Selasa, 29 Disember 2009

aku seorang yg kleen.


aku ada bukak satu laman sosial yg selain daripada bukumuka.
agak lama jugak tak bukak, aku bawak berus jamban takut kalau kalau ada sawang merata rata



lepastu, ternampak ada orang tinggalkan mesej kat perofail aku. teruja nih..

cepat cepat bukak nak baca.


whoaa...


kelu.


mesej tu berbaur begini:


hye ensem

:)

kt ne nih?



(aku baca sambil pipi merah merah)



ada lagi dia tinggal beberapa potong komen kat gambar gambar aku,


dia ada cakap yg aku macam alip aziz. aku lagi rela kalau dia kata aku macam aziz satar.



ingat aku boleh cair ke benda benda macam ni?


no way!


kerek sial aku. sebab apa aku kerek ni?



sebab.... dia seorang jantan!




*aku tarik balik segala kemerahan pipi aku masa tuh. bingkai gambar punya orang. nak melempiaskan nafsu gay tu cari la orang lain. aku kleen ok.



Isnin, 28 Disember 2009

famili dei.


hari famili. bukit merah. tigahariduamalam. santai santai


macam macam permainan, antaranya buat mumia.


peh, bukan nak berlagak. tapi mumia aku johan kot. maaf, mumia team aku. (disebabkan bahagian kepala balutannye kemas) macam mana boleh kemas?
sudah tentu sebab aku yg balut.


tak sia sia aku belajar CPR dan pertolongan cemas, ilmu balutan kecemasan di bahagian kepala, aku adunkan mengikut rentak alunan tangan aku yg sukahati sebat saja.

hasilnya memberangsangkan.





mereka yg tak sempat nak basuh berak sebab kehabisan tisu, nanti pihak penaja gantikan dengan tisu baru.


________________



suatu petang daripada tigahariduamalam itu, aku ke tasikbandar.


entah bagaimana, seorang sepupu aku yg masih dalam pantang bersunat, tertambat hati pandangan pertama pada sebuah rumah hantu disitu.


sesudah membayar untuk mendapatkan tiket di kaunter, ada seorang budak cina menegur aku. umurnya lebih kurang umur sepupu aku yg dalam pantang bersunat tadi.


"awak pun masuk itu rumah hantu jugak ka?"


aku anggukkan je. lepas tu terus dia jalan sebelah aku, dengan gangsternya...konon aku ni nak temankan dia masuk le tu.


dalam rumah hantu, cilaka punya gelap haram aku tak nampak apa. meraba raba aku kedepan sambil memilih jalan yg diberkati hendaknya.


sesuatu yg buruk berlaku. ianya sangat gampang. rumah hantu manalah yg tak seram kan?


seram tak seram bukan persoalannya. takut ke berani ke juga bukan pertikaiannya.



yg nyata, aku hanya sempat menghabiskan 10% saja untuk menikmati perasaan ketakutan dan keseraman. selebihnya aku sibuk memikirkan tentang dua bijik kepala manusia bersaiz budak yg berada di dalam baju aku.



cilaka. kalau takut, tak payah berlagak nak masuk la. nak je aku luku dengan tuku refleksi. siap tertanggal selipar lagi, lepastu menjerit jerit. talifon tangan aku yg menjadi mangsa sebagai lampu suluh.


aku tekad lepasni taknak masuk dengan budak, nak masuk dengan awek pulak.



____________



aku menyesal gila sebab tak langgar babi yg lintas jalan masa aku tengah drive pulang daripada rumah hantu tu.


malam tu ada babiQ. kalau tak, bertambah menu untuk babiQ malam tuh.


menyesal...menyesal tak sudah.


___________



sebelum beransur pulang, sempat gak pergi ke pulau orang utan.


tahukah anda?

orang utan 98% menyerupai manusia. mereka juga ada gigi hampir serupa dengan manusia, mengandung sembilan bulan, datang bulan, dan melahirkan anak.


fakta paling penting, mereka sudah bermaharajalela dengan menjadikan manusia sebagai kuli untuk memakaikan mereka lampinpakaibuang.




dan, mereka juga walaupun masih bayi.. namun bulu ketiak sudahpun lebat.



Ahad, 27 Disember 2009

al-fatihah.















_______________


belumpun sempat 2009 melabuhkan tirai tari tirananya, negara kita dipukul dengan berita nahas bas ekspres yg meragut sepuluh nyawa.


al-fatihah buat mereka yg pergi.


bangkai bas yg direkodkan diatas, kini terdampar kemas di hadapan ibupejabat trafik ipoh. sempat aku merakamkannya untuk tatapan kita bersama. orang ramai tidak putus putus meratapi dan mengerumuni bangkai bas itu secara face to face.


biasalah, orang satu Malaysia semuanya prihatin. lebih lebih lagi kenderaan yg sesak di jalanraya kerana masing masing ingin mendapatkan view lintas langsung.


bas dabel dekker yg bertolak dari klang menuju ke kangar ini difahamkan hilang kawalan disebabkan keterlelapan pemandunya lalu merempuh pembahagi jalan. besi penghadang pembahagi jalan terjerumus menusuk bahagian bawah sebelah kiri bas menyebabkan penumpang yg berada di area itu maut.


disebabkan seorang pemandu bas yg berkeadaan mengantuk, sepuluh nyawa melayang. patut?

memang patut. patut diambil tindakan sewajarnya.



menurut syarikat bas tersebut, bas itu dipandu pada kelajuan 90km sejam dan tidak akan melebihi 91km sejam kerana telah dipasang dengan speed limiter. kelajuan bas itu dipantau menggunakan GPS yg dipasang pada bas itu.



lebih menyedihkan, ada penumpang yg putus kepala dan gusi terpacul keluar. ngeri.


menyentuh jiwa.


innalillah hi wa inna ilai hi rajiun.




Rabu, 23 Disember 2009

potong.

aku ingat lagi, masa tuh aku darjah dua. tengah cuti sem nak naik darjah tiga.

masa tu, macam macam desas desus aku dengar, tapi aku malas nak ambik peduli. zaman kanak kanak aku, aku teruskan seperti biasa. dengan buas dan nakalnya.

panjat pokok. kena kejar anjing. lepak kedai aunty dolphin maen counter strike. buat khemah daripada barang barang terbuang. bikin basikal kat kedai Yong Lee. tangkap belalang bagi ikan kat akuarium makan. main layang layang, gasing, basikal, kereta kawalan jauh, guli, pasir, galah panjang, kemah atas pokok, main mercun, dll.

planning dah macam macam dah untuk cuti sem punya tabiat. tapi, masa cuti sem inilah, datang perkhabaran yg meresahkan aku.

nak suruh mak aku rilex pun dah terlambat dah. nak bantah sekarang pun, benda dah jadi. senang senang hati buat keputusan untuk aku. nasib baek bukan carikan bini untuk aku. keh


"lusa nanti hang sunat ek. mama dah daftarkan nama hang sekali dalam kelompok kanak kanak terpilih."


cemas.


lusa? lusa? kenapa tak semalam je?

ni betul punya last minit nih. belum cukup ilmu di dada nih. mana sempat nak prepare.


___________


lusa.

giliran aku ke-empat daripada lima kanak kanak terpilih.

hek eleh. bosan gila tunggu giliran. selamba aku ajak ayah aku lepak makan dulu sambil hisap hisap rokok. (ayah aku je yg hisap)


ikan keli gak aku tibai. takde pantang pantang. ayah aku, takde bising bising.


_____________


dah sunat dah? hak elah. ingatkan peritlah sangat. hahaha.


eh, peritlah jugak masa ubat bius dah tamat siaran. aku menjerit jerit manja sikit je.

lepas tu, ada orang datang melawat. ntah sapa aku tak kenal. baik aku fokus pada keperitan ni daripada ambil tahu pasal orang tu.

dia bagi rm10, aku terus beralih kepada mode silent.








*ni zaman aku dulu dulu. aku tengok sepupu sepapat aku yg sekarang ni bersunat. sikit punya manja betul. menangis sana sini.

*aku tak pernah berpantang makan apa apa pun. mak aku geleng kepala. biasala degil sikit je.

*pagi sunat, petang mak aku tengok dah tinggal tali dah. orang hilang. maklumlah orang jenis tak reti duk diam. ada persidangan di kalangan kanak kanak terpilih yg masing masing jalan kengkang.


Ahad, 20 Disember 2009

malasnya nak tulis tajuk.

apalah malang nasib si suami apabila berkahwin dengan seorang isteri yg pemalas. si isteri punya malas, memang tak tergambar dek kata kata. infiniti mungkin.


namun si suami tetap tabah, mencari dan memberi segala nafkah sehari hari. sibuk bekerja mencari rezeki demi sesuap nasik.


apa yg membimbangkan, kemalasan si isteri masih seperti sediakala, malah, menjadi semakin malas. sehinggakan dia terlantar di kerusi sahaja.

malas untuk bangun. malas untuk berdiri. malas untuk berjalan. apatah lagi berenang.
pendek kata, segalanya dikaitkan dengan malas. kalau panjang kata, tak tahulah.


suatu ketika, si suami ditugaskan untuk keluar stesen. si suami mula resah gelisah gemalai bukan kepalang.
mana tidaknya, memikirkan isterinya yg sedemikian keadannya.


makan minum si isteri siapa yg mahu suapkan?


mujur si suami cekap berfikir dan lantas kembali tenang. sebelum keberangkatannya untuk keluar stesen, dia telah menyiapkan seketul donat yg besar. besarnya sehingga boleh disarungkan di leher si isteri. dapat bayangkan?


demekian itu adalah supaya si isteri mudah untuk makan. bijak bukan si suami?


maka berlalulah si suami keluar stesen.


tamat sepurnama, maka pulanglah si suami ke rumah setelah selesai kerja kerji nya.
terkejut dan terkesima si suami melihat si isteri sudah tidak lagi bernyawa.
(amaran! ini bukan kes bunuh.)


hasil siasatan polis dibantu maklumat orang ramai mendapati bahawa kematian itu adalah disebabkan kemalasan. kemalasan si mati untuk menundukkan sedikit kepalanya dan menggigit donut itu.


________________________


ye adik adik, apa kebaikannya jika kita bersikap malas?

mau jadi macam si isteri ini kah?

disini ingin aku seru semua serta diri sendiri terutamanya, marilah kita menjadi seorang yg malas!

ayuh...sempena tahun baru ini. mari jadi seorang yg pemalas!



malas untuk menjadi malas.

Sabtu, 19 Disember 2009

tatkala itu.

tatkala mempelai mempelai sibuk memikirkan bajet perkahwinan mereka,


tatkala kad undangan kenduri diterima lebih banyak daripada mesej mesej di dalam inbox talipon tangan aku,


tatkala kanak kanak yg mahu menggapai kematangan resah memikirkan ketajaman pisau tok mudim dan kehalusan jarum doktor,


tatkala pemain bola sepak Malaysia sibuk menggigit pingat emas yg dikecapi di sukan laut Laos,


tatkala tarikh tetap persetujuan untuk pulang ke Puncak Alam masih samar samar,


tatkala awek merah aku mengada ngada mintak ditambah solekan,


tatkala duit di akaun simpanan bagaikan rapuh terhakis dek ombak ombak perbelanjaan,


tatkala game Pro Evolution Soccer 2010 aku sekali lagi, bukan, berkali kali sudah mencari gaduh dengan aku,


tatkala AC Milan si hati merah hitam aku diundi bertemu Manchester United si syaiton merah bertongkat cabang tiga,


tatkala kaki kian menggeletar mahu menendang menyepak menekel bola,


tatkala itu dan ini...









macam mana perjanjian boleh temeterai yg mengatakan aku bakal ada 'gadis' menjelang sem 5 kelak?

macam mana?

*aku tak nak kalahhhh..!!!

Rabu, 16 Disember 2009

Malaysia membara!

semangat 1 Malaysia yg telah aku semat di dada sejak berusia dua tahun membuatkan aku rasa terpanggil untuk berbicara tentang situasi bola sepak tanah air dikala sukan laut di Laos dewasa ini.

kepada anda yg tidak tahu apakah yg telah terjadi dengan pasukan bola sepak Malaysia di Laos, ternyata kalian lebih cenderung untuk mengetahui skandal seks Tiger Woods berbanding bola sepak.

semenjak Malaysia mengalahkan Thailand, aku sudah dapat merasakan bahang kehangatan corak permainan bola sepak Malaysia yg kian enak ditonton.

juga bertitik tolak daripada itu, RTM juga dengan rasa sekelumit keberbaloiannya, telah membawakan siaran langsung perlawanan itu ke udara. kredit kepada RTM sebab Malaysia dah menang, berbaloi-baloi!

kemenangan ini membawa 2012 erti kepada aku yg walaupun gagal untuk ke stadium nasional Laos, namun tetap memberikan makian padu di hadapan kaca TV.

mujur ulasan mantap Hj Hasbullah Awang, sedikit mengipas ngipas hati yg kian berasap ketika melihat kubu Malaysia diserang seperti todak melanda Singapura.

apa apa pun, aku tetap bangga jadi rakyat Malaysia. kalau kalah boleh maki, kalau menang sibuk nak puji.

aku tak mahu mendabik dada lagi selagi pingat emas bukan kita punya. aku tahu pemain Malaysia sudah lama menantikan sokongan serta puji pujian dari aku.

kalau nak, bagi la menang lawan Vietnam nanti. laukkan mereka!

skuad B-23 memang setail lah...ni mesti hari hari tuisyen isnin-rabu pukul 4-6 petang dengan Sir Alex Furguson Che Ngah.







Isnin, 14 Disember 2009

kampungku bukan kampungmu?



jambatan ilmu.



subur menghijau bumi, ladang, dan rimba.



disaat matahari beransur pulang.



makanan ruji rakyat Malaysia. sebab tu boleh menang dengan Laos.



angin bertiup. nampak angin tak?



lembu yg terlepas daripada dijadikan korban sedang mencari nafkah.



tuai padi antara masak, guna mesin vakum gergasi.



cermin sisi motosikal Haji Salleh. (tok wan aku)



pohon nyiur membalas lambaian pepadi di sawah.



macam Old Trafford pun ada.



hati hati makcik, nanti terjerumus ke lembah sawah.



kawasan separa redup.




gunung yg melebihi ketinggian dua kaki lima inci.


fenomena!

baru baru ini, aku digemparkan dengan sesuatu yg telah melanda keluarga aku.

apa sudah jadi?

mari sini aku buka pekung di dada. (pekung tu apa sebenarnya?)

sekarang ini, benda ni hebat melanda mak dan adik perempuan aku. sungguh aku khuatir ketika ini. tapi apa boleh buat. tidak mereka pinta begitu

kritikal.


sejak menyedari situasi ni, semakin hari semakin menjadi jadi sikap aku.

puas sudah aku menggelakkan mereka. hahaha.

lagi sekali, hahaha.

"ocot" - ni ayat adik aku selalu guna pakai.

"ohh kentut mak hang" - yang ni ayat feveret mak aku.


paling penting, mereka tidak akan pernah aman selagi aku berada di sekitar mereka.

ini sangat fenomena!


oh ya, ada seperkara yg menggusarkan aku.

kononnya seseorang itu boleh terkena badi melatah jika dia sering mentertawakan orang yg melatah.

dan,

nampaknya serangan balas pantas bakal dilakukan ke atas aku. apekah aku menggentarinya?



Rabu, 9 Disember 2009

legakah aku?

lega. ternyata aku tarik nafas lega.

tatkala hati kian gundah gulana...keajaiban telah berlaku.

fuh, tarik nafas lega kerna aku tarapapa.

memang cukup cukup nafas je,

optimis. positif. syukur.

hahahahahahaha...walaupun aku jawab periksa macam seorang pelajar sains yg ambil sastera.

namun ternyata keputusan tidak sesampah mana yg aku gambarkan.

_____________________


sentap.

aku tak suka la macam ni.

aku dah sengih sengih itik dah ni

mampukah mimpi diatas membuatkan aku tersenyum manja pada sepuluh haribulan kelak?

diharapkan doa kalian mujarab semujarab jamu mak dara.



*aku tak berani nak tafsir mimpi ni. tolong jangan tafsir apa apa.



Sabtu, 5 Disember 2009

mahu tilik mimpi anda?

aku- encik, saya ada masalah yg berkait dengan rentetan suatu peristiwa, boleh encik bantu saya?

encik- ya, boleh saya tahu apa peristiwa itu?

aku- sudah tentu. begini, baru baru ini saya ada menjumpai rakan yg telah lama saya kehilangan contactnya...

encik- teruskan...

aku- memangla, takkan sampai sini saja cerita saya kot? ok, oleh kerana saya terlalu teruja..perkara ini telah dibawa bawa ke dalam mimpi saya.

encik- apakah mimpi anda itu?

aku- saya tidak dapat ingat seketing seketing apa yg berlaku, akan tetapi rakan saya itu ada membawa watak di dalam mimpi tersebut.

encik- oh begitu, watak apakah yg dibawanya? ibu mertua atau kakak ipar?

aku- encik kalau saya kata bodoh karang marah. dia interframe saja dalam mimpi saya.

encik- lupa saya, lelaki ke perempuan rakan anda itu?

aku- semestinya gadis encik!

encik- selaku pakar mentafsir mimpi dwibahasa terhebat di nusantara, mimpi ini mudah ditafsir. janganlah anda khuatir kerana sebenarnya mimpi itu mendatangkan maksud yg baek...

aku- ia kah encik??? apakah kami mempunyai jodoh yg seperti penjodoh bilangan?

encik- hmm...barangkali.

aku- tapi, sebaik saja saya bangkit dari tidur, saya dapati tangan kanan saya terseliuh....apakah petanda itu encik?

encik- hah? ini bahaya...! ini menunjukkan bahawa dia mempunyai perasaan yg sangat sangat mendalam pada anda...

aku- betulkah encik???? jikalau begitu apa harus saya lakukan?

encik- tidur dan cuba bercinta dengannya dalam mimpi.

__________________



bagus bukan jika semuanya mimpi boleh selesaikan?