tuh...org byk yg dh berubah...suma pegang buku je...aku pegang ape?rasa mcm nk pulangkan je katil asrama kt bilik tuh kepada pehak skolah...biar aku xberkatil lg bagus.sng cite,org len dh maju smpai tahap teknologi jepun,aku masih di bangladesh lg....



masa aku remaja...


11. aku kerja kilang lepas SPM.fuhh...selamatla hanya sementara..penat gila.jgn r kerja kilang...belajar r rerajin.serius!!kalo x,nanti ada awek kilang yg sangkut pd anda.....


12. masa kt matrix pun aku banyak maen.gila futsal.gila bola.tp matrix mmg terbaekkk r....aku jumpa sahabat2 yg sgt bez...mmg bez ahh.sng kata,aku suka r masa matrix dulu..........geng2 aku,geng2 futsal aku,budak2 kelas,budak2 lecture,org2 perut bumi,dan hill tempat lepaking hingga ke dini hari.(xsmpai pun sbnrnya)


13. masuk je U,aku rasa aku dh meningkat 1 fasa dlm hidup.memang aku sgt tidak serupa drpd aku masa skolah dlu mahupun msa mtrik dlu...tp aku xpuas hati gila,masa mula mula dulu...mber mber ckp aku ni kerek gila.muka nk cari gaduh je......pehhh...kejam syial korang.bila mereka kenal hati budi aku..hahaha...baru mereka tau....mereka kata aku ni GILAAA?


14. aku penggemar musik musik bebas dlm dan luar negara.tertakluk kepada genre yg aku tetapkan sndiri...dan peningkatan 1 lg fasa dlm hidup aku bila aku ditaja JPA.upgrade diri sendiri...mula mencari sesuatu yg aku xpernah ambil peduli dahulu....dan aku sgt bersyukor...bersyukor dgn apa yg aku ada skrg,juga berbangga menjadi diri sendiri..tiada sesalan menjadi AKU.


15. ada 1 kekosongan dlm hidup aku skrg tlh terisi.merujuk kpd post "kekurangan taraf hidup" di bwh...aku sudah bersedia menghebahkannya di TV3!!!!!



ini cerita hidup aku.
kalau mahu berkongsi cerita dgn aku.
buatlah tagged ini dan beritahulah aku...

Selasa, 11 Ogos 2009

surat rasmi untukku.

tarikh: 7hb Ogos 2009

nama pelajar: (dirahsiakan)
no pelajar: (juga dirahsiakan)
kursus/sem: HS221/semester 3
no. rumah: A-16-1



SURAT PERINGATAN TATATERTIB

dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk,

adalah dimaklumkan, pihak pengurusan kolej telah mendapati bahwa anda telah melanggari peraturan Bahagian II Tatatertib Am dan Bahagian III Tatatertib Asrama Akta 174, Akta Institusi Pelajar (Tatatertib) kerana pulang lewat ke kolej (selepas jam 11.00 malam ) pada 18hb Julai 2009.

oleh yg demikian, sila beri keterangan bertulis dan hantar ke Pejabat Kolej segera (dalam tempoh 3 hari) atau tindakan tatatertib akan diambil sekiranya gagal berbuat demikian.


................................................................................................................



pulang sahaja dari kelas ptg td,
ternampak akn secangkir surat yg kaku berada di balik pintu
milik siapakah surat itu?
nama itu seperti sudah disenangi sejak 20thn yg lalu...
(nama sendiri la tu...)

terharu sungguh melihat isi kandungannya,..
ada juga pehak yg sudi menghantar surat pada aku...rasmi tuh..


aku tahu,ini semua gara gara si misai...
aduihh...
percayalah
aku tidak akn berbuat demikian tnpa sebab
malangnya tiada peluang untuk menerangkan situasi sebenar
kerna si misai pantas berkata
"saya hanya jalankan tugas...!" dgn tegasnya.

no point.
menghabiskan sekelumit aer liur untuk berkata kata..
ia kan sahaja...


dan inilah hasilnya.
terima kasih.



Ahad, 9 Ogos 2009

kekurangan taraf hidup

aku terfikir,di dlm hidup aku selama ini
apekah kekurangan aku?dari segi material..bukan mental
hmmm...
kalau mental tu mmg aku kurang serba serbi


masa sekolah menengah dulu
kawan aku selalu bahan aku pny stokin
dia cakap stokin aku belobang..
hahaha...
adekah aku sekedekut itu sehingga tidak mampu membeli stokin baru?
tidak!
aku tetap dgn prinsip aku.
semua org punya stokin pun belobang,
kalau tak masakan mereka boleh menyarung stokin itu dikaki
setuju?


kehidupan sekarang pulak,
stokin lagi jd isu...
salahkah kalau stokin aku singkat??
dh name pun stokin rm5 dpt 3..
ape seksi sgt ke aku pakai stokin singkat singkat?


sekarang kasut futsal aku dah terburai sebelah
jadi aku bermain futsal dgn memakai hanya sebelah kasut sahaja
kelakar?
hah...janji aku tetap puas maen
walaupun semalam kaki aku beberapa kali kene pijak,
xde la sakit,pedih sikit je.
xkesahla...sebab dulu dulu masa xmampu nk beli but bola,
aku boleh berkaki ayam maen dgn org yg pakai but.


sekarang lagi
aku xde pencuci muka...dh habis.
dulu aku xpenah pakai,
mak aku tny,dia suruh aku pakai
aku pakai jelah apa apa jenama yg dia belikan
pilihan ibu kan pilihan terbaek...
serius aku tidak arif akn hal hal ini

kalau nak cerita pun xkan habis aku rasa,...



sekarang,
aku rasa aku hepi dgn hidup aku sekarang
dgn apa yg aku ada skrg
cuma....
aku rimas bila sering diajukan soalan
menanyakan tentang...............

ahh sudahla...
kalau aku ada nanti,...
aku bagitahu la korang korang semua...
jgn terkejut kalau masuk TV3!


Sabtu, 8 Ogos 2009

topeng muka

baru baru ini aku telah memaksa diri aku keluar menghabiskan wang
membeli keperluan keperluan yg sedikit meningkatkan taraf hidup.
memandangkan negara skrg ini telah digemparkn dgn wabak selsema ****
jadi aku nekad memakai topeng muka kerana hari itu hari yg sesak
sesak dek kerana pc fair yg menjadi tumpuan warga kota.

sebenarnya tajuk aku salah!
bukan topeng muka,tetapi topeng hidung dan mulut...
sebab topeng itu tidak menutup keseluruhan wajahku

maklumlah index pencemaran udara masih lg tidak memuaskan
tapi bukan itu yg aku nk bincangkan disini pd mlm yg indah ini...

sesetengah org berpendapat bahwa memakai topeng itu kelihatan sedikit kekelakaran.
jikalau kamu diberikan piihan,apekah kamu mahu diketawakan kerana kelakar
atau
kamu mahu dibacakan yaasin?

jadi aku sgt tidak kesah akn kekelakaran itu,serius!
tetapi....
ade sdikit perkara yg merimaskan aku..
di pc fair,
aku buntu kerana di dlm minda aku tdk lgsung terdpt kewajaran untuk aku menghabiskan duit disana.....
untuk tidak pulang dgn tangan kosong,
maka aku telah membeli tetikus putih...berjenama pixon

ketika hendak membuat pembayaran,
cina itu telah berkata begini
"shi pak"
yg bermaksud 18 apabila dimelayukan


aku rasa pada nama aku
ada perkataan BIN
tapi,...........
apekah mataku terlalu menggoda amoi itu?


Jumaat, 7 Ogos 2009

dibebani beban yg sgt membebankan

tenison GILA minggu ni..........................................

tension GILA malam ni....................................
tension GILA,..

dlm TENSION TENSION aku ni,...

boleh gelak gelak lagi....mcm xde mslh...

hahahaha.......

apekah aku sudah GILA?

Rabu, 5 Ogos 2009

awek merahku terancam..

panas.cuaca panas..sepanas mentari yg menyinar
tapi hati aku lg panas..sepanas cekodok yg baru diagkt dr kuali.
lebih panas dpd demam aku yg bersuhu 39 drjh celcius masa aku demam.
berani betul..

mana tidaknya,
berani betul ya kacau awek merahku.
kalau aku dapat tau sapa....
hishh
mmg....mmg aku g kat dia.

mmg aku SALAM dia...
heh.
berani sgt usik awek merah aku pehal...


skrg dh susah..
nk kene solek balik awek aku tu
brg make-up bkn sng nk dpt.
nk kene pujuk lagi,..
duit lagi...
ingt aku ni tukang cop duit 50 baru ka??
kalau ya, hari hari ko nk usik pun aku xkesah.
sugul aku fikirknnya.
sialan....



Selasa, 4 Ogos 2009

4.8.09

kenapa dgn 4.8.09?


jikalau kalian mahu tahu
hari ni adlh hari ulang tahun bapaku.

aku nk wish,tapi aku mcm segan.
mak aku dh siap mesej aku pagi td dah
suroh aku wish.

aku ckp ok je.

mlm ni,baru jap td
mak aku tny...
nape xwish besday ayah?

ohh alamak...
lupa la...
hmmm

capai handfon
typing.....
sending....

(aku buat jela pape ayt yg patut...hee)


"tq"


aku xtau npe,
aku tgk ayah aku reply mcm tu pun
aku rasa sekelumit terharu.
hahaha...



p/s: sbnrnya aku bkn xnk wish,aku takut ayh aku ckp aku ni buang tebiat je.hohoho