Ahad, 28 November 2010

elakkan onar di jalan raya.




semalam kelam kelibut tunggang motor sebab dah terlewat pergi jamming. kelibut macam mana sekalipun, aku tetap menyahut kempen "jangan tunggang-langgang" yg kerajaan anjurkan untuk para rempit sebab aku memang bukan mat rempit atau mat evolusi KL drift yg sejati.



dari rumah nak ke lokasi, tidaklah jauh mana pun. cumanya, lampu isyarat sangat banyak menghiasi jalan nan lurus. disini, aku tidak pun menyalahkan lampu isyarat. malah aku bersyukur kerana lampu isyarat mempunyai tiga warna. bolah bayangkan kalau lampu isyarat ada dua belas warna? tak ke mampus.




habis semua lampu hijau aku langgar. peduli apa kan? tapi lampu merah aku hormat. jadi aku berhenti. kalau tak, tak ada la entri ni sekarang. cuma di lampu isyarat yg terkahir, aku kurang hormat pada lampu merah. maka, aku telah melanggar lari lampu merah itu.




sebaik berjaya membuat you-turn, kedengaran bunyi sesuatu yg gagah menderum. bunyinya seperti bunyi proton saga ABH milik Naim Ronaldo yg berenjin lori.






boleh pandang-pandang,
jangan pegang-pegang,
duduk renggang-renggang,
abertambah sayang....




lantaran itu, aku terus buat muka malu-malu.




boleh pandang-pandang,
misai memang panjang,
jangan saman-saman,
abertambah sayang....




malu tu kan perisai orang beriman? kalau pura-pura malu tu, tak tau lah nak kata apa.




nasib baik tak kena saman oi! kang nak pergi bayar saman, kena mengadap muka bapak sendiri. mau kena sumpah tujuh keturunan.





Jumaat, 26 November 2010

pertikaian, perbahasan, tokojuit mak noq.




duduk rumah cuti kali ni, aku lebih memfokuskan kearah usaha untuk mempertajamkan lagi kemahiran mencuci pinggan di sinki dapur. hari hari aku cuci pinggan mangkuk yg bertebaran di sinki dapur. tanpa mengenal penat lelah, keluh kesah, mimpi yg tak sudah.




tiba tiba mak aku muncul dari belakang, cuba untuk memuji muji aku. aku sudah arif tentang puji pujian itu. semuanya berobjektifkan untuk aku terus mencuci, mencuci, dan mencuci untuk hari hari mendatang.




pun begitu, di dalam puji pujian itu, wujud satu pertikaian. satu pertikaian yg mengundang kepada perbahasan kecil di antara aku dan mak aku.







"ni apesal tak susun pinggan pinggan ni lepas cuci?" ---pertikaian dimulakan.



"orang dah cuci pinggan ni pun dah kira untung dah ni" ---sambil jeling jeling, pandang pandang, tapi takdela duduk renggang renggang. saja nak tengok apa reaksi seterusnya.


"ooo, kalau macam tu. mama pun boleh la nak cakap, mama lahirkan abang ke dunia ni pun dah kira untung la tu" ---terkena aku sedas.


"ala....tiga kilo je pun lahir" ---sekali lagi jeling jeling. kena bidas jugak ni. haha.


"haah yela tiga kilo, orang lain semua dua kilo lebih je. dah la semua tiga beradik lahir nak lewat lewat belaka" ---kena hentam lagi.





aku ambil sepiring kuali, nak disangkutkan ke dinding sambil pikir apa hujah seterusnya yg aku nak bentangkan.





PAAAAANNGGGGG!!!




*kuali terjatuh*





tergelak besar aku. berdekah dekah.
ada lah dalam belas belas patah perkataan. kalau buat slogan peraduan pawerrut saya menang moto, dah boleh menang dah.



dahasyat juga orang melatah ni ye?










Khamis, 25 November 2010

ONARISM.



aku malas nak cakap banyak, nak taip panjang panjang.



baik korang baca artikel oleh co-founder ONARISM ni.

Selasa, 23 November 2010

Dua Alam vs dll




aku tak tahu la. kenapa dalam hati aku rasa teringin sangat nak tengok cerita 2 Alam. seperti ada suatu daya tarikan yg betul betul menarik aku untuk menonton filem itu.



dan kekecewaan melanda aku, kerana siang tadi cerita 2 Alam diputarkan sedikit lewat di pawagam. sudah lari timing dan oleh itu, terpaksalah menonton cerita Megamind.



sebenarnya aku ingin melepaskan segala tekanan SPM, permulaan kertas bahasa melayu yg agak sukar. lebih sukar lagi bila kalkulator tertinggal. rindu pada SPM. keh keh keh.




berbalik kepada isu 2 Alam. aku rasa cerita tu lain dari yg lain. oklah, sebagai contoh. cuba kamu lihat di iklan iklan di pawagam. dan bandingkan poster iklan 2 Alam dengan cerita cerita yg lain seperti Heri Poter, Unstoppable, Estet dan lain lain.




babak babak dalam Heri Poter sudah pun tergambar di poster iklannya. begitu juga babak Farid Kamil memeluk seorang minaci, juga sudah tergambar di poster iklan cerita itu. malah cerita Unstoppable, pastinya berkisarkan tentang keretapi yg tak dapat diberhentikan. pasti! sebab kalau berjaya berhenti, maka tajuk cerita itu pastinya Stoppable. cuma tak pasti yg keretapi atau helikopter yg cuba diberhentikan kerana tajuk dia bukannya Unstoppable Train.




tapi cuba lihat 2 Alam? dengan tulisan 2 Alam yg berdarah darah. dan tiada 1 babak pun diselitkan di poster iklan, yg ada cuma wajah kacak Dr Rozmey dan 1 lagi gambar kecil dia sedang duduk dengan bergayanya di atas kerusi. misteri bukan? sukar diramal. dan pastinya rasa terpanggil untuk merungkai misteri itu.





mana lah tahu kot kot ada tip nak jadi jutawan. tak payah susah susah nak masuk pawerrut.




Isnin, 22 November 2010

tag by che enon.



terima kasih kepada che enon kerana sudi untuk mengetag. dek kerana kebosanan yg keterlaluan, maka tag ini akan diselesaikan dengan setulus hati nurani.


1. Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
kawan kawan.

2. Benda yang terakhir korang beli menggunakan duit korang sendiri?
isi minyak motor RM5 dikira sebagai beli ke?

3. Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang nanti?
kalau boleh diatas pelamin dan bertemakan, "janganlah membuat onar di majlis perkahwinan orang lain".

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
bidadari tipu aku, kata nak turun 10nov haritu.

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
hingga akhir nanti....bulan takkan terang....tanpa seri wajahmu......ceyyyyyy!

6. Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?
dalam mimpi mimpi indah.

7. Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?
buku mandarin tahap 3, masa awal sem haritu. ho liao!

8. Apakah nama penuh korang?
Zikril Hakim b Rusli.

9. Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
emak.

10. Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
Mando Diao

11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
mesin basuh yg tolong basuhkan.

12. Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
kutub utara atau kutub selatan.

13. Pilih salah satu, peluk atau cium?
peluk.

14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang

- selalu hadir di gig Made Faker untuk memberikan sokongan.
- kepala otak bisnes oi.
- bawak kereta macam bawak Ferrari.


15. 5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang?
-awek merah. nama pun awek ye dak?
-komputer riba yg jarang diriba.
-duit JPA. sayang nak guna.
-pakaian dan kelengkapan diri yg dibeli sendiri.
-rambut yg panjang.


16. 5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?
- sleep time against rose by Zip Zieller.
- Eleanor by JET.
- stop crying your heart out by Oasis.
- 1,2,3,4 by Bittersweet.
- force of nature by Lenka.


17. Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
sepuluh november dan sambut di dinding fesbuk.

18. 5 orang blogger yang korang nk tag

sapa yg dah baca tu, kalau korang tak buat. alamat pendek umur lah jawabnye.

Ahad, 21 November 2010

Onar di blog sendiri.




onar.



ringkas. onar tu apa? cuba sebut onar sepuluh kali laju laju.



kau orang ingat sebut onar sepuluh kali laju laju tu mampu la untuk berikan tafsiran yg onar itu membawa maksud apa? jangan harap la.




sampai hari ni aku gagal menemui tafsiran sebenar untuk perkataan ONAR.




tapi aku tahu, kalau pergi rumah orang lepastu makan kek yg dia jamu. lalu kek tu tersembur dan serpihannya jatuh ke atas peha rakan disebelah. sambil tahan tahan gelak.



yg ini dikira membuat onar. membuat onar di rumah orang.





malah lebih buruk lagi bila, tuan rumah tu nampak onar yg kamu lakukan. lalu senyuman terukir di wajah tuan rumah itu.





banyak lagi sebenarnya jenis jenis onar ni, nanti nanti lah aku cerita.





oh ya, paling bangsat sekali ialah membuat onar di dalam kereta tatkala orang sedang memandu. agak agak la nak buat onar pun, bedengkur kuat gila. hilang fokus nak memandu.





kalau mengantuk kita buat apa? tidur la.



kalau nak cepat kita buat apa? keluar awal.



kalau marah kita buat apa? banyakkan bersabaaaaaaaar.










Jumaat, 19 November 2010

kerja rumah.




aku baru pulang dari Manjung, trip beraya oleh budak budak Ipoh edisi kedua. agak penat jugak bila memandu sampai ke malam, tambahan pula bila perlu mengadap kereta yg berlampu putih. maki memaki tu perkara biasa.



kalau tak ada trip trip yg macam ini, memang akan terasalah kebosanan duduk di rumah. walaupun sedikit heaven sebab boleh bangun awal tengahari tiap tiap hari, namun bahang kebosanan tu masih lagi menebal dalam diri.



bukan aku tak mahu kerja cari pendapatan. cuma aku dah tak mahu untuk kerja kilang yg memaksa aku untuk mengadap muka muka Ah Keong, Ah Kong, Ah Chai dan Ah Ah yang lain. aku lagi suka kerja yg ada kerja untuk dibuat daripada kerja yg duduk rilek. letih oi duduk rilek, bosan satu hal.



lepas SPM dulu aku pernah juga kerja di salah satu kilang buat seluar terkemuka di Ipoh, pun sama je ceritanya. hari hari kerja lapan lima. letih bukan kepalang, tapi gaji secebis je. buat beli boxer tiga helai, dah kering dah poket.



aku rasa lagi bagus kalau aku buat kerja kerja rumah seperti siram pokok bunga, basuh baju, sidai kain, cuci pinggan, potong bawang, siang ikan, kemas rumah, buat air untuk tetamu, basuh kereta, buka fesbuk, ym, tidur dan lepak mamak. ibu ibu yg nak bermenantukan aku, bolehla tinggalkan komen di bawah.



masa cuti ni lah nak berbakti pada rumah. ye dak?











".....................tolong pegi kedai beli kerisik kejap"








*menggeliat*





Isnin, 15 November 2010

pencemaran atas lebuhraya.




9.30 pagi gerak, sampai dalam pukul 12 tengahari. Puncak Alam - Ipoh.



nasib baik awek merah tak buat hal. lega lah jugak.



aku ingat lepas potong 2 bijik lori sampah, bau sampah sudah hilang. rupanya ada bau lagi dahsyat. memang pencemaran alam betul.




bau kambing. macam mana boleh bau kambing atas lebuhraya? sumpah bau kambing. menusuk lobang hidung aku yg memang tak ada iras lobang hidung Ahmad Nisfu.





aku perhati betul betul, memang lori tu angkut kambing. tak apa lah. lebih baik kambing daripada bab1.





bila la nak jumpa lori angkut Ambi Pur pulak gamaknye.





Sabtu, 13 November 2010

sistem kewangan persendirian tergugat.




dompet tercicir. apa agak agak anda kalau dompet tercicir, lepastu ada orang jumpa?



ok biar aku pendekkan cerita. senang je. kalau ada orang jumpa, dikira untung sebab dapat balik dompet tu dan isi isi dalamannya seperti lesen, kad pengenalan, kad ATM dan lain lain.




cerita dia sama je. zaman sekarang ni semua orang tak boleh pakai dan tak boleh harap. kan? tapi tak semua la. lebih kurang semua. selipar kat surau pun nak kebas? terompah taknak pulak kebas. orang yg selipar dah kena kebas, kebas pulak selipar orang lain, dan begitulah rantaiannya. jadi semuanya punca orang yg pertama kebas selipar.





cilaka betul la. bercerita tentang selipar yg kena kebas di surau belum mampu untuk memadamkan ingatan aku kepada duit yg hilang tatkala aku ketandusan sistem kewangan persendirian.




oh ya, kebas tu maksudnya rembat atau ambil atau sapu atau curi. bukan sejenis biri biri.






Jumaat, 12 November 2010

perpindahan rumah dari hati ke hati.




sekali sekala terasa macam diri ni anak derhaka jugak. sebab tak reti reti nak balik rumah walaupun periksa dah habis. tapi apa boleh buat, kalau tak ada hal, memang aku dah setat motor gerak Ipoh dah. ini semua gara gara kena halau dari rumah sewa sebab kontrak dah habis. mungkin perkataan 'halau' tak begitu kemas untuk digunakan. kami semua ni penyewa yg baik, dan telah mendapat permintaan untuk keluar kerana tuan rumah yg baru sudah mula mahu menjajah rumah ini ekoran proses jual beli sudah berlaku.



mencari rumah di kawasan Puncak Alam ni bukanlah sesuatu yg sukar dan bukan juga sesuatu yg mudah. ianya memerlukan kesabaran yg tinggi dan kata kata yg manis belaka untuk dihamburkan.



aduh. malas gila nak kemas barang barang. rumah dah macam tongkang pecah. sumpah malas.



ni mana nak campak mesin basuh berkuasa kuda? mana nak campak peti ais beriklim sejuk? mana nak campak tivi anti-plasma antik? mana nak campak tong gas mudah alih dan dapur gas dua piring?




aku ingat nak angkut sekali la pintu pagar automatik depan rumah ni. bukan calang calang pintu pagar, walaupun automatiknya tu dah rosak.




ah sudahlah. baik aku pergi cari lori balak sekarang. senang sikit nak angkut barang.





Rabu, 10 November 2010

sepuluh sebelas sepuluh.




sepuluh haribulan sebelas.



tak ada apa apa pun yg menarik berlaku. bidadari yg turun atau bakal turun dari langit pun belum kelihatan, haha.



lubang hidung pulak dua dua belah tersumbat. terpaksa bernafas guna ingsang sekarang ni.



agak sibuk sedikit di fesbuk, sebab ramai orang buat lintasan langsung ke dinding aku. notifikesyen mencatat rekod terbanyak jugak setakat ni. terima kasih kepada yg sudi singgah jenguk tanya kabar buat smiley beserta ayat kretif.




duduk di bilik melayan karenah talifon. jari petik gitar pun nak taknak je.




hari macam hari hari biasa.




cuma terima kasih kepada mereka berdua kerana membiayai aku dan mengajar aku erti sarapan pagi di mekdonal. sangat terharu.







sambung miskol 911 balik la. sementara stok masih ada.




Selasa, 9 November 2010

tamatlah riwayat peperiksaan.




maka dengan ini berakhirlah sudah peperiksaan fainel sem ini. jadi sebagai seorang pelajar yg terpelajar, apa yg aku dapat? nak menangis sebab tak boleh jawab? oh kamon lah. itu bukan tebiat aku.


sekarang ni buku buku, nota, peta minda, poster, nota ringkas, nota-tiru-lembut dengan nota-tiru-keras semua sekali aku dah campak tepi.


tinggal nak upah orang untuk bakarkan, dan abu hanyut ke laut.




tapi aku banyak belajar daripada peperiksaan yg kali ini. antaranya:



1. kalau periksa, tak payah ambil tahu dewan peperiksaan. hanya mengikut arus peredaran pelajar sekelas sudah memadai.


2. masa zaman peperiksaan, rambut tak boleh panjang cecah kolar, kalau panjang, masa periksa nanti ada peminat datang mintak autograf.


3. masa setadi dikorbankan dengan bermain futsal. barulah minda lebih cerdas.


4. bangun pagi tak payah awal awal, setiap hari bangun pagi tukar jadi bangun tengahari. pengecualian untuk hari peperiksaan, kena bangun awal dan berkokok kejutkan ayam.


5. setadi kalau boleh jangan last minute, sebab kalau dapat setadi last second lagi gempak dan syahdu.


6. kalau nak setadi, biar hidung sebelah tersumbat. sumpah rasa dia macam nak tanggalkan hidung lepastu pergi seven E cari hidung baru.


7. kena tanamkan dalam diri yg bila peperiksaan tu dah habis, kita rasa bosan.





bosan betul.





lagi baik aku pikir kredit percuma ni nak talifon sapa. miskol 911 pun bes juga ni.





Jumaat, 5 November 2010

meminang.




selamba je mak aku talipon siang tadi. lepastu bagitau yg dia nak pegi masuk meminang.



mak ai. meminang ni bukan benda main main oi. kot ye pun aku belum ada awek, janganla sampai tolong carikan dan masuk meminang terus. parah juga tu.


berdebar juga aku. perempuan mana la yg kurang bertuah dapat lelaki yg bertuah macam aku. yelah, tuah ayam nampak di kaki. tuah manusia hang tuah la jawabnya.



biarlah aku berfikir sejenak.





tapi, kalau meminang Faizah Elai, aku memang tiada bantahan la.






ahhh.





tak ada tapi tapi. buat apa nak serabut serabut bila mak aku pegi meminang untuk kezen aku?






*tumpang serabut, menarik juga. persediaan awal. keh keh keh.






Rabu, 3 November 2010

perkaitan.




hidup ni macam roda. kadang kita diatas, kadang kita dibawah. kadang tu kita ditengah tengah dan kadang kita atas sikit atau bawah sikit daripada tengah. setuju?



ok. hari ni memang tak boleh tahan betul tengok Faizah Elai dalam cerita Asmara. lelaki yg bernama Asmara tu, suka suka je nak peluk aku punya Faizah Elai. hancur luluh hati aku bila tengok. paling penting, nama Asmara tu memang tak boleh belah. tak lelaki langsung.



jadi apa kaitan Faizah Elai, Asmara dan roda?









tiga tiga tu tak masuk periksa.