Isnin, 28 September 2009

raiya raiya dan raiya.

untuk tidak mahu membalikkan diri ke KL secara berseorangan, aku telah membuat perjanjian tidak rasmi dengan sepupu aku supaya pulang secara berjemaah.(konvoi)
27 kali ganda kan?
masa yg biasa aku ambil untuk pulang ialah ketika mana matahari pagi sepoi sepoi menerjah kulit sweater aku, kali ini telah bertukar waktu disebabkan beberapa babak perjanjian yg sedikit corrupt.
dari ipoh pukul empat petang, tiba di KL hampir senja disebabkan perkonvoian yg terpaksa mengambil kira situasi rakan rakan konvoi yg lain.


adalah dua ke tiga kali berhenti.
disamping menyuapkan minyak RON 95 ke mulut awek merah yg sangat manja sehingga memaksa aku menyuapkannya, aku juga tidak terlepas untuk memanfaatkan air nescafe free yg dijaja oleh lori lori bersimbol nescafe di perhentian tertentu.
sambil minum sambil semawa air kepada awek awek dalam bas yg gelisah menunggu drebar bas yg dilanda sakit perut gara gara menelan ketupat melebihi dos yg dibenarkan sambil memandu.
(minta JPJ check drebar bas yg macam ni)


sampai di kolej, macam biasa aku berdekah dekah dulu dengan sahabat handai.
masing masing dengan cerita raya masing masing yg masing masing sahaja yg tahu cerita masing masing..
rindu pada rakan taulan diubat dengan pertukaran kuih raya ala ala pelajar malaysia bertukar pelajar dengan pelajar jepun dibawah naungan homestay.


malam itu tanpa mengambil kira desas desus tentang tarikh luput penghantaran assemen yg sudah pastinya aku tidak sentuh apatah lagi menyebut perkataan itu di rumah (demi menjaga mood raya), aku nekad untuk tidur awal...kerana penat lelah letih piah yg aku alami masih belum terubat dengan antibiotik yakni tidur.






oh ya,
aku telah membuat rekod dengan menjadi orang pertama yg menggosok baju menggunakan berus basuh baju di luar daripada bilik air (ruang tamu) tanpa menggunakan sabun pencuci apatah lagi vanish.


terima kasih kepada baju emak daku yg berkilau kilau manik halus bergemerlapan yg digaul dengan baju baju aku di dalam mesin basuh di rumah.
lalu mencetuskan baju aku yg juga berkilau kilau, seterusnya menaikkan nafsu raya yg kian lupus dek assemen.
baru terasa meriah raya bila orang pandang kita silau silau.

berani???
cubalaaaahhhhh....................................

(aku tak berani, tu yg guna berus basuh baju tu)

Jumaat, 25 September 2009

kias-kiasan.

aku memandu keretapi, dan berasa yakin yg aku berada di landasan yg tepat.


aku menjadi seekor helang, dan telahpun mengunci mangsa (target lock) walaupun ianya jauh.


aku tak reti menabur kata kata, tetapi kata kata jujur itu membuatkan aku disenangi.


aku pergi temeduga, dan para penemuduga sudahpun tahu segala macam di fikiran aku.


telah aku curahkan air sebaldi ke lantai, tetapi lantai itu masih kering.


aku masuk suatu pertandingan, dan aku layak ke pusingan seterusnya sedangkan hakikatnya aku sudah kalah awal.




kenapa mesti bila aku sabar beratur di mesin atm, tetapi ada orang senang senang potong barisan dan mengeluarkan sejambak duit.
dan orang itu beredar membawa duit duit yg sejambak itu yg semua orang kepinginkan termasuk aku, dengan amat mudah dan senang hatinya. (berbaur keciwa)

adekah aku sedikit terlambat?

Khamis, 24 September 2009

raya aku tahun ini

bermula sahaja azan maghrib yg semerbak harum kedengaran di kampung, maka bermulalah pembalasan dendam aku.
dengan selamba menibai nasik dan bergelen gelen ketupat tanpa rasa segan silu..
nah padahnya, perut meragam ragam ala ala enjin kereta yg tak dapat dihidupkan.
kata orang, minumlah ENO HALIA, berkesan membantu membuang angin.
tetapi aku yakin ianya bukan angin, sebaliknya sesuatu yg solid.


terkejut besar orang disekeliling memerhatikan seorang jejaka berbadan pipih tetapi masih lagi tidak mahu berganjak membaham ketupat. rindu bangat sama ketupat barangkali...


berbalik kepada isu raya.
apa de hal yg menarik?
adakah kerana duit raya yg mencecah ribat ribat?
atau kerana sanak saudara yg bertempiakan sana sini kerana jarang berjumpa?
yg pasti, raya kali ini diraikan dengan mengamalkan prinsip bersederhana sederhana dahulu dan berhavoc havoc kemudian.


oh ya,
sama samalah kita mengurangkan peratusan kemalangan dlm ops sikap.
selamat berhari hari raya,..

-tikusmando dan isteri, opah, tokwan, mak uda, pakngah, mak usu, long piah, budin, ratnah kumar, dan rakan rakan yg bersaiz bapak orang.




Jumaat, 18 September 2009

balik raya (ipoh seru.)

aku terpaksa membatalkan pelan aku untuk pulang ke ipoh pada pagi hari, disebabkan tidur yg aku alami tidak mencukupi.
telah aku beritahu pidut(member konvoi) bahawa aku inginkan matahari tengahari menyapa kami ketika pulang.
(pancing je ni, padahal nak qada tidur.)


hampir hampir tiba di ipoh, aku terpaksa menongkah arus hujan yg sayup sayup lebatnya.
disitu, berjasalah baju hujan aku yg selama ini menjadi penyeri di raga motor itu sekian lama.


macam macam perkara ketika di hiway, dan yg aku ingat aku sempat racing dengan awek myvi hitam. hahah..sapa menang?
lebih kurang 1 marhalah aku tinggalkan dia. (berlagak.)


paling tak puas hati, tiba tiba ada basikal potong aku..
lahanat!
aku tengok meter, time tuh tengah cucuk 120 kot..
hebat betul, ni yg tecabar gila nih.
tetap tak puas hati, walaupun aku sedari yg basikal itu berada diatas sebuah proton wira.

Rabu, 16 September 2009

selamatharirayamaapzahirbatin

jika anda perasan, tajuk diatas merupakan ayat ayat common yg sering digunakan para melayuan ketika menyambut ketibaan hari raya. kalau perasan la, kalau tak,diam.

jadi.
memandangkan hari lebaran bakal jua berkunjung tiba dalam masa terdekat ini,
aku juga mahu membuat ucapan ucapan hari raya kepada kalian.
tetapi aku tidak mahu menggunakan ayat ayat comon seperti yg tertera di tajuk tadi.

so, selamat menunaikan hari raya kepada semua. maaf dan ampun jika zahirku ada mencipta salah. tiba tiba, batinku juga menjerit minta dimaafkan.


(lain bukan?)


oh ya, kepada mereka mereka yg telahpun mencuba mesej aku dan bertanya kabar
dengan tujuan untuk mengorat baucer domino pizza aku....
jangan risau.
akan aku kenang kau orang di hari raya nanti



(aku tak kata nak belanja ye.)



Isnin, 14 September 2009

domino pizza

aku melabuhkan kepenatan aku diatas tilam bujang bewarna oren yg terdampar di ruang tamu rumah ini, penat kot,...kelas dah khatam awal untuk hari ni,
tup tup ada meeting pulak.
tak apalah.

nih esaimen berlonggok longgok lagik nih,
tapi gaya tidur mcm esok tu adalah cuti umum.
ah lantaklah, aku peduli hapa.janji tidur aku cukup untuk diqada kan mlm ni
dijangka malam ini sgt mencabar dan mungkin sekali lagi bakal menkelim tidur aku yg tiada pernah cukup.

baru je alam mimpi nak jemput aku kesana, sebab ada seorang gadis tunggu aku di sana
kebelakangan ini dia je yg membuat aku bersemangat waja untuk tidur,haha.
mengarut.
berbalik kepada isu sebenar..

datang 2 orang akak, mengetuk pintu rumah ini...,
kawan kawan aku yg len pun melayanlah 2 org akak itu.
akak domino piza kot, tak pun part time domino piza, tak pun cleaner, tp tak logik pula.

mereka membawakan promosi yg baunya seperti menarik dan menggamit kalbu
aku masih lagi terdampar dibawah selimut, sepertinya malas untuk mengambil tahu isu isu semasa piza dewasa ini. tapi sedikit segan disebabkan selimut yg sedikit uzur syarie, manala aku sempat tampal kerongakan yg jelas terpancar di selimut aku tu.

tapi, dengan tak semena mena, aku bingkas bangun.meluru ke arah mereka,
mengambil wang,
membayar dan mengambil baucer hebat itu
fullamaaakkk..kental sekali tindakan aku.
kawan kawan yg melihat, seperti dirangsang dan lalu mengikut jejak langkah aku.

lahirlah niat murni dalam hati
(wah...kalau dapat belanja encik rusli dan puan naimah bersama anak anak mereka dirumah,mesti menarik bukan??)
bukan senang nak dapat baucer murah murah sambil muka merah merah sebab aku lupa aku pakai seluar pendek time tuh.

tapikan, setelah berfikir secara waras
dan membuat penyelidikan di internet
baru aku sedari bahwa di Ipoh,
tiada Domino pizza.
haram!


sapa sapa rasa nak aku belanja, cepat cepatlah mesej aku
atau call aku
buat buat tanya khabar.
tak apa, aku faham.





Ahad, 13 September 2009

luahan perasaan.

kebelakangan dan kedepanan ini,
aku sering dihinggapi dengan masalah masalah ketiduran..
ibarat seperti kelawar yg menjadi simbol kebanggan batman
(malam berjaga,siang pula berjaga jaga.)
begitu jualah aku.
dibelenggu dengan kesibukan kesibukan yg aku sendiri menciptanya
kesibukan yg lahir daripada kemalasan dan sikap suka bertangguh aku
(ini lah sikap yg terbaek yg ada pada aku,sila contohi dan ambil iktibar)
dan masalah ini sudah membuatkan....
aku terlepas keindahan matahari pagi.
beberapa menjak ini.





Rabu, 9 September 2009

zoo punya orang.

baru baru ini, seperti kebiasaan...
kolej aku digemparkan dengan kejadian kemalangan jalan raya
yg lokasinya memang lokasi feveret, kata orang..(jalan di depan kolej aku iaitu Jalan Klang Lama)
memang tak lekang dengan kemalangan
atau dalam bahasa yg sering digunakan oleh orang melayu, eksiden.

waktu yg diambil oleh mereka mereka yg terlibat di dlm eksiden itu bukanlah waktu yg sesuai.
kerana mereka tersebut telah memecah keheningan pagi.
maaf, bukan mereka yg eksiden sebenarnya...
tetapi,..
mereka yg di tingkat bawah bawah daripada tingkat aku ini
yg layak memenangi anugerah terbaik budak budak zoo tahunan.



aku tidak menyalahkan mereka jikalau mereka kepingin benar mahu melihat eksiden itu.
tapi kalau dh sampai tahap pekikan dan lolongan tahap haiwan haiwan di zoo,
sapa yg tak baran?
lagi lagi pulak kamu sedang tidur dengan nyenyaknya tika waktu itu,
fuh,,,berbara betul rasa jiwa dan raga.


sejurus sahaja aku niatkan dalam hati....
"sekali lagi mereka ini melolong,memang aku nak maki terus,..."

dan dan senyap.(tahu takut,walaupun aku baru niat)
mujur......
mereka bernasib baek.



mereka terlepas daripada dijadikan lauk sahur aku.

Ahad, 6 September 2009

diari ramadhan tikusmando II (edisi misteri)

seperti pagi pagi kebiasaannya,aku membangunkan diri aku dari lena yg indah
hasil kerjasama mr. sony aku yg bertindak sebagai penggera kelenaan.
terima kasih diucapkan kepada mr. sony aku,jasamu dikenang!


sedang aku terjaga dari lena,mata aku tertumpu tepat ke suatu sudut di ruang tamu rumahku
(aku tidur di ruang tamu seorang diri ketika itu)
sudut dimana segala perkakas seperti periuk nasik,pinggan,kicap,seterika,beras,sudu dan piring bersemayam.
dengan pemandangan yg sedikit kabur,sayup sayup kelihatan kelibat rakan rakanku yg sedang rakus bersahur..
haram betul tak kejut aku!
bingkas aku membangunkan diri lalu terus masuk ketandas untuk membasuh tangan
tanpa memikirkan bahwa sebenarnya aku tiada juadah untuk disahurkan.
ahhh...akan aku raih juga simpati mereka, asalkan perut yg fana ini terisi.



kekecewaan sedikit menular apabila jam talipon aku baru menunjukkan kira kira jam 3 lebih..
mak aihh,pagi maseh muda...awal mereka bersahur hari ini.
tak apalah,berbekalkan prinsip 1Malaysia dan prinsip mahu melambat-lambatkan bersahur,
aku pun menyambung semula kelenaan aku.
membiarkan sahaja mereka di sudut sahur itu untuk mereka terus menyahurkan diri masing masing..


...............




what the heaven????
semua budak rumah ni tidak mengaku bahwa mereka bersahur pada masa itu...
habis aku nampak sapa bai?



- kau mengigau kot time tuhh... (jadah apa mengigau,...aku dh bangun dan basuh tangan dah kot time tuh...)

- jam kau tak betul la tu (aku tengok mr sony dengan mr nokia aku,dua dua waktu yg sama...salah jugak ka?)

- ada budak laen kot bangun sahur time tu (haram!aku dah menjalankan survey dah,semua sahur lain lain waktu disamping ada juga yg sahur di dlm mimpi)



*serius aku sedar masa tuh,aku mana selalu mengigau...senang juga untuk terjaga...sebelum tidur basuh kaki,baca doa jugak.
ke aku baca doa makan sebelum tidur?




Sabtu, 5 September 2009

aku,mat gian dan telefon.

di keheningan 2.30 pagi semalam,aku telah digemparkan dengan suatu panggilan misteri yg tak diundang.
nombor yg mendail aku itu memang aku tidak kenali sama sekali.
terlintas di fikaran aku kalau kalau itu merupakan panggilan hangit HOT FM,
ternyata jangkaan aku meleset.(faizal ismail pun tgh tidur kot time nih)

tenang aku menjawab panggilan itu,manalah tahu kalau kalau ada awek tersasar ke nombor aku
terdengar suara seorang lelaki...dan lantas aku bertanya
"ya mau cakap dengan siapa??"

die membalas
"kau siapa??"

aihh...agak kurang hajar jugak,dia yg buat panggilan,dia pulak yg tanya aku siapa..

"kau ni siapa??nak cakap dengan siapa ha??"
aku bertanya lagi...

"aku nak cakap dengan kau la..."
tambah mamat itu

"kau dah salah nombor ni,sori....please try later" (ala ala operator)
sambil menamatkan panggilan telefon itu.


tiba tiba mamat itu menelepon lagi,
haish,..dia ni memang nak kena ajar nih.
aku pun apa lagi...bingkas menjawab..

"kau nak apa??kau dah salah nombor la b*d*h.....!!!"

dia jawab, "aku nak batu la wei,badan aku dah sakit sakit nih...tolong r.."

memang sah sah dah kau ni mat gian...
maka dengan itu,bermulalah sesi ice breaking aku dengan mat gian itu
disulami dengan caci makian cerca cercian aku terhadapnya
(malang sungguh dia sebab salah nombor pada masa yg salah,aku tgh kacau bilau kot masa tuh)


kenapa mat gian betul betul advance ha sekarang?
antara ciri ciri mat gian itu yg dapat aku petik ialah:

1) mempunyai tahap keyakinan diri yg tinggi (sebab dia yakin betul aku ni tokai dia,sampai cakap aku ni pandai berlakon)

2) menggunakan teknologi sedia ada (dia mampu membeli topup fon dan menghabiskan kreditnya untuk ber ice breaking bersama aku melalui telefon)

3) cakap berbelit (mula mula mengaku ada di kg baru KL,tiba tiba lepas tu cakap dia ada kat sg. buloh...bodoh!)

4) mempunyai tahap makian yg baik.

5) juga tahap kesabaran yg sedikit tinggi (selepas menerima segala makian aku yg sarat dengan bahasa bahasa indah)

6) tidak berputus asa (masih menelepon aku berkali kali walaupun dimaki hamun)

7) berpotensi untuk melakukan jenayah (tiba tiba mengaku kenal awek aku,yg ni memang aku nak tergelak kaw kaw nye...lepas tu ugut aku pulak)

8) degil tapi benak (menuduh aku berlagak ustaz selepas aku mentazkirahkannya; betul ke ni aku?)

9) pandai berpuitis (membahasakan ganja sebagai "batu"...puitis bukan?berlapiklah kononnn..)



............



*kalau kalian di posisi aku yakni posisi menegak ketika itu,apakah tindakan membabi buta kalian?


Khamis, 3 September 2009

apa ada dengan hon?

agak agak kau orang,
kau orang bengkek tak bila dengar bunyi hon yg kadarnya melebihi 2 marhalah harakatnya.
memang macam haram!
tapi, itulah hakikatnya pengguna jalan raya di kota ini
semuanya addicted nak tekan hon
pasal apa?
sebab
mereka rasa mereka hebat, mereka rasa mereka saja yg ada hon, mereka rasa bunyi hon mereka semerdu suara imran ajmain, dan mereka rasa apa yg mereka rasa.


tapi aku pedulik hapa dengan apa yg mereka rasa?
sama seperti mereka pedulikan apa yg telinga aku rasa.


lepas ni mmg aku nak usulkan kat kerajaan
supaya mengehadkan kadar penekanan hon,
sama juga seperti had had laju, ada kadarnya...



tekan bunyi hon tidak melebihi catatan masa yg diambil usain bolt dlm 100meter.
(baru mereka tahu)

Rabu, 2 September 2009

diari ramadhan tikusmando I

keluar ke balkoni rumah, kepala menjenguk kebawah.
sayup sayup kelihatan gerai gerai makanan nun dibawah sana
fuh..sudah ada gerai yg dibuka sebagai menyambut ketibaan ramdhan yg pertama disini
terharu.


jam menunjukkan pukul 5 petang.
melihat kelibat rakan rakan yg laen...
masing masing dengan karenah sendiri
ada yg di bilik sedang tidur,
ada juga sedang sibuk bertarung game FIFA09
meriah!


aku ajak mereka untuk membeli juadah
sedikit excited untuk melihat juadah juadah yg sedia ada nun di bwh sana
juga sedikit hampa pabila ajakan ditolak dengan alasan;
" rilex r dulu, 1 game lagi,1 game lagi "


okeh, lu org setelkan r dulu permusuhan lu org dlm game tuh.
aku tunggu jek r mereka...sambil sambil menonton persembahan mereka
sesudah mereka siap, maka turunlah beramai ramai mencari juadah


sepanjang perjalanan turun, kecewa juga kerana hampir stiap org yg kami selisihi
berkata bahawa sudah tidak ada apa apa yg tinggal..
mereka sangat pantas mem'bungkus'kan gerai gerai itu
ohh tiidakkk....
tebalkan telinga. masih pura pura degil,
tidak mahu percaya segala kejadah yg didengar.



terima kasihlah kepada game FIFA09
sebab memberi aku peluang buat pertama kalinya dlm 20 tahun aku hidup.
keromantisan berbuka di kedai mamak.






Selasa, 1 September 2009

melampau

hari ini aku sudah tidak tahan lagi dengan keterlampauan penghawa dingin di fakulti aku.
bukan sekadar ia mendinginkan suasana, malah ramai yg sudah beku.
jadi ingin aku ketengahkan disini,
sebagai saorang pelajar yg terpelajar...
suasana dingin yg saing saing kutub utara amatlah tidak sesuai
kerana ianya mampu menjadikan otak anda beku...
mari kita lihat kesinambungannya seperti di bawah:



suasana sejuk terlampau---> badan sejuk---> darah mengalir perlahan ke organ organ penting---> otak beku---> fikiran tak keruan dan tidak waras---> ilmu masuk dan keluar sesuka hati---> fikiran melayang----> 1 hapa pun tak dapat.



oleh yang demikian,
aku dah mendiskusikan akan hal ini bersama beberapa rakan
kami sepakat membawa berkat
bukan mahu menghentikan operasi penghawa dingin itu,
tetapi..mahu membuat unggun api di dalam kelas.
bayangkan betapa selesanya badan apabila dapat dipanaskan....





tidak ada lagi kes kes keluar kelas untuk ke tandas
dan memanaskan diri menggunakan hand dryer.