Isnin, 31 Januari 2011

tafsiran.

belog sampah macam ni, tak apdet pun tak apa, takkan ada orang yg kesah. jadi senang lah kerja aku. lagi pun, memang aku malas. cuti seminggu ni aku ingat nak bagi cuti jugak kat belog ni.



sumpah aku benci menaip guna kibod kompiter tahun 2002 dalam rumah ni. kalau jari-jemari penari kebudayaan digunakan untuk menaip, memang dah patah riuk dah. nasib baik jari aku keras sekeras hati aku. hati kental lah katakan.



ni makcik aku, selalu main fesbuk. maju, sama macam mak aku. aku bukan apa, bagus sebenarnya. sebab boleh imperuv inglish katanya. bila fikir semula, memang penting pun inglish edukesyennn. walaupun inglish aku tak lah sehebat mana, tapi, aku masih lega sebab ianya tidaklah sesampah mana. jadi, aku akan cuba bantu sedaya upaya makcik aku tadi, bila dia tanya maksud daripada inglish yg nak dimelayukan ataupun melayu nak ke inglish.




sampailah ada sekali tu, aku rasa macam nak hempuk kepala ke dinding.






"apa makna Sebastian?"









kena beli kamus tafsiran nama kalau macam ni, berat ni. kalau tak macam mana aku nak tahu nama Sebastian tu maksud dia apa? ke ada sapa-sapa tau?




   

Khamis, 27 Januari 2011

ter yg disengajakan kerana bertangguh.

celik-celik mata je, dah tengahari. orang lain sibuk pergi kelas, aku pulak sibuk tarik selimut. feel. kerja tak siap, tak payah pergi kelas. kalau buat kerja-kerja tu semudah buat taik mata, hari-hari aku pergi kelas. cuti pun aku pergi jugak. taknak cuti pun, kalau boleh.



ini tidak, tidur lambat. rugi masa tidur. semua sebab kerja. ya, aku buat kerja. konon-konon buat. tak kisahlah, asalkan terbuat. dan pagi tadi, ter yg disengajakan telah berlaku. senang cerita, ter itu sudah pun dirancang sebenarnya. supaya ia kelihatan benar-benar ter. dan diri pun tak akan rasa bersalah yg terlampau. benda ni normal untuk lelaki-lelaki tipikal yg malas dan suka bertangguh macam aku.



itulah balasannya untuk kerja-kerja yg sangat bertimbun. kau dah menyusahkan aku, dan kau ingat aku tak ada masa untuk bersenang-lenang? nah. aku dah bersenang-lenang dalam selimut pagi tadi. feel. ketagih nak buat lagi.



pelajar mana yg berdoa supaya dikurniakan kerja yg banyak? ada? mari heret dia kemari, dan aku akan buat dia berkata benar sambil acu pisau ke leher dia.



sebenarnya kerja yg banyak ke atau sikap tangguh-menangguh yg banyak? tak feel la buat kerja awal-awal. nanti diri nampak huru-hara. cuba amalkan sikap bertangguh, mesti nampak lebih rileks dan konon-konon pelajar yg true. 








tapi. ya, ada tapi nya. ada satu perkara yg aku cukup pantang kalau ditangguhkan. pantang bukan tahap nenek moyang lagi dah, bukan tahap pantang orang lepas bersalin, tapi pantang tahap pantang-larang punya.
kalau terjadi, boleh menyebabkan pergaduhan dan rusuhan sesama insan. baling-baling batu, buang-buang bayi, tembak gas pemedih mata, puluru getah, naik kereta perisai dan sapu darah di muka pun belum tentu lagi dapat meleraikan rasa marah yg membuak-buak.





nasib baik.





sekarang ni, benda tu tak ada lah ditangguh sangat. sekarang, hati senang. jalan pun dah boleh bersiul-siul. kerja sekolah tak siap pun boleh bergaya seperti dah siap. perut yg lapar pun boleh disuap dengan sesuatu yg berbaloi. cuma perut jangan ke depan sudah lah. harap-harap tak.





jangan tangguh-tangguh masukkan duit budak sekolah macam aku ni. kalau tak, gelap masa depan negara nanti.

Ahad, 23 Januari 2011

budak-budak sekarang.

aku cuba cari balik tune untuk diri aku. jadual waktu kehidupan seharian aku, nampaknya semakin tersasar. bukan lagi di landasan. dan apa yg aku perlukan ialah tuner supaya aku dapat kembalikan semula kehidupan aku ke landasan.



setiap hari tidur lewat. tapi apa yg aku dapat? kerja tak pernah tergerak atau digerakkan. apa yg aku buat sampai tidur lewat? yg ini, aku tak pasti. aku rasa laptop ni dah ganti peranan bantal peluk lah sekarang ni. mungkin internet sebagai tilam empuk.



tapi tak kisahlah. walau aku tidur lewat macam mana pun, aku tetap bangun awal. tapi kawan-kawan aku sangat kisah. bila aku bangun awal, aku selalu akan cakap yg aku kurang atau tak cukup tidur. mereka mesti pandang aku dengan muka paling menyirap dan sinis sekali, lepastu terus tak layan aku. kira ok lah tu kan? pada aku, awal tengahari pun masih dikira sebagai awal.



ada lah suatu malam tu, dalam 2 ke 3 pagi jugaklah. ok, bukan malam lagi dah. ada lah suatu pagi tu, dalam 2 ke 3 pagi macam tu. pintu rumah sewa ni mendapat ketukan yg sayup-sayup kedengaran. bila dibuka pintu tu, muncul 2 ke 3 orang budak sekolah yg masih bersekolah (tapi tak berpakaian sekolah la, logik sikit). dalam lingkungan belasan tahun kot. salah seorang tu, jiran sebelah rumah ni.



"bang, pinjam gitar boleh?"



entah mana-mana la dia tahu yg aku ni ada gitar. padahal aku tak pernah pun iklankan di surat khabar atau di Mudah.my




"kejap" dan aku pun pergi bilik, ambil gitar.



"nah, tapi ni gitar bodoh-bodoh jela" aku cakap macam tu sebab tu gitar murah. itu je yg aku mampu. lagi pulak, aku pun bukan hebat sangat main gitar.



budak-budak tu pun ambil, dan berlalu pergi. eh aku tak faham lah budak-budak sekarang ni. duk melepak main gitar tengah-tengah pagi buta. tidur tu kan jauh lebih menarik. sudah tu, main tanpa arah tuju pulak. cuba waktu macam tu, pergi ke surau qiamullail ke, ronda perumahan ke, gotong-royong ke, tangkap nyamuk ke,  macam-macam benda aku persoalkan dalam hati.



cuba jadi macam aku, aku akan petik gitar bila aku lapar, bila aku bosan, bila aku terpandang gitar, bila aku malas buat kerja, bila aku jemu melihat status orang yg sama di fesbuk, bila aku teruja dengan lagu-lagu feveret, dan bila-bila aku suka.




cuma satu je, budak-budak tu memang bagus. sekarang tali gitar paling bawah dah teburai. dan yg lagi bagus, sampai sekarang jugak la aku tunggu budak-budak tu datang dan bawakan tali gitar baru. kalau tak mampu belikan tali gitar, belikan gitar baru pun aku terima. langsung tinggal harapan.




cuma ada dua benda je yg menahan aku daripada pergi dan cengkam kolar baju budak-budak tu.




pertama, aku memang nak beli gitar baru. tunggu duit jatuh ke riba.




dan kedua, nasib baik lah kau (budak yg berjiran dengan aku) ada kakak yg selalu keluar petang-petang lantas membuatkan semua bebudak dalam rumah ni tiba-tiba nak main takraw petang-petang.

benda rutin setiap sem.

benda ni aku dah jemu nak cakap. tiap-tiap sem terjadi. tak ada penyelesaian. rumit sangat ke? kenapa mesti nak seksa aku? mungkin bukan aku saja, mungkin orang lain pun merasai dan terkena tempiasnya. mungkin.



dalam konteks mungkin ni, aku rasa ada macam-macam kemungkinan. mungkin di dalam kekalutan hidup, ada kebaikannya. mungkin juga ianya disengajakan supaya dapat lebih cermat di masa kelak. mungkin mengajar aku supaya bersabar tahap tertinggi. mungkin aku yg tak nampak, segala jenis kebaikan yg mungkin wujud.




atau mungkin aku sendiri memang tak mahu dan tak akan mahu nampak segala jenis mak nenek kebaikan tu?




sebab aku sekarang, kais pagi makan pagi. kalau tak kais, tak makan. eh kalau benda ni setel awal-awal sem, tak ada lah kejadah kais-mengais ni.





aku punya kesabaran ni, kalau sukat guna termometer. memang dah meletop dah termometer tu. habis mandul orang sekeliling.




sekarang ni hidup betul-betul berbekalkan duit gaji kerja di kilang papan haritu yg tak berapa nak seberapa. duit tu aku nak simpan buat tambang kapal terbang pergi Serawak. kalau ini macam, mau berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke Serawak lah aku jawabnya.






sudahlah, aku nak bersiap-siap pergi rompak bank. siapa nak ikut, jom!

Sabtu, 22 Januari 2011

dia si Janda Ter-Baik.

pagi itu, aku bangun awal dari lamunan mimpi. sekitar jam 7 suku. rekod yg boleh dibanggakan untuk dikongsi bersama. susah, perkara yg agak susah namun aku telah laksanakan. mendapati yg pagi itu menunjukkan pangkal 7, adalah perkara yg jarang-jarang terjadi kebelakangan ini. semuanya gara-gara dia. lelaki mana yg tak teruja bila dengan dia?



lupakan dia buat sementara, berbalik kepada cerita.



selesai sarapan, aku dan lain-lain terus memeriahkan jalan raya di pagi hari Thaipusam. seronok juga kadang-kadang dapat memberikan sumbangan di jalan raya. kesesakan lalu lintas memang memberi seribu makna. aku belajar untuk lebih menghargai jalan raya, malah aku juga belajar untuk memaki kereta-kereta yg tak masuk sekolah memandu, dan parkir merata-rata. mereka ini sangat bagus dalam memberikan nikmat kesesakan lalu lintas kepada pengguna lain. nampaknya tiada alternatif lain selain melalui Gua Batu.




sudah dua tahun aku merayakan Thaipusam di dalam kereta dan di jalan yg sama berbekalkan agenda yg berlainan. sudahlah, aku tak mahu ingat peristiwa tahun lalu. ianya agak keterlaluan untuk aku mengingatinya.




dapat juga aku berjumpa dengan dia. suhu dia yg sedikit sejuk, seperti menyambut-nyambut kedatangan aku dan lain-lain. itu pun setelah sesat sana sini, simpang itu dan ini. tak kisahlah, yg penting selamat sampai.




tempat mandi yg bergelar Lata Carok (atau dalam Bahasa Inggerisnya, dipanggil Lata Karok) memerlukan pendakian meredah hutan dan mengharung lumpur untuk sampai. sepanjang pendakian, terdapat beberapa ekor pacat yg cuba untuk menjadi warga asing di kaki aku. namun usaha mereka digagalkan kerana aku ada membawa GPS yg mampu untuk mengenal pasti lokasi pacat di sekitar kawasan itu, juga, boleh mengesan jarak pacat yg paling hampir dengan aku.



aku yakin, semua pacat yg mencuba nasib di kaki aku, kesemua mereka berjantinakan betina. malah hampir semua dari mereka ialah janda-janda yg ditinggalkan suami masing-masing kerana mencari nafkah. tetapi, aku tahu mereka baik-baik belaka. dan ini membuatkan aku sangat bersetuju dengan nama tempat itu.




sudah, lupakan pacat-pacat janda tadi. air terjun tingkat ke-5 merupakan pilihan semua orang, dan aku sangat berpuas hati kerana dapat mandi disitu. sejuk air itu, menyucuk-nyucuk deria rasa di pelusuk badan aku. tak lama di dalam air, badan aku sudah pun terketar-ketar menggeletis kesejukan. dan pada masa itu, aku masih lagi mampu untuk berkata "ah, tak sejuk pun, yg ko menggeletar apa hal?" kepada yg lain-lain.




bila sejuk, aku akan mula naik ke daratan dan menenggek di tepi orang yg menjaga barbikiu. menagih simpati untuk mendapatkan bersuap-suap ayam dan daging berger. dan kemudian sambung mandi semula.




apa aku cerita ni? sudahlah. aku malas nak cerita. nanti bila-bila senang aku letak gambar.





ahhh. Janda Baik memang terbaik. sebenarnya aku nak beritahu ini sahaja.

Rabu, 19 Januari 2011

Tokoh.

renung setepat-tepat dan sedalam-dalamnya ke dalam mata aku, mata aku pasti terpesong memandang ke arah lain. itu terjadi sebagai tanda protes terhadap renungan tajam sedemikian. ya aku akui, aku memang tak ada eye contact apatah lagi untuk memakai contact lenses sebab aku memiliki sepasang mata 'apek'.



aku lebih cenderung untuk memandang tempat lain, berbanding memandang secara terus dan tepat ke arah mata seseorang. aku akan hilang fokus, lagi-lagi kalau sepasang mata yg memandang dan berkomunikasi dengan aku itu sangat-sangat jernih. jernih yg aku cuba gambarkan disini ialah, sepasang mata yg tidak pernah menipu, sentiasa merendah diri, renungannya begitu semulajadi, dan kemas. entahlah, susah nak gambarkan.








tapi, itu semua bukan penghalang.




"kamu mempunyai air muka seorang tokoh". (pensyarah, awal 2011)







ahh. tokoh tak tokoh, aku tetap benci kelas tiga jam.

Selasa, 18 Januari 2011

perkhabaran.

ada khabar indah yg kita tunggu-tunggu, ada juga indah khabar dari rupa, begitu juga dengan khabar yg kurang enak, yg hari-hari ada pada surat khabar. semua itu kehidupan. larilah jauh mana sekalipun, kalau dah nama kehidupan, lumrahnya memang begini.



macam-macam reaksi diberikan terhadap segala jenis perkhabaran. macam-macam perasaan bila mendapat tahu.



hari ini mungkin sesetengah individu merasainya. mempunyai satu bahagian di dalam hidup ini, yg tak mungkin dapat dilupakan. terlibat di dalam kemalangan, bukanlah perkara yg enak untuk disuapkan ke minda.



apatah lagi hingga menyebabkan kematian.




seorang pernah terlibat dalam kemalangan yg meragut nyawa adiknya sendiri. seorang lagi, melibatkan semua penumpang selain dia, maut. dan hari ini terbit pula perkhabaran yg sedemikian. juga melibatkan seorang penumpang maut.




situasi paling sukar untuk dihadapi pada mereka yg terselamat sedangkan penumpangnya maut. semua ketetapan tuhan.



tabah. senang untuk kita berkata-kata.




sedangkan aku dan Farid SMJ jatuh motor dulu pun. aku sudah terbayang yg aku bakal dirempuh kereta belakang. tapi aku silap, sebab yg dibelakang bukannya kereta. sebuah bas sebenarnya.




pahit manis kehidupan. ambillah sesuatu daripadanya.




salam takziah.

Ahad, 16 Januari 2011

sucinya sebuah fesbuk.

mak aku baru buka fesbuk hari ni. jadi ucapan selamat hari lahir haritu, dia baru baca. lepastu dia balas ucapan selamat hari lahir yg aku ucapkan menerusi fesbuk kepada dia. macam ni,





"tq, baru hari ni ada peluang buka fb, pada anak mama tq atas ucapan n mama pasti takkan melatah kalau abang tak kacau, n tq juga pada kawan-kawan abang yg beri ucapan, pada kawan-kawan Z, mak cik baru tau yg fb Z suci he he"






aku bukan nak cakap banyak, tapi, fesbuk aku memang suci. hari-hari aku wudukkan dan kadang-kadang aku siram guna air mutlak.

















Sabtu, 15 Januari 2011

nombor tak dikenali.





hye awak.

ye awak.

awak kat mane nih? lama saya tunggu awak..

kat rumah. tunggu la sampai esok.

ala. penat la macam ni.. awak suruh saya tunggu sampai esok awak kenal ke siapa saya..

tak.

tak kenal? yelah awak kan femes, hehe, awak cari la siapa saya..

dah cari tapi tak jumpa, salah nombor kot.

awak cri kat mane? try la lagi..

kat dalam rumah. dah, salah orang ni.

takpe, awak ada 350 hari untuk cari saya..

main nyorok-nyorok ke nak kena cari?

takla, polis sentri, semoga berjaya yer..

ko jelah cari aku. aku kat rumah ni ha

haha. saba ek. awak ada 350 hari. ingat ek..

suruh orang lain jela ye.




***



kejadian macam ni jarang-jarang terjadi pada aku. dan bila sekali ia terjadi, memang konfem ada orang cuba nak kenakan aku dan nak mainkan aku. tapi, aku suka. aku suka!


sebab time macam ni lah talifon bimbit aku yg ada toshlait boleh berfungsi dan berdering. kena pulak memang tengah bosan, jadi layankan aja.


tapi, kau orang sendiri boleh menilai kan. sejauh mana kebenaran disebalik mesej-mesej tu. maksud aku, mesej-mesej seperti itu memang menunjukkan yg ada orang sengaja mengusik kau.



jadi, sempena minggu depan yg bakal menyaksikan aku bersekolah pada hari selasa dan rabu je, maka, aku ingat aku nak tinggalkan nombor talifon, alamat rumah, emel, nombor surat beranak, nombor akaun bank, dan apa-apa jua nombor yg membolehkan aku dihubungi.



barulah Thaipusam kali ini ada pengisian dan lebih bermakna!

Rabu, 12 Januari 2011

antara futsal dan kehidupan.

mempunyai sepasang kaki yg mudah untuk terseliuh bukanlah suatu kelebihan mutlak yg hakiki bagi seorang penggemar futsal seperti aku. ditambah pula dengan keadaan kasut yg berlubang dan uzur, kadangkala terpaksa ditenyeh di jalan tar, tatkala gelanggang futsal di universiti sudah dipenuhi rakyat jelata. keadaan itu secara dasarnya, mengakibatkan stokin untuk turut serta berlubang pada lokasi yg sama seperti lubang di kasut.



jadi langkah penyelesaian yg paling wajar adalah, memiliki sepasang kasut futsal baru. dan itu hanya akan dapat dilakukan bila duit ditabur depan aku oleh pihak yg sepatutnya. jadi buat masa ni, aku tak  boleh nak mengidam-idamkan sangat dan terpaksa menyekat segala jenis keinginan yg memaksa aku untuk membakar duit.



kenapa ya agaknya, aku tak dapat nak menolak seruan-seruan untuk berfutsal kebelakangan ini? mungkin terkeluar daripada mulut aku "aku tak dapat main, kaki injurd, yg lain bolehla main, aku tengok je" tapi mampukah aku sekadar untuk tengok sahaja yg lain menyentuh-nyentuh bola dengan kaki mereka? aku tak mampu. dan untuk aku menyembuhkan segala keterseliuhan itu, aku perlu juga menyentuh-nyentuh bola dengan kaki aku.


ianya seperti sesuatu yg menyalurkan tenaga, dengan pantas segala jenis kesakitan dilupai buat sementara. dan keperitan itu hanya terserlah bila melebihi suatu takat, ataupun, hanya akan terserlah bila adrenalin yg melonjak-lonjak ketika bermain, sudahpun menurun selepas main.




futsal membuatkan aku lupa seketika yg aku mempunyai esaimen yg perlu dihantar. esok. jadi dengan berbekalkan sedikit keletihan fizikal, minda aku dipaksa beraksi di tengah pagi sekitar jam 2 ke 3 pagi. semata-mata untuk menyiapkannya.



jam 8.09 pagi, bila mimpi dipadam dan diri terjaga apabila dikejutkan, mata seperti ditimpa kayu balak. bingkas bangun semata-mata mahu ke kelas. tatkala yg lain sibuk berdengkur kerana cuti yg mereka miliki. tidak mengapa, kesabaran tetap di hati.



membawa motor sambil dibeduk angin-angin pagi yg sesejuk air sejuk di peti sejuk, dan ditambah pula dengan persaingan sengit untuk menaiki lif, maka sampai sahaja di kelas, hati sedikit gundah bila kelas masih lagi tidak dikunjungi pensyarah. masa setengah jam lewat yg kamu cipta, supaya kelas 3 jam dapat menjadi 2 jam setengah, sudah menjadi rugi.



namun, terdapat sesuatu yg lebih merugikan bila kamu ke kelas, tetapi, kamu pulang dengan gembira bila kelas tiada, dan di tangan kamu memegang kertas esaimen yg terpaksa dibuat. dan kamu benci melihat kertas yg kamu pegang itu kerana hampir satu perkara pun kamu tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu mengenainya.




dan itu membuatkan kamu berasa,





gembira macam palat.

Selasa, 11 Januari 2011

Oh Cinta.

emosi terbesar yg kau miliki, perasaan kasih dan sayang kau, hati kau yg terbuka selama ini, kau kunci dan hadiahkan kunci itu kepada seseorang. dan orang itu bukanlah orang yg sembarangan. orang itu bakal memainkan peranan besar dalam menghidupkan diri kau sendiri. pada aku, itulah cinta.


namun, apa erti sebenar cinta itu, tertakluk kepada masing-masing untuk menyifatkannya sebagai apa. sekadar suka ria, penghilang kebosanan, penyeri hidup, pelengkap jiwa raga, pembunuh gundah-gulana atau apa-apa sekalipun. terpulang. itu hak masing-masing.


apa yg pasti, hanya kerana cinta, seseorang itu mampu menitiskan air mata. hanya dengan berbekalkan kecekalan, ketabahan dan kewarasan sahaja yg dapat membendung seseorang itu daripada melakukan sesuatu yg tidak dapat dijangka.


cinta banyak berkisar tentang emosi. sekuat mana mampu kita mengawalnya. sebijak mana mampu kita mengendalikannya. dan kadang-kadang, masalah yg timbul dalam sesuatu hubungan itu bukanlah sekadar tompok-tompok hitam di dalam warna-warni sesebuah hubungan itu. malah, jika dikitar semula dan diguna pakai, ianya mampu menjadi pengalaman yg mungkin dapat mematangkan kedua-dua pihak. positif.



macam mana nak mengenali cinta? pada aku, perkara terpenting sekali ialah apabila kita mengenali sebetul-betulnya pasangan kita. bukan sekadar mengenali dia sebagai "Azman bin Mahmud" atau pun "Rogayah binti Umar" semata-mata. tidak dapat dinafikan, terdapat juga cinta palsu yg dihamburkan. cinta pada wang ringgit, atau terdapat juga cinta yg dipasang bertujuan untuk melepaskan nafsu serakah. bila kau kenal siapa pasangan kau, kau pasti akan dapat 'cinta' dia. dia semestinya akan terasa dekat di hati biarpun jarak beribu batu. tidak mustahillah bila ada yg mampu berhubungan jarak jauh.



lagi perkara yg mungkin penting, kau kena hormat pasangan kau. sebab, kau dan dia sepatutnya saling melengkapi antara satu sama lain. segala kekurangan kau, dia yg akan isi dan begitulah sebaliknya. belajarlah menerima dia seadanya. pada aku, aku tak suka perempuan yg berpura-pura dan penuh kepura-puraan. jadilah diri sendiri. tak perlulah nak berlagak baik, alim, bijak pandai, ayat manis bunga kembang berseri dalam usaha kau untuk memenangi hati seseorang. itu langsung tak rasional. tapi itulah hakikatnya orang-orang di sekeliling kita sekarang kan?



dalam hidup ni, ada satu perkara yg aku rasa kekurangan. peduli apa aku yg aku ada awek ke tidak. tapi, aku rasa kekurangan bila aku tak pernah berpeluang, atau diberikan peluang. selalu juga aku terbayang, kalaulah aku ada peluang tu. aku pastikan yg terbaik. ho-yeah! dan aku benci bila tengok orang disekeliling aku yg memiliki 'peluang' itu, namun dia tidak bersungguh.



kehidupan yg aku lalui sekarang, cukup untuk membuktikan bahawa aku tidak dapat untuk menukar istilah 'kawan' kepada 'lebih daripada kawan'. aku memang tak boleh, dan tak akan boleh. sebab hati aku akan muntahkan apa yg aku suap nanti. jadi cara mana lagi boleh aku cari dan terus memiliki 'peluang'?



jadi aku dapat simpulkan bahawa. cinta, bukanlah bidang aku. aku tak pakar. aku tak tahu apa yg akan terjadi, untuk mengendalikan benda ni. aku mungkin tak serius. dan paling kuat dalam diri aku mengatakan, kalau aku berkecimpung dalam bidang ni, orang akan rasa pelik.




aku tulis entri ni pun dah pelik ye dak? kah kah kah.




ini permintaan. aku tak suka hampakan orang.





jadi, ni no talifon aku, kalau nak miskol. eh, silap.

Isnin, 10 Januari 2011

10.01.69

"kepada Puan Naimah, selamat hari lahir yg ke-42. semoga panjang umur, murah rezeki dan diberkati Allah senantiasa. maafkan segala dosa Zikril Hakim sepanjang dia bergelar anak. kurangkan melatah, kekalkan awet muda, dan amalkan gaya hidup sihat."






ada sesiapa yg berani nak ucap selamat hari lahir kepada bonda dia macam ni? 





kalau lah aku jumpa Anuar Zain, aku tak boleh nak panggil dia abang, sebab dia sebaya dengan mak aku. begitu juga kalau aku jumpa Makcik Ella ratu rock tu. sebab dia lagi tua daripada mak aku. 




ini kalau aku ada di rumah ni, dah siap dah sebijik kek harijadi ni. buat sendiri punya. nasib baik aku tak reti buat kek.



tak dapat buat kek pun tak apalah, dapat kasik dia melatah pun bes juga ni! barulah 6 harakat!






Rabu, 5 Januari 2011

hidup baru.

hari ni hari kedua pergi kelas. hari pertama lain cerita. kelas pun mula petang, pukul 2.30. tapi hari kedua ni, kelas pagi pukul 8.30. dah lama tak bangun, lepastu bila pandang jam, pukul 8.30 pagi. seronok juga sekali sekala.



pagi tadi, alarm pun entah kemana. yg mengejutkan aku hanyalah bunyi deruan tapak kaki yg turun tangga dari tingkat atas. terus aku renung jam, tepat jam 8.09 minit. mentang-mentang aku duduk bilik bawah dengan Farid SMJ yg lain kos, boleh pulak budak-budak ni tak kejut aku. apa dia ingat aku pun nak ponteng macam Farid SMJ yg memang pemalas tu? hei.



aku rajin. ok?



tinggallah aku seorang yg masih bertuala, mencapai berus gigi. dan mandi dengan kadar 4 harakat, dengan tujuan untuk menjimatkan air.





tapi kelas tiga jam memang membunuh. aku cukup tak boleh kelas lama-lama ni. aku bukan apa, ni jiran sebelah AJK surau ni, anak dara dia siapa la yg nak tengok-tengokkan kalau bukan aku. (berdarah hidung)

Selasa, 4 Januari 2011

katakan tidak kepada...

aku tak sambut langsung tahun baru. pada aku, semuanya hanyalah semata-mata peningkatan pada angka belakang sahaja, daripada kosong kepada satu. dan ianya akan terus meningkat.



begitu juga ceritanya tentang semester baru. orang lain sibuk ke kelas, aku pula terdampar di bilik. hari pertama, kelas tak ada. dan tiap-tiap hari isnin yg bakal mendatang pun bakal menjadi sesuatu yg sama. sebab memang jadual sudah memaktubkan yg hari isnin tak ada kelas.


mujur la hari isnin tak ada kelas, sebab aku memang tak suka pakai baju semat-semat dengan tali leher, lepastu kasut hitam kena pinjam orang punya. ye, aku sangat miskin. aku seorang yg sering ditinggalkan oleh duit, ala-ala orang yg putus cinta yg ditinggalkan awek.



sekarang berlakunya pergolakan di dalam komuniti lelaki kelas aku. semuanya gara-gara perlantikan wakil kelas yg baru. semuanya katakan tidak kepada wakil kelas. semua turun tangan. semua mengelat.


sudah jadi adat untuk menukar wakil kelas, bila semester baru menjelang. perkara ni aku dah fikirkan semenjak aku dari semester satu lagi, atau lebih tepat, sejak daripada semester yg ke negatif berapa entah.
benda-benda wakil kelas ni, aku memang tak boleh.



aku memang tak mampu nak tanggung tanggungjawab yg berat. tak terjawab nanti apa yg aku tanggung tu. pendek akal la siapa yg mahukan aku sebagai wakil kelas.


antara keburukan aku yg bakal menggagalkan aku sebagai wakil kelas ialah:


1. suka tidur

2. miskin

3. tidak kacak

4. selekeh

5. tidak menepati masa

6. hilang fokus di dalam kelas

7. tiada sifat kepimpinan

8. mundur

9. kurus

10. tiada awek

11. kurang bijak

12. sangat serius

...

...

...

99. tidak minat hiburan

100. rambut panjang

101. sering mencemuh pakgad




sedar tak sedar, teruk juga aku ni. dah 101 dah. yg lain pandai-pandai la kau orang sambung.